KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
BAKAT DAN SENI |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) |
GRED JAWATAN |
: |
B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B10, B12, B13, B14 |
GRED LANTIKAN TERUS |
: |
B2, B3, B6, B7, B10, B12, B13, B14 |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B1
-
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,622.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B5
-
- mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang Seni Muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B5: RM1,893.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B9
-
- mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Seni Muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B9: RM2,470.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(a)(ii), 1(a)(iii), 1(a)(iv), 1(a)(v), 1(b)(ii), 1(b)(iii), 1(b)(iv), 1(b)(v) dan 1(c)(ii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AHLI MUZIK GRED B2 ATAU GRED B3 |
: |
3. |
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Ahli Muzik Gred B2 atau Gred B3 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a) dan 2; dan
- memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred B2: RM2,220.00/Gaji permulaan lantikan pada Gred B3: RM2,790.00).
|
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AHLI MUZIK GRED B6 ATAU GRED B7 |
: |
4. |
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Ahli Muzik Gred B6 atau Gred B7 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(b) dan 2; dan
- memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred B6: RM3,080.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B7: RM3,810.00).
|
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AHLI MUZIK GRED B10, B12, B13 ATAU B14 |
: |
5. |
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Ahli Muzik Gred B10, B12, B13 atau B14 yang kosong jika memenuhi syarat- syarat seperti berikut:
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(c) dan 2; dan
-
- memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan/atau
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
(Gaji permulaan lantikan pada Gred B10: RM3,840.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B12: RM5,530.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B13: RM6,210.00/ Gaji permulaan lantikan pada Gred B14: RM6,560.00).
|
SYARAT UJIAN KHAS |
: |
6. |
Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu atau lebih alat muzik moden atau tradisional sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan. |
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
7. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
8. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE MANA-MANA GRED |
: |
9. |
Ahli Muzik adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke mana-mana gred kenaikan pangkat yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan Ahli Muzik yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
10. |
Ahli Muzik Gred B14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Ahli Muzik yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).
|