Accessibility Tools

Skip to main content

Mei 2018 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 16/2018 pada 21 Mei 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Jun 2018 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 17 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 17/2018 pada 28 Mei 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Jun 2018 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 01 Jun ----- Perhimpunan Bulanan Dan Pelancaran Sambutan Hari Pekerja Peringkat SPA 2018

PUTRAJAYA, 28 Mei ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah melancarkan sambutan hari pekerja peringkat SPA 2018 pada Isnin lepas. Majlis yang bertemakan “Kesejahteraan Pekerja Meningkatkan Produktiviti” itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada majlis itu juga YBhg. Tan Sri Arpah turut menyampaikan kit kepada pegawai-pegawai baharu yang bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Jun 2018 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 18 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 18/2018 pada 4 Jun 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Jun 2018 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 11 Jun ----- Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri SPAVOL Kepada Kakitangan SPA

PUTRAJAYA, 11 Jun ----- Pengerusi SPA merangkap Penaung SPA Volunteer (SPAVOL) YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyampaikan sumbangan SPAVOL kepada Kakitangan SPA Gred 11 dan ke bawah hari ini. Seramai 40 kakitangan SPA telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, milo, tepung, gula, sos, cordial, ketupat segera, susu dan serbuk teh sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Turut hadir Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei, Presiden SPAVOL YM Raja Adnan Raja Ibrahim, Timbalan Presiden SPAVOL Ismawira Amin Ismail serta AJK SPAVOL. Terdahulu Tan Sri Arpah mengucapkan terima kasih kepada SPAVOL atas usaha melaksanakan pelbagai program di seluruh negara termasuk ke Kemboja bagi membantu mereka yang memerlukan. Beliau menyatakan bahawa akan sentiasa menyokong penuh usaha SPAVOL selama ini dan seterusnya beliau mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga SPA dan mendoakan agar semua selamat pulang ke kampung halaman dan selamat kembali bertugas. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Jun 2018 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 19 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 19/2018 pada 11 Jun 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Julai 2018 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 03 Julai ----- Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Republik Nigeria

PUTRAJAYA, 02 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan kerja daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Republik Nigeria, semalam. Delegasi seramai 44 orang pegawai itu diketuai oleh Mrs Oyo-Ita Ekanem Winifred. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha SPA YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei serta pegawai-pegawai kanan SPA. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here