Accessibility Tools

Skip to main content

November 2014 Aktiviti 24

  • Badminton Persahabatan S.P.A Bertemu MSN Negeri Johor

    JOHOR BAHRU, 17 Nov  ------  Pasukan badminton Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) menang 5 – 3 dalam perlawanan badminton persahabatan bertemu pasukan Majlis Sukan Negara, Negeri Johor yang diadakan di gelanggang badminton MSN Johor Bahru, Johor malam tadi. Perlawanan turut disaksikan Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi SPA Negeri Johor Dato’ Haji Mohd Rashidi Mohd Noor. Perlawanan badminton persahabatan diadakan bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama NGO Melayu, Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama Pengerusi-pengerusi dan Setiausaha-setiausaha S.P.A negeri dan Karnival Kerjaya yang diadakan di Johor Bahru bermula hari ini. ------   MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2019 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 16 Ogos ----- Ahli Suruhanjaya Baharu

PUTRAJAYA, 15 Ogos ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut adalah Datuk Seri Jalil Marzuki dan Datuk Seri Jayasiri a/l Jayasena. Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia telah dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman. Majlis mengangkat sumpah disaksikan oleh Setiausaha SPA, En. Zohari Said dan diiringi Setiausaha Bahagian Urus setia Mesyuarat Suruhanjaya, En. Ahmad Mokthar Shahul Hamid. Selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman.----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

November 2014 Aktiviti 32

  • Persiapan Menghadapi Kejohanan Badminton JPM --- KBSPA tewaskan MBJB

    Johor Baru, 18 Nov  ------  Pasukan Kelab Badminton S.P.A (KBSPA) menang setelah menewaskan pasukan badminton Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), 7 – 4 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium tertutup badminton di Larkin semalam. Perlawanan turut disaksikan penaung KBSPA, Tan Sri Mahmood Adam dan Datuk Bandar MBJB, Tuan Haji Abd Rahman Mohamed Dewam. Ini adalah perlawanan persahabatan ke dua dalam tempoh seminggu terdahulu pada Ahad lepas pasukan badminton S.P.A menewaskan pasukan badminton Majlis Sukan Negara 5 - 3 yang diadakan di Johor Baharu. Perlawanan persahabatan ini adalah persiapan bagi KBSPA untuk menyertai kejohanan anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hujung bulan ini.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2014 Aktiviti 43

  • "KIK Juga Adalah Salah Satu Pendekatan Transformasi" ---- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 27 Nov ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) adalah juga salah satu pendekatan transformasi sebagai mana yang dimahukan oleh kerajaan. Katanya lagi dengan KIK inilah perubahan pasti akan berlaku untuk menambah baik sesebuah jabatan bagi memudahkan rakyat berurusan. Beliau berkata demikian di majlis Konvensyen KIK peringkat S.P.A 2014 di Putrajaya, pagi tadi. Turut hadir Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Setiausaha Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Sebanyak lapan (8) kumpulan dari Bahagian di S.P.A bertanding dan diadili oleh juri dari Jabatan Veterinar Putrajaya iaitu Dr. Wan Mohd Kamil Wan Nik dan Hamizie Ibrahim dari pejabat Tanah dan Galian negeri Kedah. Keputusan KIK akan diumumkan pada hari Inovasi SPA 2014 Disember ini.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2019 Aktiviti 5

  • Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) pada 20 hingga 21 Ogos 2019 bertempat di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek telah selesai dengan jayanya. Bengkel ini bertujuan untuk merangka Pelan Strategik SPA bagi tahun 2020-2022 dan menggariskan program-program yang akan diberi fokus dalam tempoh tersebut. Turut hadir sama dalam bengkel ini ialah YBrs. Tuan Zohari Bin Said, Setiausaha SPA, YBrs. Tuan Haji Ikhbal Hanam bin Mukras, TSU(S) dan YBrs. Tuan Haji Ghazali bin Hizam, TSU(R). YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Pengerusi SPA, juga sempat melakukan tinjauan pada hari terakhir bengkel ini dan telah sama-sama memberikan pandangan serta hala tuju ke arah memperkasakan penyampaian perkhidmatan SPA. Dalam ucapan penutup beliau, warga SPA turut disarankan supaya sentiasa berkongsi ilmu, bekerjasama dalam satu pasukan dan bersedia untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif.

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2019 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 30 Ogos -------- Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Negeri Perak Ke SPA Malaysia

PUTRAJAYA 23 Ogos ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak, YDH. Dato’ Pahlawan Hasnan Hassan telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Kunjungan turut dihadiri Ahli-Ahli SPA Negeri serta pegawai-pegawai kanan. Satu sesi taklimat SPA Malaysia telah disampaikan yang juga dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli SPA Malaysia dan pegawai-pegawai kanan---- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2019

Continue reading

Your message here