Accessibility Tools

Skip to main content

Mac 2017 Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 16 Mac ----- Karnival Kerjaya SPA

MELAKA, 16 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Karnival Kerjaya & Outreach SPA 2017 yang diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Haron, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Seri Haji Naim Bin Abu Bakar, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Zainal Bin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan SPA dan wakil dari pelbagai Kementerian dan Jabatan. Selain booth pameran dari pelbagai agensi/jabatan kerajaan, SPA juga turut membuka kaunter permohonan jawatan secara online yang disediakan secara percuma kepada orang ramai, kaunter semakan status permohonan dan juga taklimat kerjaya serta panduan menghadapi temu duga. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang disediakan kepada orang ramai yang hadir di antaranya adalah seperti kempen derma darah, perkhidmatan klinik pergigian bergerak, pembaharuan lesen kenderaan dan pembaharuan kad pengenalan. MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 23 Mac ----- Lawatan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu

PUTRAJAYA, 22 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan kerja daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu, semalam. Delegasi yang diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Mohd @ Daik Ngah turut diiringi oleh Setiausaha dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengerusi SPA Malaysia, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Satu sesi taklimat mengenai fungsi-fungsi SPA Malaysia dan sistem-sistem online yang digunakan oleh SPA telah disampaikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Zainal Abidin Ahmad. MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 11

  • BERITA RINGKAS 28 Mac ----- Temuduga PTD Bermula Hari Ini

KUANTAN, 28 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan sesi temu duga bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 bagi pengambilan tahun 2017 yang bermula pada hari ini sehingga 27 April 2017. Sesi temu duga PTD pada kali ini melibatkan sebanyak 11 Lembaga Temu Duga (LTD). Seramai 2,602 calon telah layak untuk dipanggil menghadiri temu duga setelah lulus dalam peperiksaan secara online dan Program Assessment Centre (PAC) PTD yang diadakan pada bulan Januari yang lalu. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah menjalankan sesi temu duga PTD bertempat di Pusat Temu duga SPA Kuantan, Pahang. MediaSPA

Continue reading

Your message here