BERITA RINGKAS 6 Februari ----- Forum Aspirasi Negaraku
PUTRAJAYA, 5 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan sesi Pemukiman Pemantapan Kepimpinan dalam melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan seiring dengan hala tuju negara, yang diadakan di dewan temu duga SPA, semalam. Forum yang diadakan selama dua jam itu turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Panel bagi forum adalah pegawai daripada Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). ----- MediaSPA
SPA 7 September----- Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Bola Sepak yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Mesyuarat antara lain adalah membincangkan mengenai prestasi Pasukan Bola Sepak SPA FC bagi menghadapi Liga Perdana untuk tahun 2013. Turut hadir Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Naib–Naib Presiden dan Ahli-Ahli Jawatankuasa kelab. Sejurus selepas mesyuarat, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyerahkan bola kepada YBhg. Datuk Ramli Juhari sebagai tanda simbolik penyerahan jawatan Presiden Kelab Bola Sepak SPA FC kepada beliau. ----- MediaSPA
BERITA RINGKAS 27 Februari ----- PTD Assessment Centre (PAC) 2018
BANGI, 26 Februari ----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah membuat lawatan ke Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi, Selangor untuk melihat sendiri calon-calon bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 2018 yang sedang menjalani PTD Assessment Centre (PAC). Lawatan ini turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Aktiviti hari ketiga yang bermula jam 7.00 pagi itu dihadiri seramai 207 orang calon. ----- MediaSPA
Kunjungan Hormat Ke SPA Negara Brunei Dan Sesi Interaksi Pengerusi SPA Di Limbang
BRUNEI 6 September------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei pada 6 September 2012 bagi bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan urusan pengambilan, perkhidmatan dan naik pangkat dan tatatertib di negara tersebut. Ketibaan delegasi dari SPA Malaysia telah disambut oleh Pengerusi SPA Negara Brunei, Pengiran Dato Paduka Haji Maidin Bin Pengiran Haji Hashim. Delegasi SPA Malaysia seramai 15 orang telah diketuai oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam. Turut serta 4 orang Ahli-Ahli Suruhanjaya SPA Malaysia, Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo serta pegawai-pegawai kanan SPA Malaysia. Terdahulu sebelum itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam telah mengadakan Sesi Interaksi bersama ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun dan Badan Bukan Kerajaan yang diadakan di Majlis Daerah Limbang, Sarawak pada 5 September 2012 bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh SPA. ------ MediaSPA