Accessibility Tools

Skip to main content

Mac 2016 Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 28 Mac ----- Zamri Mohd Jalil YDP PASPA 2016/2017

SPA 25 Mac ----- Zamri Mohd Jalil dilantik sebagai Yang Di Pertua PASPA yang baharu untuk menerajui Persatuan Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PASPA) bagi sesi 2016/2017. Mesyuarat agung PASPA yang diadakan pada jumaat lepas turut menampilkan 7 (tujuh) muka baharu antaranya Zainal Bahauddin Timbalan YDP I, Noor Dasrafeezal Abdul Shukor dilantik sebagai Bendahari, Muhamad Syafiq Azwad Zulkefle (Agama), Muhamad Hafiz Yusof (Ekonomi), Abdul Shukor Mohamed (Kebajikan), Mohd Shamshul Kamar Ahmad (Sukan) dan Wan Mohd Syafiq Wan Nazri (Penerbitan). Terdahulu dalam ucapan Penaung PASPA, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata agar PASPA terus menjaga kebajikan ahli-ahlinya serta membantu apabila menghadapi sebarang masalah bagi meringankan beban yang dihadapi. Sementara itu, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah turut mengucapkan tahniah atas pelantikan AJK yang baharu dan beliau berharap agar kerjasama dan saling bantu membantu untuk kebaikan persatuan . MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Jun 2015 Aktiviti 2

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 20 BAGI TAHUN 2015

    PUTRAJAYA, 3 Jun ------ Hari ini merupakan hari terakhir Dato’ R.Segarajah bertugas sebagai Timbalan Pengerusi S.P.A setelah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya pada 4 Jun 2012. Beliau yang ditemui Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan pejabat itu petang tadi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepadanya termasuk semua warga S.P.A selama beliau bertugas di sini. ------   MediaSPA

 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 10/2018 pada 19 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Mei 2013

Continue reading

Mac 2016 Aktiviti 11

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11 Tahun 2016

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 260 orang dan seramai 1,125 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

April 2021 Aktiviti 1

  • Program Kesedaran Vaksinasi Covid-19 SPA 2021

PUTRAJAYA 12 April ----- Program Kesedaran Vaksinasi Covid-19 SPA 2021 telah diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan SPA Bulan April 2021. Program anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) SPA ini membawa penampilan istimewa dari salah seorang Ahli Suruhanjaya SPA iaitu YBhg. Datuk Dr. Azman Abu Bakar untuk berkongsi informasi berkenaan Covid-19: Fakta dan Mitos. Antara yg ditekankan kepada warga SPA ialah fakta yang benar berkenaan virus Covid-19 dan kepentingan mengambil vaksin Covid-19 kepada warga SPA.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 11/2018 pada 26 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Mac 2013 Aktiviti 1

  • Putrajaya S.P.A FC Tewaskan Pos Malaysia

    SHAH ALAM, 2 Mac ------ Pasukan Bola Sepak Putrajaya S.P.A FC menang setelah menewaskan pasukan Pos Malaysia FC 1-0 dalam saingan Liga Perdana 2013 yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam petang semalam. Jaringan Putrajaya S.P.A FC diperoleh melalui pemain Farizal Rozali pada minit ke-90. Putrajaya S.P.A FC yang bermain di stadium sama minggu lepas telah mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan bola juga pada separuh masa kedua, namun Pos Malaysia FC dapat mengekang kemaraan pemain-pemain S.P.A yang diketuai kapten Sazali Suwandi. Perlawanan ke-10 minggu hadapan Putrajaya S.P.A FC akan bertemu dengan pasukan PDRM di Stadium Hang Tuah Melaka.  ------  MediaSPA

Continue reading

Mac 2016

Continue reading

Jun 2015 Aktiviti 4

  • PERISTIWA BERGAMBAR 4 Jun : Sesi Taklimat Keselamatan Makumat Perkhidmatan

    PUTRAJAYA, 4 Jun ------ Bahagian Pengurusan Maklumat hari ini telah menganjurkan program wacana ICT bersempena dengan bulan ICT S.P.A 2015. Satu sesi ceramah berkenaan keselamatan maklumat perkhidmatan telah disampaikan oleh Pengarah Pembangunan dan Keselamatan ICT MAMPU, Marsineh Jarmin. Antara lain dalam ceramah mengenai ICT yang disampaikan beliau ialah bagaimana MAMPU kini telah dapat mengawasi setiap komputer yang dibekalkan dan digunakan oleh setiap individu untuk tujuan keselamatan seperti tiada kebocoran maklumat. Dengan kemajuan teknologi, MAMPU juga turut mengesan sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang dilakukan tiada kaitan dengan bidang tugas seseorang itu dengan menggunakan kemudahan komputer yang dibekalkan oleh jabatan/agensi.  ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 29 Mac ----- Sesi Par Excellence Civil Service Sempena Program STAR TN50

SHAH ALAM, 27 Mac ----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah hadir ke sesi Par Excellence Civil Service sempena program STAR TN50 bersama lebih 1,000 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai SPA. Perkongsian ini juga membolehkan para mahasiswa untuk bertanya apa jua soalan dan secara terus, ia akan dijawab semasa dalam sesi ini. ----- PG

 

Continue reading

April 2013 Aktiviti 2

  • Mesyuarat S.P.A Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa S.P.A

    PUTRAJAYA, 3 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa S.P.A. di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mesyuarat pertama bagi tahun 2013 ini telah di pengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Mesyuarat dimulakan dengan pengesahan minit Mesyuarat Bil 2/2012 serta perbincangan berdasarkan maklum balas minit Mesyuarat lepas dan isu-isu baru. Satu pembentangan kertas kerja bertajuk Arahan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 2013 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga turut mengadakan Sidang Media selepas mesyuarat berakhir.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

April 2016 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 4 April : Tan Sri Dr. Ali Hamsa serah surat pelantikan dan penempatan PTD Gred M41

PUTRAJAYA, 1 April ------ Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah menyampaikan surat pelantikan dan penempatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41, lantikan baharu 2016 di Putrajaya, jumaat lepas. Seramai 291 peserta kadet PTD yang tamat menjalani kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) di INTAN telah mendapat surat penempatan di pelbagai Kementerian dan Jabatan. Terdahulu Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyampaikan amanat yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak serta pegawai-pegawai kanan JPA dan S.P.A.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Jun 2015 Aktiviti 5

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 21 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 653 orang dan seramai 1,016 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, seorang (1) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib dan enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Sertai Kami !!!