Accessibility Tools

Skip to main content

Disember 2018 Aktiviti 5

  • Kejohanan Sukan Integrasi MAKSWIP 2018

KANGAR 14-16 Disember --- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menghantar pasukan Bola Sepak, Bola Tampar Pantai dan Bola Jaring untuk menyertai Kejohanan Sukan Intergrasi MAKSWIP 2018 yang telah diadakan di Kangar, Perlis. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Yang Dipertua MAKSWIP. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah YB. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Pasukan Bola Jaring SPA telah menjadi Johan pada kejohanan Bola Jaring MAKSWIP 2018.

 
 
 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 11

  • Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Ke Atas Menteri Besar Perlis
       
    PERLIS, 18 Nov ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perlis, YAB. Azlan Man. Turut bersama dalam kunjungan hormat tersebut, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Pegawai Tugas-tugas Khas, YBhg. Datuk Salim Hashim dan Datuk Mustapha Ahmad S. Marican. Terdahulu dari itu pada pagi tadi YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Kompleks Unit Pencegah Penyeludupan Bukit Kayu Hitam, Kedah. Satu taklimat turut diadakan yang disampaikan oleh Komander UPP Negeri Kedah iaitu Tuan Abdul Latif Abdul Rahman. Pada sebelah malam pula, Pengerusi S.P.A telah menyertai kursus Competency Based Interview (CBI) dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha SPA Negeri di Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis. ------  MediaSPA
 
 
 
 

Continue reading

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)

  • 1. Bagaimanakah pemakluman Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) dibuat kepada calon?

    Calon akan dimaklumkan melalui alamat e-mel yang telah calon daftarkan di sistem SPA9, paparan di Portal Rasmi SPA dan paparan di Facebook Rasmi SPA sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK).

     

  • 2. Adakah calon boleh hadir ke pusat pengujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) sekiranya BMI melebihi julat yang ditetapkan?

    Tidak digalakkan hadir kerana syarat lantikan tambahan telah menetapkan julat BMI hanya 19.00 hingga 26.00.

     

  • 3. Adakah calon rabun jauh boleh hadir ke pusat pengujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Tidak digalakkan hadir kerana syarat lantikan tambahan telah menetapkan kedua-dua belah mata (kiri dan kanan) hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan boleh menyebut dengan terang dan jelas huruf atau nombor yang ditunjukkan diaras 1 hingga 6 pada Papan/Carta Snellen (Carta Mata). Jarak calon dengan Carta Snellen adalah 6 meter.

  • 4. Apakah etika pakaian semasa menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Berpakaian sukan yang sopan, tidak menjolok mata dan tidak ketat. Baju seperti jersey dibenarkan. Tidak diwajibkan memakai t-shirt berkolar dan berwarna putih. Bagi lelaki, pemakaian seluar pendek paras lutut dibenarkan. Bagi wanita, pemakaian baby t-shirt, legging dan yoga pants adalah dilarang sama sekali.

  • 5. Berapa lamakah urusan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) dijalankan?

    Terdapat dua (2) situasi iaitu:

    i. Bagi calon yang berjaya melepasi sehingga larian 2.4 km kebiasaannya UFPK akan tamat pada jam 5.00 petang bergantung kepada jumlah kehadiran calon di pusat ujian; dan

    ii. Bagi calon yang gagal melepasi ujian seperti BMI, Ujian Penglihatan, Ujian Pengecaman Warna, Pemeriksaan Tubuh dan Gaya Berjalan serta empat (4) Ujian Kecergasan iaitu Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 4X10 meter, Bangun Tubi dan Larian 2.4 km, akan diminta untuk meninggalkan pusat lebih awal.

  • 6. Bolehkah calon membuat pertukaran pusat dan tarikh Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Kelulusan pertukaran pusat dan tarikh UFPK bergantung kepada jenis permohonan dan alasan yang kukuh seperti pertindihan tarikh temu duga, kematian, keagamaan, perkahwinan, kemalangan dan sebagainya. Calon perlu mengemukakan bukti bagi alasan yang dinyatakan.

    Pusat dan tarikh hanya boleh ditukar sepanjang tempoh Ujian berlangsung sahaja. Tiada Ujian ulangan selepas tarikh UFPK tamat.

    Permohonan boleh dibuat di alamat e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • 7. Apakah jenis sarung tangan getah yang boleh digunakan semasa Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Boleh membawa apa jua jenis sarung tangan getah. Disarankan menggunakan sarung tangan getah yang diguna pakai oleh kakitangan perubatan.

  • 8. Apakah jenis Kit Ujian Kendiri yang boleh digunakan semasa Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Kit Ujian Kendiri yang menggunakan sampel air liur dan hidung boleh digunakan. Kit Ujian Kendiri jenis Lolipop tidak dibenarkan.

  • 9. Adakah ujian saringan covid perlu dilakukan?

