Skip to main content

SPM/SVM

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1

  Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
  Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  Kementerian/Jabatan  : Kementerian/Jabatan

 

Jadual Gaji 

Gaji Minimum

 

:

 

RM1,500.00

  Gaji Maksimum : RM4,680,00
  Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
  Syarat Pelantikan  : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.

      (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

    4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00); atau

    5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00)

  Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

  • • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.