Januari 2015 Aktiviti 14
- PERISTIWA BERGAMBAR 27 Jan : Pengerusi S.P.A Serah Surat Lantikan Pegawai Tuga-Tugas Khas
Peristiwa bergambar.

Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 74 orang dan seramai 1,176 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sembilan (9) kertas Tatatertib, lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



Dokumen yang diperlukan untuk Penetapan Gaji Permulaan adalah melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Bil 23/2019



PUTRAJAYA, 09 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya yang pertama bagi tahun 2017 (Bil 1/2017) bertempat di Ibu Pejabat SPA Putrajaya. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat membincangkan dan menimbangkan kertas-kertas berkaitan dengan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib. MediaSPA









Peristiwa bergambar.

Peristiwa bergambar.



Peristiwa bergambar.



BERITA RINGKAS 12 Nov : Mesyuarat Pra Suruhanjaya
PUTRAJAYA, 12 Nov ------ Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad pagi ini mempengerusikan Mesyuarat pra Suruhanjaya yang diadakan di Putrajaya. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Haji Abdullah Tahir, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA



Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun).
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya adalah seperti di pautan Senarai Semak Urusan Perkhidmatan
Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan oleh Suruhanjaya seperti berikut:
i. Program Transformasi Minda (PTM) atau peperiksaan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai – pelanjutan selama satu tahun ke satu tahun tanpa denda;
ii. Gagal peperiksaan/ PTM – pelanjutan selama satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan; dan
iii. Tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan – pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan.
28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.
i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/
PUTRAJAYA, 15 Ogos ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut adalah Datuk Seri Jalil Marzuki dan Datuk Seri Jayasiri a/l Jayasena. Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia telah dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman. Majlis mengangkat sumpah disaksikan oleh Setiausaha SPA, En. Zohari Said dan diiringi Setiausaha Bahagian Urus setia Mesyuarat Suruhanjaya, En. Ahmad Mokthar Shahul Hamid. Selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman.----- MediaSPA






KUALA LUMPUR, 11 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah mengadakan lawatan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara untuk melihat perjalanan Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi tahun 2017. Ketibaan Pengerusi disambut oleh Timbalan Pengarah Kanan INTAN, YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifudin Syed Ikhsan. Sejurus tiba, YBhg. Tan Sri Arpah diberi taklimat berkenaan dengan Program PAC PTD bagi tahun 2017 dan turut meluangkan masa melihat perjalanan program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Seramai 133 calon hadir untuk program UKJK pada hari ini yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS). MediaSPA












PUTRAJAYA 14 Nov ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Turut hadir Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari manakala SPRM diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme), Dato’ Haji Zakaria Haji Jaafar. Antara lain perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengambilan untuk kekosongan jawatan di SPRM. ------ MediaSPA



Peristiwa bergambar.





PUTRAJAYA, 2 Jan ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata tugas dan peranan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan adalah memberi penerangan tetapi bukan bersifat defensive atau mempertahankan sebaliknya memberi penjelasan yang sebenarnya sama ada melalui media social, ini termasuk Facebook dan sebagainya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perhimpunan bulanan anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat di Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi pada masa sekarang banyak fitnah dalam sosial media yang dilemparkan terutama kepada Kerajaan atau pun agensi /jabatan kerajaan. Tan Sri Mahmood juga berkata banyak cabaran-cabaran yang dihadapi Negara namun dengan semangat perpaduan dan kepimpinan yang ada sekarang ia telah berjaya diatasi. Dalam perhimpunan itu juga sesi pengenalan pemain dan jersi Kelab Bolasepak SPA FC musim 2015 yang akan mengharungi saingan Liga Perdana. ------ MediaSPA





BERITA RINGKAS 13 Nov : Dato' Zainal Abidin Ahmad rasmi bengkel Pengurusan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan S.P.A
PORT DICKSON, 13 Nov ------ Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah merasmikan Bengkel Pengurusan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan S.P.A, di Port Dickson malam tadi. Bengkel tiga (3) hari bermula semalam turut dihadiri Ahli Suruhanjaya, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Bengkel anjuran Bahagian Pengurusan dan ASPA itu turut menjemput pegawai perunding keselamatan maklumat sektor awam daripada MAMPU. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam bengkel itu ialah mengenai pelan tindakan balas kecemasan (ERP) dan pelan komunikasi krisis (CCP). ------ MediaSPA







Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Bil 24/2019



PUTRAJAYA, 10 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak berkata pelbagai kejayaan dan pencapaian yang membanggakan SPA telah dikecapi sepanjang tahun 2016. Antaranya ialah SPA telah menerima 1,561,206 permohonan individu untuk memasuki perkhidmatan awam. Daripada jumlah tersebut, seramai 25,046 orang calon berjaya dilantik secara tetap dan 34,640 orang calon telah dilantik secara kontrak. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan SPA pertama di Putrajaya Selasa lepas. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga telah membuka Pusat Temu Duga baharu di Kuala Terengganu serta pemindahan Pusat Temu Duga SPA ke UTC Perak yang merupakan langkah penjimatan kos sewaan. Di samping itu juga SPA telah berjaya mengekalkan pensijilan semula MS ISO 9001:2008, perkongsian pintar sistem eSURAT bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), perkongsian pintar sistem eCirculation antara SPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, pelancaran aplikasi mobile mySPA8i dan pelancaran MyGim atau aplikasi pemarkahan temu duga secara online. SPA juga telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) 2016 sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA). Pada peringkat kejuaraan sukan dan sosial pula, SPA muncul Juara Pertandingan Bola Jaring sempena sukan MAKSWIP 2016. Turut hadir dalam perhimpunan itu, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai SPA. MediaSPA





