Accessibility Tools

Skip to main content

September 2012

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 9

  • Lawatan Dari LHDN
       
    SPA, 10 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima lawatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Delegasi seramai lapan (8) orang pegawai dari LHDN itu diketuai oleh Puan Latifah Zabidi, Pengarah Bahagian Sumber Manusia. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah pengambilan secara profiling (MyRecruitment) yang dilaksanakan oleh S.P.A. Taklimat mengenai urusan pengambilan di S.P.A telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. ------ MediaSPA
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 14

  • Tan Sri Mahmood Adam Ucap Tahniah Kepada SUB Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak
       
    S.P.A, 24 Jun ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih Abdullah di atas kenaikan pangkat beliau sebagai Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak. "Saya ucapkan tahniah kepada Encik Mohd. Saiful Sungkih atas kenaikan pangkat dan terima kasih atas sumbangan beliau kepada S.P.A selama ini". Beliau akan memulakan tugas di tempat baharu berkuatkuasa pada 1 Julai ini di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Dalam ucapan balas dan terakhir sebagai warga S.P.A, Encik Mohd Saiful Sungkih turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, pegawai-pegawai kanan serta Warga S.P.A yang banyak memberi kerjasama kepada beliau dalam menjalankan tugas sebagai Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak sejak tahun 2009 sehingga kini. ------  MediaSPA
 
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 22

  • BERITA BERGAMBAR 18 Jun ---- Bengkel Semakan Semula Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti Dan Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

    Peristiwa bergambar.

 
 
 
 

Continue reading

September 2012 Aktiviti 10

Tan Sri Mahmood Adam di Rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia  

Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam semalam telah bersiaran secara langsung di TV1(RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia. Dalam rancangan yang bermula pada jam 8.00 pagi itu, YBhg. Tan Sri Pengerusi telah menerangkan mengenai fungsi-fungsi SPA dan juga Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang akan bermula pada 1 Oktober ini di Ipoh, Perak. Selain itu, YBhg. Tan Sri Pengerusi juga telah menghebahkan mengenai Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam SPA yang akan diadakan pada 3 dan 4 Oktober ini di Ipoh, Perak. Beliau telah diiringi oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam SPA, Puan Radziah Mohd Sharif.

  

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 15

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 23 Bagi Tahun 2013
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 23/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas tindakan tatatertib, enam (6) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,462 orang dan seramai 811 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 28 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
 
 

Continue reading

September 2012 Aktiviti 9

  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan

KUCHING 24 September----- Dalam menggalas usaha merakyatkan SPA, Urusetia Cawangan Sarawak telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan di Bahagian Sarikei iaitu di Bandar Sarikei dan Daerah Julau masing-masing pada 21 September 2012 dan 22 September 2012. Selain itu, pada 22 September 2012 itu juga, pejabat ini turut menyertai Karnival Kerjaya anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang berlangsung di Daerah Kanowit, Sibu.
 
Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program-program tersebut adalah Ceramah Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam dan Tips-Tips Temu Duga, Pendaftaran Online SPA, Kaunter Khidmat Nasihat Urusan SPA, dan pameran-pameran dari SPA dan pelbagai jabatan persekutuan. Ceramah Kerjaya telah disampaikan oleh Encik Asrul bin Zakaria, Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Urus Setia Cawangan Sarawak. 
 
Program Hari Khas SPA Bersama Pelanggan di Daerah Julau telah dirasmikan oleh YB Dato' Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Julau. Hadir sama Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih Bin Abdullah, pegawai-pegawai SPA serta wakil-wakil jabatan. ----- MediaSPA

  
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here