November 2019
- BANNER PORTAL SPA ------- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 34/2019
- BERITA RINGKAS 13 Nov ----- Pengerusi SPA Merasmikan Hari ICT SPA dan Pelancaran Kios Pendaftaran Temu Duga
- BANNER PORTAL SPA ------- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 30/2019
- BANNER PORTAL SPA ------- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 29/2019
- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa SPA Tahun 2019
April 2017 Aktiviti 1
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10 Tahun 2017
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,264 orang dan seramai 2,783 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 40 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 20 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Oktober 2013 Aktiviti 15
- Mesyuarat SPKP Di Kuching Sarawak
KUCHING, 31 Oktober ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-122 di Kuching, Sarawak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, yang juga merupakan Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Mesyuarat dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara Malaysia, YAA Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Rayuan serta dua orang YA Hakim Mahkamah Tinggi. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPKP, Jemaah Pegawai SPKP iaitu YBhg. Peguam Cara Negara dan YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan serta pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Suruhanjaya telah menimbang dan membuat keputusan bagi urusan Pelantikan, Kenaikan Pangkat, Pemangkuan, Penamatan Pemangkuan Pegawai Undang-Undang termasuk perkara-perkara dasar berkaitan perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Selain itu, kertas pertimbangan Suruhanjaya secara edaran dan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen serta penetapan gaji permulaan oleh Jemaah Pegawai SPKP telah diratifikasikan Suruhanjaya. ------ MediaSPA
November 2014 Aktiviti 39
- PERISTIWA BERGAMBAR 25 Nov ---- Pengerusi S.P.A Serah Surat Tawaran Pelantikan Tetap Kepada Joshua
Peristiwa bergambar.
Disember 2019 Aktiviti 1
- BANNER PORTAL SPA ------- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 35/2019
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 35/2019
April 2017 Aktiviti 2
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13 Tahun 2017
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 675 orang dan seramai 1,287 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 14 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 19 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
September 2013 Aktiviti 1
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 32 Tahun 2013
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 32/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib dan sebelas (11) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 252 orang dan seramai 994 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 15 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.