Accessibility Tools

Skip to main content

Januari 2018 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 3 Januari ----- Program Jelajah Kasih SPAVOL : Edisi Sabah

RANAU, 16 Disember ----- Program Jelajah Kasih SPAVOL edisi Sabah yang bermula pada 14 hingga 17 Disember 2017 telah dirasmikan oleh Penaung SPAVOL yang juga Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak di Kampung Paka Dua Ranau Sabah. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras dan Ketua Pengarah Biro Tatanegara YBhg. Datuk Ibrahim Saad. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perkhidmatan kaunter SPA8i, gotong-royong membersihkan kawasan dan Kenduri Rakyat yang disertai oleh sukarelawan SPAVOL Politeknik Kota Kinabalu dan SPA. Mekanisme pelaksanaan program ini adalah melibatkan NBOS daripada pelbagai agensi antaranya Biro Tatanegara (BTN), Pejabat Daerah Ranau, Majlis Daerah Ranau, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Politeknik Kota Kinabalu dan JKKK Kampung Paka Dua Ranau Sabah . ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 11

  • Majlis Interaksi Tan Sri Mahmood Adam di Sabah

KOTA KINABALU 21 November-----Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mengadakan majlis Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan-Badan Bukan Kerajaan. Persatuan-Persatuan dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Sabah. Majlis yang diadakan di INTAN Sabah itu turut dihadiri oleh YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Hadir sama Setiausaha Persekutauan Sabah, YBhg. Dato' Abu Bakar Hassan. Sejurus selepas selesai majlis Interaksi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan sidang media di tempat yang sama ----- MediaSPA

  
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 10

  • Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi & Setiausaha Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

KOTA KINABALU 20 November----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam malam ini telah mempengerusikan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidangkuasa SPA, di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu Sabah. Mesyuarat kali ke 3/2012 ini turut di hadiri Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Hadir sama, Pengerusi SPA Negeri Sabah YBhg. Datuk Ismail Awang Besar. ----- MediaSPA

  
 
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 9

  • Perjumpaan Bersama SPA Negeri Sabah

KOTA KINABALU 20 November----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) petang ini telah mengadakan perjumpaan bersama SPA Negeri Sabah. Delegasi dari SPA Malaysia telah diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi SPA Negeri Sabah YBhg. Datuk Ismail Awang Besar. Satu taklimat dari SPA Negeri telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Iamail Awang Besar di Pejabat SPA Negeri di Kota Kinabalu. ----- MediaSPA

  
 
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 8

  • Retreat Suruhanjaya Bil. 3/2012

KOTA KINABALU 20 November----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan sesi Retreat Suruhanjaya. Sesi Retreat Bil 3/2012 yang bermula malam tadi hingga Rabu ini dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sementara itu pada malam tadi, SPA telah mengadakan mesyuarat mingguan Suruhanjaya Bil 38/2012 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. ----- MediaSPA

  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 7

  • Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-38 bagi Tahun 2012

Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-38 pada kali ini telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) Kertas Tindakan Tatatertib, 14 Kertas Rayuan Tatatertib dan lima (5) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 80 orang dan seramai 811 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 52 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai 2 orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan

  
 
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 6

  • Perjanjian Persefahaman Antara SPA dan Agensi Pekerjaan Kayelle Sdn Bhd

SPA 17 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Perjanjian Memorandum Persefahaman bersama Agensi Pekerjaan Kayelle Sdn.Bhd. Perjanjian yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menganjurkan dan mengadakan kursus persediaan bagi calon-calon yang bakal menghadapi Peperiksaan, Assessment Centre dan Temu duga yang dijalankan oleh SPA. Kerjasama di antara SPA dan Agensi Pekerjaan Kayelle ini juga adalah untuk menarik minat kaum Cina berkhidmat dalam sektor awam. Hadir di majlis ini, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad. ----- MediaSPA

  
 
 
 

Continue reading

Januari 2018 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 1/2018 pada 8 Januari 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 
 

Continue reading

November 2012 Aktiviti 5

  • Sambutan Ma'al Hijrah 1434

PUTRAJAYA 15 November ----- Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak hari ini telah merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat Kebangsaan. Sambutan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu turut dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan Kementerian. Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang turut terlibat dalam sambutan peringkat Kebangsaan pada kali ini telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Pegawai-pegawai kanan dan sebahagian daripada warga SPA. Tema sambutan pada tahun ini adalah 'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH'. ----- MediaSPA

  
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here