Page 125 - LAPORAN TAHUNAN SPA 2022
P. 125
(ii) Ujian Penilaian Postur Keselamatan IT (Security Posture Assessment)
Perkhidmatan Keselamatan Siber atau lebih dikenali sebagai Ujian Penilaian Postur Keselamatan
IT (Security Posture Assessment) dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti ancaman serta
kelemahan dalam sistem teknologi digital seperti infrastruktur, rangkaian, aplikasi dan Portal
Rasmi SPA. Selain itu, pelaksanaan pengujian ini turut memenuhi keperluan pensijilan ISO/IEC
27001:2013 ISMS.
Melalui pengujian yang dijalankan, kelemahan keselamatan dapat dikenal pasti. Tindakan
pemulihan serta langkah-langkah peningkatan kawalan keselamatan sistem teknologi digital
seperti infrastruktur, rangkaian dan aplikasi sedia ada dapat dilaksanakan bagi mengawal dan
mengukuhkan keselamatan sistem di SPA.
Pada tahun 2022, SPA telah melaksanakan pengujian Security Posture Assessment pada sistem
SPA seperti di bawah:
Sistem SPA yang terlibat dengan pengujian Security Posture Assessment
Sistem MyAssessment - Sistem penilaian kompetensi calon
Sistem SPA9 - Sistem borang pendaftaran pekerjaan SPA
Sistem MyCheck - Sistem yang boleh menyemak maklumat calon dan status semasa
permohonan jawatan
Sistem eTempahan - Sistem tempahan kenderaan dan bilik mesyuarat
124

