Accessibility Tools

Skip to main content

Mei 2013 Aktiviti 13

  • Lawatan Kerja Dari Kerajaan Republik Islam Afghanistan Ke S.P.A

    S.P.A, 28 Mei ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima lawatan kerja dari Kerajaan Republik Islam Afghanistan. Delegasi seramai 15 orang tersebut telah diketuai oleh Deputy Minister Finance & Admin, Mr. Saleem Khan Kunduzi. Ketibaan beliau bersama rombongan telah disambut oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan sesi taklimat mengenai S.P.A telah diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir Setiausaha S.P.A,YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad danTimbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Moi Eia.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Mac 2021 Aktiviti 4

  • Bengkel Perancangan Strategik 2022

Putrajaya 24 Mac 2021- Bahagian Dasar Dan Perancangan Telah Mengadakan Bengkel Perancangan Strategik 2022 Pada 24 Mac 2021 (Rabu), Bengkel Ini Dihadiri Oleh Pengurusan Tertinggi Dan Bahagian-Bahagian Di SPA. Objektif Bengkel Adalah Bertujuan Untuk Merancang Dan Menetapkan Program-Program Yang Akan Diberi Keutamaan Dalam Pelaksanaan Tahun 2022.

 
 
 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 9/2018 pada 12 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 
 

Continue reading

Mei 2013 Aktiviti 14

  • Pengerusi S.P.A Mengadakan Kunjungan Hormat Kepada Ketua Polis Negara

    KUALA LUMPUR, 28 Mei ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar. Kunjungan yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur itu telah berlangsung selama 40 minit. YBhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013 menggantikan YBhg. Tan Sri Ismail Omar yang telah bersara wajib.  ------  MediaSPA

Continue reading

Mac 2021 Aktiviti 5

  • Bengkel Pemahaman Standard MS ISO 9001:2015 dan Pemurnian Dokumentasi

PUTRAJAYA, 30 - 31 Mac 2021 - Unit Inovasi dan Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan Bengkel Pemahaman Standard MS ISO 9001:2015 dan Pemurnian Dokumentasi kepada penyelia dokumen dan auditor. Seramai 30 orang peserta menghadiri kursus ini terdiri daripada 27 orang dari SPA Putrajaya dan 3 orang dari Urus Setia Cawangan Sabah dan Sarawak secara maya. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Khalid bin Libar dari SIRIM STS Sdn. Bhd. Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pemahaman kepada pegawai-pegawai yang baharu dilantik sebagai penyelia dokumen dan auditor untuk persediaan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 20 Mac ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke-136

KOTA BHARU, 16 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-136 di Kota Bharu Kelantan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim Mahkamah Rayuan, YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, penentuan gaji permulaan, kenaikan pangkat, pemangkuan, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mei 2013 Aktiviti 15

  • "Kekalkan Hubungan Baik Antara Warga S.P.A Dan Pelanggan" --- Tan Sri Mahmood Adam

    S.P.A, 29 Mei ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan agar hubungan baik antara warga S.P.A. terus dijaga “ Sama-samalah kita menjaga hubungan baik antara kita (warga S.P.A), hormatilah ketua kita, berbincang bersama-sama agar setiap apa yang hendak kita lakukan tidak disalah sangka oleh pihak-pihak lain”. Beliau juga mengingatkan supaya jangan membiarkan deringan telefon di pejabat melebihi tiga kali. “Panggilan telefon yang dibuat mesti ada perkara penting, beritahulah kepada pelanggan kita perkara yang sebenar agar S.P.A tidak dipandang serong oleh orang luar ”. Beliau berkata demikian di Majlis Minum Pagi Bahagian Bersama Pengerusi S.P.A di Anjung Ilham. Turut hadir Setiausaha Bahagian Peperiksaan Puan Faidzah Arshad, Setiausaha Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib, Puan Salmah Idris dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 10/2018 pada 19 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Your message here