JOHOR BAHRU, 14 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya bil 40/2014 di Johor Bahru, Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan Tan Sri Mahmood Adam turut dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Terdahulu Tan Sri Mahmood mengadakan Mesyuarat Pra Suruhanjaya di tempat yang sama. ------ MediaSPA