Page 123 - LAPORAN TAHUNAN SPA 2022
P. 123
PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SPA
2021-2025
Pelan Strategik Pendigitalan SPA (PSP SPA) 2021-2025 adalah dokumen
strategik yang menggariskan pelaksanaan visi, misi, strategi dan hala
tuju pendigitalan bagi tempoh lima (5) tahun.
PSP SPA 2021-2025 dibangunkan berdasarkan penjajaran Pelan
Strategik SPA 2020-2022 dengan inisiatif pelaksanaan pendigitalan
SPA ke arah penyampaian perkhidmatan end-to-end (E2E) selari
dengan hala tuju strategik organisasi.
Empat (4) teras strategik teknologi pendigitalan, 13 strategi dan 65
program dirangka sebagai asas kepada PSP SPA 2021-2025 yang
merangkumi aspek perancangan, pembangunan dan pelaksanaan
program teknologi digital secara holistik di SPA. Penghasilan PSP SPA
2021-2025 ini, akan memberikan impak positif kepada peningkatan
sistem penyampaian perkhidmatan SPA seiring dengan transformasi
teknologi pendigitalan masa kini.
Pelan Strategik Pendigitalan SPA 2021-2025
122

