Accessibility Tools

Skip to main content

Jun 2014 Aktiviti 16

  • BERITA RINGKAS 17 Jun ---- Perbincangan Kerjasama RELA Bersama S.P.A

    PUTRAJAYA, 17 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Maklaysia (SPA)hari ini telah mengadakan perbincangan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Perbincangan jaringan kerjasama antara S.P.A bersama RELA yang diadakan di Putrajaya dihadiri Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah RELA, Dato’ Mustafa Haji Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan. Hadir Sama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad. Perbincangan hampir sejam itu berakhir sebentar tadi. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2012

Mesyuarat Suruhanjaya Bil 36 Pada 5 November 2012 Telah Membincangkan Dan Mempertimbangkan
9 Kertas Pelantikan melibatkan 304 calon 7 dilantik dan 338 calon simpanan pelbagai jawatan dan gred.
6 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib
1 Kertas Rayuan Kenaikan Pangkat
1 Kertas Pelantikan Secara Kontrak 13 orang calon ke jawatan Tukang Masak Gred N17 di Kementarian Pertahanan
4 Pelantikan Semula Secara Kontrak
5 Kertas Pelantikan Secara Pertukaran Sementara
1 Kertas Pelanjutan Pelantikan Secara Peminjaman
2 Kertas Penamatan Perkhidmatan
1 Kertas Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen
1 Kertas Pelanjutan Tempoh Percubaan

Urus Setia Mesyuarat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

  
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 4

  • "Ikut Garis Panduan Apabila Menghantar Kertas Soalan Peperiksaan "- Tan Sri Mahmood Adam 

SPA, 6 Disember ------  Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata supaya penghantaran kertas soalan peperiksaan yang dilaksanakan oleh Bahagian Peperiksaan mestilah mengikut garis panduan Arahan Keselamatan yang telah ditetapkan. Beliau berkata demikian semasa lawatan ke bahagian itu pagi ini. Menurutnya lagi, cara penghantaran soalan-soalan peperiksaan yang tidak mengikut garis panduan boleh menyebabkannya mudah terdedah kepada kebocoran soalan, hilang atau jatuh ke tangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semasa proses penghantaran soalan itu ke setiap negeri. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut melawat Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Pengambilan Khas dan bilik operasi “One Stop Centre” S.P.A.  ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 9

  • Mesyuarat Suruhanjaya ke 22/2013  
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, 14 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,822 orang dan seramai 564 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 35 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
 
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 17

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 21 BAGI TAHUN 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 478 orang dan seramai 883 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 7 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

November 2012

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 5

  • Program Mesra Pelanggan Di Tatau Sarawak 

TATAU, 8 Disember ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan MAMPU telah menganjurkan Program Mesra Pelanggan bersama YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 8 Disember 2013 yang diadakan di Dewan Sukan Tatau Bintulu, Sarawak. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah dan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu Datu Haji Mohammad Sepuan Bin Anu dan Encik Isaka Kana. YB Menteri juga turut menyampaikan Surat Tawaran Lantikan kepada calon-calon Sarawak yang berjaya dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29 bagi urusan temu duga yang dibuat pada bulan November 2013 yang lalu.  ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 10

  • Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Ke Atas Menteri Di JPM  
       
    PUTRAJAYA, 19 Jun ------ Pengerusi S.P.A, yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Puan Hajah Nancy Shukri. Kunjungan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut diiringi oleh Setiausaha SPKP, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Urus Setia SPKP, Encik Anuar Othman. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan taklimat kepada Y.B. Puan Hajah Nancy Shukri iaitu Menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam portfolio berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ------  MediaSPA
 
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 18

  • BERITA RINGKAS 17 Jun ---- Amanat Tan Sri Mahmood Adam Bagi Mempertahankan Kejuaraan Badminton MAKSWIP 2014

    PUTRAJAYA, 17 Jun ------ Penaung Kelab Badminton S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama pemain-pemain Kelab Badminton S.P.A dan menyampaikan amanat bagi mempertahankan kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 yang sedang berlangsung mulai semalam hingga Khamis ini, di Kuala Lumpur. Beliau yang turut memberi suntikan semangat juga mahukan pemain yang terlibat menjaga nama baik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan bermain dengan semangat kesukanan serta menjaga disiplin. S.P.A telah muncul juara dalam perlawanan badminton MAKSWIP buat pertama kali pada tahun lepas dan misi mempertahankan kejuaraan adalah matlamat utama pada tahun ini, katanya beliau. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Your message here