Accessibility Tools

Skip to main content

April 2019 Aktiviti 1

  • Ahli Suruhanjaya Baharu

PUTRAJAYA, 1 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima empat (4) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu semalam. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Othman Mustapha, YBhg. Datuk Nor Rizan Mohd Thani, YBhg. Dato’ Abdul Rahman Othman dan YBhg. Datu Hajah Sutin Shamat. Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia telah dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman. Majlis mengangkat sumpah disaksikan oleh Setiausaha SPA, En. Zohari Said dan diiringi Setiausaha Bahagian Urus setia Mesyuarat Suruhanjaya, En. Ahmad Mokthar Shahul Hamid. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2018 Aktiviti 10

  • Pameran SPA di UiTM Cawangan Negeri Sembilan

26 Oktober --- Pasukan Outreach SPA telah berada di UiTM Cawangan Negeri Sembilan untuk menjayakan program Pameran Akademik anjuran UiTM Negeri Sembilan. SPA telah menawarkan khidmat konsultansi berkenaan permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam, semakan status semakan serta permohonan secara atas talian di SPA8i.

Continue reading

Disember 2014

Continue reading

Statistik Urusan Perlantikan

Statistik Urusan Perlantikan

Buku Statistik Urusan SPA 2019-2023

Buku Statistik Urusan SPA untuk Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan 2019-2023

Continue reading

April 2019 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 10/2019

Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil: 10/2019 pada 1 April 2019 di Putrajaya.

 
 

Continue reading

Oktober 2018 Aktiviti 11

  • Pertandingan Horizon Baharu KIK 2018

26 Oktober --- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 26 Oktober 2018 bertempat di Auditorium KPKPS Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ikhbal Hanam Bin Mukras, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan ) SPA. Sebanyak 4 pasukan telah mengambil bahagian pada pertandingan tersebut. Juara pertandingan KIK 2018 ini telah dimenangi oleh Kumpulan Citra (Bahagian Peperiksaan), tempat kedua ialah Kumpulan Kenyalang (Urusetia Cawangan Sarawak), tempat ketiga ialah kumpulan PKPK ( Bahagian Pengambilan Khas) dan tempat keempat adalah Kumpulan Raflesia (Urusetia Cawangan Sabah).

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Data Terbuka

Data Terbuka

  • Definisi Data Terbuka : Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.
  • Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan.
  • Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat: Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
  • Lihat Set Data SPA

Continue reading

April 2019 Aktiviti 3

  • Kunjungan Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Ke SPA

PUTRAJAYA 5 April ----- Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Nasional (NFCC) Dato' Seri Mustafar Ali telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman pada Jumaat. Turut hadir dalam perjumpaan itu Setiausaha SPA En Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Suhaimi Jusoh, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA.----- MediaSPA

 

Continue reading

Your message here