Accessibility Tools

Skip to main content

September 2018 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 24 September ----- SPA Fit Ekspedisi Gunung Singai, Bau Sarawak

SARAWAK, 23 September ----- SPA Malaysia Cawangan Sarawak (SPAMCS) telah melaksanakan program SPA Fit 2018 - Ekspedisi Gunung Singai, Bau melalui Kelab Rekreasi & Kebajikan (SPARK) SPA Malaysia Cawangan Sarawak. Seramai 23 peserta dan kakitangan SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah menyertai program tersebut. Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan mengeratkan semangat berpasukan, setia kawan, menguji tahap kekuatan mental dan fizikal serta membantu mengesan/menyelamat mangsa pendakian Gunung Singai yang telah hilang (Stanley Kho) semasa mendaki sejak 17 September 2018 yang lepas. Semasa pendakian bermula selama lebih kurang 40 minit, pendaki yang hilang Saudara Stanley Kho telah berjaya ditemui oleh penduduk kampung berdekatan. Pendakian Gunung Singai kali ini diketuai oleh Encik Doni Bin Sahari (merupakan Pengerusi Kelab Aktiviti Sukan Lasak Kenyalang) turut dibantu oleh beberapa ahli yang lain. Tempoh pendakian ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke puncak Gunung Singai dan 2 jam untuk turun ke kaki Gunung Singai dimana setengah jalan ke lokasi laluannya adalah dibuat daripada kayu belian, setengah lagi adalah laluan tanah dan curam dalam 80 Darjah. Tahniah kepada semua yang telah sampai ke puncak dan semua yg terlibat . ----- Urus Setia Sarawak

 
 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 8

  • Visit by Australian Public Service Commissioner

PUTRAJAYA 28 Feb ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima kunjungan daripada Public Service Commissioner Australia. Delegasi seramai (5) lima orang pegawai itu telah diketuai oleh Mr Peter Woolcoot. Satu sesi taklimat kepada delegasi PSC Australia juga telah diadakan. Turut hadir Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

September 2018 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 26 September ----- Perhimpunan Bulanan SPA Bagi Bulan September 2018

PUTRAJAYA, 25 September ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga SPA anjuran Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib. Dalam majlis berkenaan, Pengerusi SPA telah menyampaikan amanat kepada semua warga SPA agar terus menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pengerusi SPA juga turut menyampaikan kit SPA kepada pegawai baharu bertukar ke SPA, Anugerah Peminjam Buku Aktif, Penyumbang Buku Terbanyak, surat kenaikan pangkat serta Anugerah Kakitangan Paling Lama Berkhidmat di SPA.

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 16

  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

    PUTRAJAYA, 21 Januari ------ Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan telah diadakan hari ini di Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 13 ribu orang yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai di pelbagai Kementerian/Jabatan, Badan berkanun, Swasta dan NGO berarak bermula daripada Presint 2 ke Dataran Putra. Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A.), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. S.P.A juga turut menyertai acara perarakan yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Tema Sambutan Maulidur Rasul kali ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".  ------   MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2019

Continue reading

September 2018 Aktiviti 4

  • PERISTIWA BERGAMBAR 27 September ----- Sesi Perbincangan Pengerusi SPA bersama KSU MOT dan Wakil Jabatan JPA

Peristiwa bergambar : satu sesi perbincangan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin Bin Hj. Kasim dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah berlangsung pada 27 September 2018 (Khamis) bermula jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya SPA.

 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 17

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 4 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib dan 16 Kertas Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 3,621 orang dan seramai 895 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 30 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 
 
 

Continue reading

Mac 2019 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke - 140

KOTA KINABALU 1 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-140 di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di Sabah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Encik Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here