Accessibility Tools

Skip to main content

Mac 2019 Aktiviti 11

  • Program Bario Public Service Outreach di Pusat Internet Bario, Miri

Bario, Miri ----- 25 Mac 2019 ( Isnin ) SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah hadir ke Program Bario Public Service Outreach di Pusat Internet Bario, Miri anjuran Pejabat YB Dato Gerawat Gala (Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN Mulu). Objektif Program ini adalah untuk memberi perkhidmatan ke kawasan luar Bandar dan mengeratkan hubungan Agensi dengan komuniti setempat serta merasai sendiri bagaimana corak kehidupan di luar bandar. Perjalanan melalui darat dari Bandaraya Miri ke Bario mengambil masa lebih kurang 13 Jam. Manakala melalui udara adalah 45 minit. Pelbagai aturcara telah dilaksanakan antaranya adalah Taklimat kerjaya dan tips temuduga yang disampaikan oleh Encik Matthew Anak Dominic Barin (SUB SK).Selain itu, SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga membuka booth pameran bagi memudahkan Pegawai SPA berinteraksi serta memberi khidmat nasihat mengenai kerjaya dalam perkhidmatan Awam Persekutuan kepada pengunjung yang hadir iaitu lebih kurang seramai 50 orang.Pihak SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga mengadakan aktiviti berinteraksi dengan penduduk Kampung di sekitar Bario untuk menyampaikan maklumat dan tatacara memohon Perjawatan dalam SPA Malaysia.Turut hadir ke program berkenaan adalah YB Dato Gerawat Gala dan Mr.Robertson Bala ( Penghulu Bario ).Pegawai SPA yang terlibat dalam program ini adalah Encik Siw Woo Kiiong ( Unit PG ), Cik Fiona George Surang, Encik Doni Sahari dan Encik Azzrie Yusuffi ( Unit PN ) serta PSH dari Pusat Temuduga Miri.

 
 
 

Continue reading

Oktober 2018 Aktiviti 8

  • Lawatan Kerja YBhg. Pengerusi SPA ke SPA Negeri Pahang

16 Oktober 2018 --- Delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah melakukan lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang di Kuantan. Lawatan kerja ini turut disertai oleh Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato' Sri Zoal Azha bin Yusof, ahli-ahli Suruhanjaya iaitu YBhg. Dato' Selwyn Vijayarajan Das dan YBhg. Datuk Yeow Chin Kiong beserta urusetia SPA Malaysia. Timbalan Pengerusi SPA Negeri Pahang, YH. Dato' Hj. Abdul Rahim bin Mohamad turut menyampaikan taklimat ringkas berkenaan SPA Negeri Pahang.

 
 
 

Continue reading

Penjawat Awam

Continue reading

Mac 2019 Aktiviti 12

  • Kunjungan Hormat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)

PUTRAJAYA 28 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) di Putrajaya semalam. Delegasi terdiri daripada Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak diketuai oleh Pengerusi SPANS YBhg. Datu Abdul Ghafur Shariff. Ketibaan disambut oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) turut diadakan. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2018 Aktiviti 9

  • Pameran SPA di Putrajaya

20 Oktober --- Pasukan Outreach SPA telah berada di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya menjayakan program Karnival Kerjaya 2018 anjuran JobsMalaysia. Program ini telah menarik minat pengunjung di sekitar Putrajaya dan SPA telah membantu pengunjung dengan membuat permohonan pekerjaan secara online, khidmat konsultansi dan semakan status permohonan.

 
 

Continue reading

Orang Awam

Continue reading

April 2019 Aktiviti 1

  • Ahli Suruhanjaya Baharu

PUTRAJAYA, 1 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima empat (4) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu semalam. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Othman Mustapha, YBhg. Datuk Nor Rizan Mohd Thani, YBhg. Dato’ Abdul Rahman Othman dan YBhg. Datu Hajah Sutin Shamat. Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia telah dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman. Majlis mengangkat sumpah disaksikan oleh Setiausaha SPA, En. Zohari Said dan diiringi Setiausaha Bahagian Urus setia Mesyuarat Suruhanjaya, En. Ahmad Mokthar Shahul Hamid. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here