Accessibility Tools

Skip to main content

Februari 2018 Aktiviti 7

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 7/2018 pada 26 Februari 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Mei 2013 Aktiviti 9

  • Mesyuarat Suruhanjaya ke 18/2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 18/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan enam (6) kertas tindakan tatatertib, 14 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 400 orang dan seramai 867 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 79 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 29

  • "Keputusan temu duga PTD dan Pemeriksa Kapal Terbang diumum hari ini" ------ Tan Sri Mahmood Adam  
       
    Putrajaya, 24 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan temu duga bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) dan juga jawatan Pemeriksa Kapal Terbang akan diumumkan oleh S.P.A pada hari ini. Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Katanya lagi, keputusan ini boleh diketahui secara online di Portal S.P.A mulai malam ini. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga berkata, S.P.A akan menganjurkan seminar kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Centre dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam. Turut hadir di majlis APC, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Pada tahun ini seramai 42 orang warga S.P.A telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Majlis telah diadakan di Dewan Temu duga Aras 6, S.P.A Putrajaya ------ MediaSPA
 
 
 

Continue reading

September 2012 Aktiviti 2

  • Perasmian Pusat Temu Duga SPA Di Miri  

MIRI 4 September------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Miri pada 4 September 2012. Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi SPA berkata, pembukaan pusat temu duga ini adalah merupakan kesinambungan kepada usaha SPA untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada calon-calon terutama daripada kalangan anak-anak Negeri Sarawak selari dengan hasrat kerajaan ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan SPA serta wakil-wakil jabatan. Sejurus perasmian, satu sesi Sidang Media telah diadakan di tempat yang sama. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Your message here