Accessibility Tools

Skip to main content

Mei 2012 Aktiviti 3

  • KSN Ucap tahniah Kepada SPA, Raih 3 Anugerah Pencapaian Sukan

PUTRAJAYA, 8 Mei -----  Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di atas kejayaan merangkul 3 Anugerah Pencapaian Sukan Jabatan Perdana Menteri 2011 di dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah memenangi Anugerah Olahragawan JPM yang disandang oleh Joharry Othman dari Bahagian Peperiksaan menewaskan calon dari Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Anugerah kedua dimenangi oleh Mohd Rizal Tisin yang memenangi Anugerah Khas Sukan menewaskan calon dari Unit Perancang Ekonomi. Anugerah ketiga yang dimenangi SPA adalah Anugerah Pasukan Terbaik Jabatan Perdana Menteri yang dimenangi oleh Pasukan Bolasepak SPA FC menewaskan pasukan Dragon Boat dari JPM. YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menyampaikan hadiah-hadiah berupa wang tunai, sijil dan piala. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin telah hadir di dalam majlis penyampaian anugerah tersebut. Terdahulu dari itu, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 9

  • "S.P.A tidak akan sekat peluang calon atau pejawat awam" --- Datuk Ramli Juhari

    NILAI, 7 Julai ------ Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata "Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tidak akan sekali-kali menyekat peluang setiap calon atau penjawat awam yang ingin memartabatkan perkhidmatan awam ke arah lebih profesional dan berdaya saing". Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup bengkel penyediaan cadangan kertas kerja bagi pegawai lantikan secara kontrak di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), di Nilai Negeri Sembilan sebentar tadi. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Ibrahim, Setiausaha S.P.A mengharapkan semoga hasil dan cadangan yang telah dihasilkan ini akan menjadi kunci kepada penambahbaikan yang bakal berlaku kepada perkhidmatan para pegawai kontrak di Jabatan Kemajuan Masyarakat dalam masa terdekat ini. Turut hadir di majlis penutupan ini Ketua Pengarah KEMAS, YBhg.Dato' Hassan Mohd Amin.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

April 2015 Aktiviti 1

  • Perhimpunan Bulanan S.P.A

    PUTRAJAYA,1 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan perhimpunan bulanan petang semalam. Majlis yang diadakan di dewan temu duga S.P.A dihadiri Pengerusi Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan dan warga S.P.A. Hadir sama tetamu jemputan General Chin (RELA) dan Pengarah Eksekutif Fujifilm, Mr. Paul Ho. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan kit kepada pegawai-pegawai baharu yang melapor diri di S.P.A ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 4

  • Lawatan Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nepal

SPA, 8 Mei -----  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima lawatan rasmi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nepal. Delegasi seramai 6 orang daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negara tersebut telah diketuai oleh Ahli SPA Nepal, Hon. Krishna Prasad Pokharel. Ketibaan rombongan telah disambut Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo serta pegawai kanan SPA. Sejurus tamat sesi taklimat yang berlangsung di bilik Mesyuarat Suruhanjaya aras 10, delegasi telah dibawa melawat dewan temu duga di aras 6 dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Terdahulu dari itu, Hon. Krishna Prasad Pokharel telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Menunaikan fungsi Pengerusi SPA mengikut Perkara 142(3A) Perlembagaan Persekutuan). ----- MediaSPA

 

Continue reading

Mac 2015

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Agong PUSPANITA Cawangan Kecil SPA

SPA, 11 Mei -----  Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah merasmikan Mesyuarat Agong PUSPANITA 2012–2014 Cawangan Kecil SPA, di Auditorium JPA. Hadir sama pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA YBhg. Datin Normah Ibrahim, Timbalan Pengerusi Puan Lim Mooi Eia dan Ahli-Ahli PUSPANITA SPA. PUSPANITA Cawangan Kecil SPA turut memberi penghargaan kepada Puan Salbiah Arop sebagai penerima Anugerah Cemerlang PUSPANITA SPA 2010 – 2011. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada beliau sebagai tanda penghargaan. ----- MediaSPA

 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 11

  • Program Kerjaya di Lahad Datu

    Lahad Datu, 6 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Program Kerjaya bertempat di daerah Lahad Datu Sabah. Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Segarajah Ratnalingam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin bin Ahmad dan Setiausaha Bahagian Urusetia Sabah, Tn Hj Musa bin Sulaiman. Dalam ucapan Ybhg Dato' "Pemilihan Lahad Datu untuk program kali ini dirasakan sangat tepat dan bersesuaian bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat di daerah ini walaupun pernah mengalami peristiwa hitam, namun masyarakat di sini tidak sesekali dilupakan dan diabaikan daripada mendapat peluang-peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam persekutuan".

    Taklimat kerjaya dan tips temuduga khusus kepada pelajar sekolah menengah telah disampaikan oleh Cik Salwa Izani bt Kamarzaman. Antara lain aktiviti sepanjang program kerjaya ialah Pendaftaran dan Semakan online serta kaunter bagi khidmat nasihat urusan perkhidmatan.

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 2

  • Tan Sri Mahmood Adam Mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya

    PUTRAJAYA, 3 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya. Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 6

  • SPA FC Tewaskan Pulau Pinang SDM Kepala Batas

BANGI, 13 Mei -----  SPA FC menang 2 – 1 menewaskan Pulau Pinang SDM Kepala Batas dalam perlawanan Bola Sepak Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang semalam. Jaringan SPA FC diperoleh pada separuh masa kedua melalui pemain gantian, Muhammad Rery Martinez pada minit ke-83. Pada minit ke-86 pula, tendangan kencang dari luar kotak penalti oleh ketua pasukan, Sazali Suwandi menambah derita pasukan pelawat untuk jaringan kedua SPA FC. Hadir menyaksikan perlawanan, Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 12

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib dan tiga belas (13) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,724 orang dan seramai 938 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 29 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 1

  • Mesyuarat SPA Bersama APMM

    PUTRAJAYA, 2 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang ini mempengerusikan menyuarat bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia. Hadir sama Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish serta pegawai kanan APMM. Mesyuarat yang diadakan dibilik Mesyuarat Suruhanjaya bermula sebentar tadi. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 7

  • Kursus Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)

SPA, 16 Mei -----  Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah mengadakan Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di Anjung Ilham aras 10. Kursus yang bermula semalam telah dihadiri seramai 45 peserta terdiri daripada warga SPA. Sebanyak 6 sesi ceramah telah diadakan antaranya adalah Pengenalan mengenai KIK, Teknik Menjana Idea Kreatif, Kaedah KIK, Konsep KIK, langkah pemilihan masalah dan pembangunan KIK. Ceramah sepanjang kursus pada kali ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Haji Abdullah dari Jabatan Kastam. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 13

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 26/2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 26/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan sebelas (11) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 435 orang dan seramai 757 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 28 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan lima (5) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading