Accessibility Tools

Skip to main content

Oktober 2013 Aktiviti 6

  • Lawatan Rasmi Peserta Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke 16


    MELAKA, 9 Oktober ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini bersama peserta Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuat lawatan kerja ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Sungai Baru, Melaka. Turut sama dalam lawatan kerja itu ialah Ahli-Ahli Suruhanjaya serta Pengerusi-pengerusi S.P.A Negeri. Taklimat mengenai ALAM telah disampaikan oleh Encik David Fredrick. Pengerusi S.P.A bersama rombongan juga turut dibawa melawat sekitar kawasan ALAM dan ke Pusat Simulator Akademi Laut Malaysia. Selesai sesi lawatan kerja di akademi tersebut, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama delegasi telah membuat lawatan ke Karnival Kerjaya S.P.A yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah, Melaka. Karnival kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan adalah bersempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Pengerusi S.P.A bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya turut melawat booth pameran dan menyampaikan cenderamata kepada setiap kementerian/jabatan yang turut serta sebagai tanda kenangan. ------  MediaSPA

 

 
 
 
 

Continue reading

Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat

Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat

  • Objektif

    Objektif Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat adalah untuk memberikan khidmat sokongan bagi memastikan semua tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta menepati prinsip-prinsip dan peraturan yang ditetapkan.

  • Fungsi

    Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat terlibat dalam urusan seperti berikut:

    • Pengukuhan SPA ke arah menjadi sebuah agensi peneraju dalam melantik penjawat awam yan terbaik;
    • Menyediakan dan memantau pelaksanaan pelan perancangan strategik untuk SPA;
    • Bertanggungjawab mengurus soalan-soalan dan jawapan-jawapan Parlimen sama ada dari Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara yang melibatkan SPA;
    • Melaksana dan memantau pelaksanaan dasar dan peraturan sedia ada; dan
    • Mengkaji dan menyelaras kajian-kajian yang dirancang dan dilaksanakan.
  • Piagam Pelanggan

    Memastikan hasil penyelidikan dan perancangan yang berkualiti serta memenuhi kehendak stakeholders/pelanggan dalam tempoh berikut:

    1. Kajian empirikal - enam bulan
    2. Tempoh kajian yang melibatkan pihak perunding bergantung kepada tempoh dalam terma kontrak
    3. Menyediakan draf jawapan pertanyaan Parlimen, ulasan memorandum Jemaah Menteri dan maklum balas keputusan kabinet dalam masa yang ditetapkan oleh stakeholders/pelanggan.
  • Aktiviti Utama Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat

    Perancangan Strategik
    Merangka dan memantau perkembangan aktiviti yang telah dirancang di dalam Pelan Perancangan Strategik SPA setiap 5 tahun.

    Sasaran Kerja Tahunan
    Menyelaras sasaran kerja tahunan SPA dan menjadi urus setia kepada Mesyuarat Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan.

    Urusan Parlimen
    Mengurus dan menyelaras setiap pertanyaan lisan dan bukan lisan semasa Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

    Kajian
    Mengkaji dan menyelaras kajian-kajian yang berkaitan tentang dasar-dasar SPA.

Continue reading

Oktober 2019 Aktiviti 3

  • Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia

PUTRAJAYA 17 Okt ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menerima kunjungan hormat, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Puan Roselindawati Abdul Rahman di Putrajaya, semalam. Satu sesi perbincangan telah diadakan yang turut dihadiri Setiausaha SPA En Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Ghazali Hizam dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras ----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 8 Mac ----- Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Kompleks C

PUTRAJAYA, 8 Mac ----- Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada hari ini, satu acara pelepasan (flag off) peserta kayuhan berbasikal anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) telah diadakan di peringkat Kompleks C, Putrajaya pagi tadi. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, pegawai-pegawai kanan SPA dan pegawai-pegawai sekitar Kompleks C. Terdahulu dari itu Dato’ Seri Zainal dan Tan Sri Arpah meluangkan masa untuk melawat booth International Bazaar Ride 2017 bertemakan “Be Bold For Change”, di perkarangan Blok C10, Kompleks C. Seramai hampir 200 peserta yang terdiri dari wanita pelbagai peringkat usia telah menyertai acara kayuhan berbasikal dan motosikal skuter. MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 7

  • Majlis Penutupan Persidangan S.P.A Ke - 16


    MELAKA, 10 Oktober ------ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun hari ini telah merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke 16 yang diadakan di Hotel Holiday Inn, Melaka. Terdahulu, Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama peserta persidangan telah menimbang dan meluluskan rumusan persidangan seterusnya mengadakan sesi dialog. Sementara itu, Negeri Kedah akan menjadi tuan rumah Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kali ke 17 yang akan diadakan di Langkawi pada tahun 2014. Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kerana memberi layanan yang baik kepada peserta dan pasangan disepanjang persidangan yang bermula pada Isnin lepas. ------  MediaSPA

 

 
 
 

Continue reading

November 2014 Aktiviti 33

  • Sesi Interaksi Dan Karnival Kerjaya S.P.A

    Johor Baru, 19 Nov  ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah mengadakan sesi interaksi dan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Baharu hari ini. Majlis turut dihadiri ketua-ketua Jabatan Persekutuan, NGO dan orang ramai di sekitar Johor Baharu. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam dan turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sesi taklimat kerjaya untuk murid-murid sekolah sekitar Johor Baharu turut diadakan.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Bahagian Urus Setia Mesyuarat

Bahagian Urus Setia Mesyuarat

  • Objektif

    Memastikan kelancaran perjalanan Mesyuarat Suruhanjaya, Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib, Mesyuarat Rayuan Kenaikan Pangkat, Mesyuarat Khas dan Urusan Perkhidmatan Ahli Suruhanjaya.

  • Fungsi

    • Sebagai urus setia mesyuarat Suruhanjaya, Lembaga Rayuan Tatatertib dan Lembaga Rayuan Naik Pangkat.
    • Urus setia mesyuarat khas Suruhanjaya di luar Putrajaya.
    • Mengumpul dan mengemaskini ruling SPA.
  • Piagam Pelanggan

    Mengurus dan memastikan urusan Mesyuarat Suruhanjaya sentiasa berjalan dengan lancar dan memastikan Pakej Mesyuarat akan dihantar 24 jam sebelum mesyuarat bermula.

  • Aktiviti Utama Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat

    • Mengurus dan memastikan kelancaran mesyuarat mingguan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
    • Menjadi urus setia kepada Mesyuarat Khas, Mesyuarat Luar dan Persidangan.
    • Menguruskan pelantikan, tamat tempoh dan kebajikan Ahli Suruhanjaya.

Continue reading

Oktober 2019 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 21 Okt ----- Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

PUTRAJAYA 18 Okt ----- Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Peperiksaan dipilih menerima anugerah khas Pengerusi SPA yang diumumkan di Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih 2019 pada Jumaat lepas. Anugerah ini diberikan atas kecemerlangan dan komitment Bahagian ini dalam meningkatkan kualiti dan imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Terdahulu Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada pesara dan bakal pesara. Turut diraikan ialah pentadbir pusat temu duga yang telah berkhidmat bersama SPA. Penghargaan jasamu dikenang turut diberikan kepada pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan iaitu Allahyarhamah Azura Zainal dan Allahyarham Munir Mansor. Pengerusi SPA juga mengilhamkan anugerah Pegawai Berketerampilan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Manakala Mohd. Zamrin Kassim dan Nur Izwani Azman dari Bahagian Pengambilan Khas, dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati SPA. Turut hadir ke Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih, Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, En Zohari Said pegawai-pegawai kanan dan warga SPA ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 408 orang dan seramai 1,118 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 10 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 15 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Your message here