Accessibility Tools

Skip to main content

Mac 2018 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 30 Mac ----- Lawatan Kedutaan Republik Maldives Di Malaysia

PUTRAJAYA, 29 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan daripada Duta Besar Maldives ke Malaysia, H.E Mohamed Fahmi Hassan, semalam. Delegasi turut disertai pegawai-pegawai kanan kedutaan. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyampaikan taklimat SPA, yang turut dihadiri Setiausaha, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Ikhbal Hanam Mukras dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei. ----- MediaSPA

 

Continue reading

Ogos 2012 Aktiviti 1

  • Taklimat dan Pameran Kerjaya di Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong)

KUALA LUMPUR 6 Ogos------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Program Taklimat dan Pameran Kerjaya bersama Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur, semalam (Ahad). Program yang diadakan selama sehari itu turut dihadiri oleh Ahli Suruhanjaya, Encik Boon Joh Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Cik Chan Hong Jin dan pegawai-pegawai SPA. Hadir sama Presiden Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong), YBhg. Tan Sri Pheng Yin Huah. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah taklimat kerjaya oleh Puan Lim Irene, Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Boon Jon Lin, Ahli Suruhanjaya dan juga wakil daripada Jabatan Tenaga Kerja serta Jabatan Kastam. Program Taklimat dan Pameran Kerjaya yang dihadiri oleh lebih daripada 200 calon berketurunan Cina juga boleh mendaftar permohonan jawatan secara online, menyemak status terkini permohonan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan, Bahagian Pengambilan Khas dan Bahagian Peperiksaan. Program kerjaya yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang itu juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak Media Massa. ------MediaSPA

 

Continue reading

mac 2018

Continue reading

April 2018 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 12 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 12/2018 pada 2 April 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Ogos 2012 Aktiviti 2

  • Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti

SPA 8 Ogos------ Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berkualiti di Aras 10, Anjung Ilham. Kursus tiga (3) hari yang bermula semalam telah dihadiri seramai 53 orang terdiri daripada warga SPA. Sebanyak tujuh (7) modul ceramah diadakan antaranya adalah seperti Peranan, Tugas dan Cabaran Sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan Masa kini, Perkhidmatan Kaunter Yang Berkualiti dan Pengurusan Masa Yang Berkesan. Kursus yang akan berakhir esok turut menjemput penceramah dari Istana Negara, Encik Sophian Ab. Rahman. ------MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2012 Aktiviti 3

  • Perjumpaan Pengerusi SPA Bersama Presiden MCA

KUALA LUMPUR 11 Ogos------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan dengan Presiden Malaysia Chinese Association (MCA), YB Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di Wisma MCA, Jalan Ampang. Perjumpaan yang diadakan petang semalam adalah merupakan salah satu daripada engagement SPA dalam usaha untuk menarik minat kaum Cina menyertai Perkhidmatan Awam. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Ahli Suruhanjaya, Encik Boon Jon Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad. ------MediaSPA

 

Continue reading

Ogos 2012 Aktiviti 4

  • SPA Sertai Perarakan Sambutan Kemerdekaan Ke - 55

KUALA LUMPUR 31 Ogos------ Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah menyertai perarakan sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 55 di Dataran Merdeka. YBhg. Dato’ Lamien yang turut membawa sepanduk ’Pengurusan Nilai’ menyertai perbarisan bagi mewakili Ketua Jabatan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Seri Dr. Ali Hamsa. Sementara itu seramai 70 orang daripada kalangan warga SPA turut memeriahkan Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. ------MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here