PUTRAJAYA, 16 Okt ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini menerima kunjungan dari SPA Negara Namibia. Delegasi dari Negara itu diketuai oleh Pengerusinya Mr. Eddie Shimwetheleni Amkongo bersama Setiausaha dan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi Tan Sri Mahmood Adam dan sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh beliau. Rombongan turut dibawa melawat ke dewan temu duga. ------ MediaSPA