Accessibility Tools

Skip to main content

Kelayakan STPM

STPM

Format penyataan keputusan peperiksaan STPM

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengubah format penyataan keputusan dan penganugerahan gred bagi peperiksaan STPM kepada penyataan baru yang menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Format yang baru ini adalah selaras dengan sistem penyataan keputusan peperiksaan yang digunakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Format penyataan keputusan peperiksaan STPM yang baru ini telah melaporkan pencapaian calon dalam 11 gred berbanding dengan 7 gred yang sedia ada. Perbandingan penyataan bagi gred kertas dan gred mata pelajaran STPM yang sedia ada dan yang baru adalah seperti yang berikut :

Paper Grades Subject Grades Paper Grades Subject Grades NGMP
1 A A A 4.00
2 A A- A- 3.67
3 B B+ B+ 3.33
4 C B B 3.00
5 D B- B- 2.67
  D C+ C+ 2.33
6 E C C 2.00
7 R C- C- 1.67
8 R D+ D+ 1.63
  R D D 1.00
9 F F F 0.00

Bagi gred mata pelajaran,

  1. gred C hingga gred A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 dikira sebagai gred lulus penuh;
  2. gred D hingga gred C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 sebagai gred lulus dan
  3. gred F yang diberi nilai 0.00 sebagai gagal.

Nilai gred mata pelajaran adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.
Penyataan keputusan peperiksaan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ini akan dimulai dengan peperiksaan tahun 2003.

Continue reading

Mei 2018 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 16/2018 pada 21 Mei 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Mac 2013 Aktiviti 6

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 9 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib, 16 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 602 orang dan seramai 772 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 22 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Kelayakan STAM

STAM

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM:

Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:

PERINGKAT TAKRIF
Mumtaz Cemerlang
Jayyid Jiddan Sangat Baik
Jayyid Baik
Maqbul Lulus
Rasib Gagal

Kelayakan STAM Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:

  1. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
    1. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    2. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    3. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    4. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
    5. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    6. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    7. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
    8. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    9. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
    10. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.

      ATAU
  2. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas.
    Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:
bidang MATA PELAJARAN

 

Bahasa Arab

1. Nahu dan Sarf
2. Insya' dan Mutala'ah
3. Adab dan Nusus
4. 'Arudh dan Qafiyah
5. Balaghah
Syariah 6. Fiqh
7. Hadith dan Mustolah
Usuluddin 8. Hifz Al-Quran dan Tajwid
9. Tauhid dan Mantiq
10. Tafsir dan Ulumuhu

Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat lantikan STPM.
 

Continue reading

Mac 2013 Aktiviti 7

  • Ahli Suruhanjaya Baharu

    S.P.A, 16 Mac ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah menerima seorang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Dato’ Mhd. Najri Abd Hamid. Upacara mengangkat sumpah semalam telah dilakukan dihadapan Hakim Mahkamah Rayuan, Y.A. Dato' Haji Mohd. Zawawi Salleh di Istana Kehakiman, Putrajaya dengan diiringi Setiausaha S.P.A. YBhg. Datuk Ramli Juhari. Selepas upacara mengangkat sumpah, YBhg. Dato’ Mhd Najri telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan menandatangani surat penerimaan jawatan secara rasmi.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Kelayakan Sijil Matrikulasi

Sijil Matrikulasi

Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan dalam 39 skim perkhidmatan di Gred 29 seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, calon masih lagi tertakluk kepada asas tapisan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya sebelum layak ke peringkat ujian atau temu duga.

[Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 - Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam]

Berikut merupakan senarai matrikulasi di bawah KPM:

BIL. NAMA KOLEJ BIL. NAMA KOLEJ
1. Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
10. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
11. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26400 Bandar Jengka, Pahang
3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
KM 5, Jalan Kukup,
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
4. Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia,
02600 Arau, Perlis.
13. Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kathong Mukim Jugra,
42700 Banting, Selangor.
5. Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan OKK Daud, Merinding,
Peti Surat 81735,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
14. Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Beg Berkunci No. 3,
16810 Selising, Kelantan.
6. Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
15. Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Lot 216, Fasa II,
Taman Perindustrian Sejingkat,
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
7. Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
31600 Gopeng, Perak.
16. Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong,
09000 Kulim, Kedah.
8. Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
06010 Changlun, Kedah.
17. Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah.
9. Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26300 Gambang, Pahang.
   

Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat lantikan STPM.
 

Sistem Gred dan Mata Nilaian

Keputusan akhir penilaian semua mata pelajaran pengkhususan akan diberi dalam bentuk gred. Setiap gred akan diberi mata nilaian. Semua mata pelajaran pengkhususan (kecuali bahasa inggeris) akan diambil kira untuk pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).

Pengiraan:
Mata = Jam Kredit M/P x Mata Nilaian
PNGS = Jumlah Mata / Jam Kredit Semester Berkenaan
PNGK = Jumlah Mata Keseluruhan / Jumlah Jam Kredit Keseluruhan

Sistem Gred Keseluruhan

GRED MATA NILAIAN TARAF
A 4.00

Cemerlang

A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00

Kepujian

B- 2.67
C+ 2.33

Lulus

C 2.00
C- 1.67

Gagal

D+ 1.33
D 1.00
F 0.00

Sistem Gred berdasarkan Subjek

GRED TARAF
A Cemerlang
B Kepujian
C Lulus
D
E Gagal

Continue reading

Jun 2018 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 17 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 17/2018 pada 28 Mei 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Mac 2013 Aktiviti 8

  • Mesyuarat Suruhanjaya ke 10/2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib, 19 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 585 orang dan seramai 804 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 42 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Your message here