Page 122 - LAPORAN TAHUNAN SPA 2022
P. 122
PEMBANGUNAN SISTEM BAHARU
Tahun 2022 menyaksikan SPA telah meneruskan komitmen dalam meningkatkan penyampaian
perkhidmatan kepada pengguna melalui pembangunan sistem baharu.
Sistem ePENGISIAN 2.0
Sistem ePengisian 2.0 merupakan sistem permohonan
pengisian jawatan di bawah bidang kuasa SPA.
Sistem ini membolehkan Kementerian/Jabatan dan
Pentadbiran Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan
Negeri Sembilan membuat permohonan pengisian
jawatan secara dalam talian bagi menggantikan
proses pengisian secara manual sebelum ini.
Sistem ePengisian 2.0 merupakan penambahbaikan
kepada sistem sedia ada iaitu ePengisian yang dinaik
taraf sebagai pemudah cara bagi mempercepatkan
proses permohonan pengisian jawatan. Selain itu,
sistem ini juga memudahkan Kementerian/Jabatan/
Pentadbiran Negeri melihat status terkini urusan permohonan pengisian jawatan yang dimohon
melalui kemas kini status urusan pengambilan oleh pegawai SPA.
Naik taraf sistem sedia ada Penetapan kriteria Mesyuarat Pra Penyata Paparan baki calon Memudahkan
sebagai pemudah cara dan pengambilan oleh Lembaga Permulaan (PLP) simpanan secara automatik pemantauan urusan
mempercepatkan proses Ketua Perkhidmatan dapat dikurangkan dan untuk semakan pengambilan
permohonan mempercepatkan proses
pengambilan
Ciri-ciri Baharu sistem ePengisian 2.0
121