    Ya. Perlu dijalankan di pusat ujian sebelum sesi pendaftaran.

  • 10. Adakah calon mengandung boleh hadir pada sesi Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)?

    Calon yang mengandung tidak digalakkan hadir kerana akan melibatkan ujian kecergasan.

  • 11. Bolehkah calon yang tidak hadir Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) memohon untuk penjadualan semula UFPK?

    Tiada penjadualan semula bagi calon yang tidak hadir Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK).

  • 12. Bolehkah calon yang gagal dalam salah satu Ujian (BMI / Ujian Penglihatan / Ujian Pengecaman Warna / Pemeriksaan Tubuh dan Gaya Berjalan / Ujian Kecergasan) membuat rayuan menjalani semula Ujian tersebut?

    Rayuan hanya boleh dilakukan semasa ujian sedang berjalan dan perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Penguji. Tiada rayuan selepas Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) tamat.

  • 13. Adakah calon yang tidak menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain?

    Tidak. Calon yang tidak menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) tidak akan disenarai hitamkan dari urusan SPA yang lain.

Continue reading

Julai 2019 Aktiviti 5

  • Setiausaha SPA Sampaikan Sumbangan Warga SPA Kepada Keluarga Allahyarhamah Azura Zainal

AMPANG 24 Julai ----- Setiausaha SPA, En. Zohari Said telah membuat kunjungan ke rumah keluarga Allahyarhamah Cik Azura Zainal daripada Bahagian Peperiksaan yang kembali ke rahmatullah pada 26 Mei lepas. Setiausaha SPA telah menyampaikan sumbangan derma daripada Warga SPA dan sumbangan Puspanita kepada keluarga Allahyarhamah. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras. ----- MediaSPA.

 
 

Continue reading

Disember 2018 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39 Tahun 2018

Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 39/2018 pada 17 Disember 2018.

 
 
 
 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 12

  • Badminton Persahabatan, S.P.A Menang
       
    PERLIS, 18 Nov ------ Pasukan Badminton S.P.A hari ini telah menang 4 – 0 dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Pejabat SUK Negeri Perlis. Perlawanan yang diadakan di gelanggang Majlis Sukan Negari Perlis ini telah di ketuai oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Ini adalah merupakan kemenangan kedua pasukan badminton S.P.A dalam tempoh 24 jam setelah menewaskan pasukan dari pejabat SUK Negeri Pulau Pinang semalam. Perlawanan persahabatan ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Perlis hari ini. ------  MediaSPA
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2014 Aktiviti 20

  • " 313,168 Calon Duduki Pepriksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam" ---- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 12 Nov ------  Seramai 313,168 calon telah menduduki peperiksaan secara online untuk memasuki perkhidmatan awam sejak ia diperkenalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) pada 30 April 2014. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam pada satu majlis penghargaan sempena kelancaran pelaksanaan sistem peperiksaan online di Putrajaya semalam. Peperiksaan yang diadakan dengan kerjasama JARING Communication Sdn. Bhd. dan Syarikat Novatis Resources Sdn.Bhd. yang menyediakan jalur lebar telah membolehkan 120,000 calon menduduki peperiksaan dalam masa yang sama. Menurut Tan Sri Mahmood lagi peperiksaan terkini iaitu Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) yang dijalankan pada 1 November 2014 telah dijalankan dengan jayanya dengan tidak menghadapi sebarang masalah tenikal dan dihadiri seramai 46,516 calon. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Pengesahan Pelantikan

Pengesahan Pelantikan

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran.

     

  • 2. Apakah peraturan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. Prosedur Pengesahan Pelantikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah merujuk kepada Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2011.

  • 3. Apakah tujuan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan Pelantikan bertujuan untuk mengesahkan bahawa pegawai telah memenuhi syarat tawaran pelantikan iaitu diperakui sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dan memenuhi Akuan Berkanun semasa melaporkan diri bertugas dan pegawai menandatangani Aku Janji selepas melapor diri bertugas.

     

  • 4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Pelantikan?

    Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana dalam Senarai Semak Pengesahan Pelantikan melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 5. Adakah perlu seseorang pegawai sedang berkhidmat dilantik ke jawatan baharu, menjalani semula pemeriksaan kesihatan?

    Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu mengikut perenggan 7 MyPPSM Ceraian UP.1.3.10

     

  • 6. Siapakah yang boleh menjadi saksi di ruangan Bahagian C – Pengakuan Saksi (Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam) dan bilakah tarikh yang perlu diisikan?

    Saksi terdiri daripada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 dan ke atas) dalam perkhidmatan awam. Tarikh tandatangan saksi hendaklah sebelum mendapat pengesahan Pengamal Perubatan Berdaftar.

     

  • 7. Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta?

    Boleh.

  • 8. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pengesahan Pelantikan?

    14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

     

  • 9. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pengesahan Pelantikan?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Continue reading

Your message here