Accessibility Tools

Skip to main content

Januari 2019 Aktiviti 9

  • Kunjungan Hormat Anggota SPA Kepada Pengerusi SPA Negeri Sarawak YBhg. Datu Abdul Ghafur Shariff

Kuching 28 Januari (Isnin) --- Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah membuat kunjungan hormat terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di pejabat Pengerusi SPA Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak . Kunjungan hormat yang bermula 2.30 petang itu diketuai oleh Pengerusi SPA Malaysia YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir sesi kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengerusi SPA Malaysia , Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA Malaysia Dato' Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak iaitu YBhg. Datu Dr. Sabariah Putit kepada semua ahli-ahli Suruhanjaya SPA Malaysia. Seterusnya diakhiri dengan sesi gambar kenangan bersama-sama dengan semua ahli-ahli Suruhanjaya SPA Malaysia dan SPA Negeri Sarawak.

 
 
 

Continue reading

Februari 2019

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 1

  • Majlis Penyampaian Surat Pelantikan dan Penempatan kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Kemasukan Khas)

8 Februari 2019 ~ Pengerusi SPA Malaysia YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menghadiri Majlis Penyampaian Surat Pelantikan dan Penempatan kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Kemasukan Khas), bertempat di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara.

Sumber foto : Intan Bukit Kiara

 
 
 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 2

  • Kunjungan Timbalan Menteri Di JPM Ke SPA, YB. Datuk Wira Dr. Md Farid Md Rafik

PUTRAJAYA 13 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima kunjungan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Wira Dr. Md Farid Md. Rafik, semalam. Ketibaannya telah disambut oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Seterusnya sesi taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha SPA, Dato’ Zainal Abidin Ahmad . ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 15 Feb ----- ENCIK ZOHARI SAID SETIAUSAHA SPA YANG BAHARU --- Dato' Zainal

PUTRAJAYA 14 Feb ----- Encik Zohari Said daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diumum sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang baharu menggantikan Dato’ Zainal Abidin Ahmad yang bersara wajib mulai hari ini. Pengumuman itu dibuat oleh Dato’ Zainal pada majlis perhimpunan bulanan SPA di Putrajaya petang semalam. Turut hadir Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Pada majlis itu juga Tan Sri Zainal menyampaikan kit kepada kakitangan baharu yang bertugas di SPA serta cenderamata kepada Dato’ Selwyn yang tamat perkhidmatan sebagai Ahli Suruhanjaya ----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 15 Feb ----- Tan Sri Zainal Rahim Mengucapkan Tahniah Dan Selamat Bertugas Kepada Encik Zohari Said

PUTRAJAYA 15 Feb ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Encik Zohari Said yang melaporkan diri di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai Setiausaha SPA yang baharu menggantikan Dato’ Zainal Abidin Ahmad yang bersara wajib mulai hari ini. Setelah mengadakan perbincangan bersama Tan Sri Zainal selama 50 minit, beliau mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan dan mempengerusikan mesyuarat di bilik mesyuarat Suruhanjaya di aras 10 ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 21 Feb ----- Kunjungan MITRA Ke SPA

PUTRAJAYA 20 Feb ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima kunjungan hormat dari Malaysian Indian Transformation Unit (MITRA) semalam. Ketibaan delegasi yang diketuai Ketua Pengarah Encik Letchumanan Shanmugam telah disambut oleh Pengerusi SPA dan seterusnya sesi taklimat disampaikan oleh Tan Sri Zainal Rahim Seman.----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 21 Feb ----- Kunjungan Hormat SPA Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia

PUTRAJAYA 20 Feb ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Urus setia SPA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam .----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here