Accessibility Tools

Skip to main content

Mei 2017 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 4 Mei ----- Jelajah CSR PPTD

PUTRAJAYA, April ----- Wakil SPA Ismawira Amin Ismail telah berjaya menamatkan konvoi Jelajah CSR PPTD : Misi Al-Quran Braille, Putrajaya - Bangkok 2017 yang bermula pada 26 April hingga 1 Mei 2017. Konvoi ini melibatkan perjalanan sejauh 3000km dengan penglibatan seramai 50 orang sukarelawan dan 15 kenderaan. Majlis pelepasan konvoi dari Putrajaya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 26 April 2017 di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. Sejumlah 100 buah set Al-Quran Braille (600 kotak), 150 buah Braillet, 70 buah Al-Quran biasa, 170 buah buku bahasa Inggeris, telekung, kain pelikat dan sumbangan derma tunai telah berjaya disampaikan kepada 3 buah Masjid di Malaysia, 5 buah Masjid di Bangkok, 9 buah Masjid di seluruh Pathumthani, 1 Madrasah di Chiang Mai dan 2 buah Pejabat Perwakilan Kerajaan Malaysia di Thailand. SPA mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada wakil SPA atas usaha murni tersebut yang telah turut sama mengharumkan nama SPA dalam kerja-kerja kebajikan dan kesukarelaan . MediaSPA

 
 
 

Continue reading

September 2013 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33 Bagi Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 643 orang dan seramai 996 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 11 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

November 2014 Aktiviti 43

  • "KIK Juga Adalah Salah Satu Pendekatan Transformasi" ---- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 27 Nov ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) adalah juga salah satu pendekatan transformasi sebagai mana yang dimahukan oleh kerajaan. Katanya lagi dengan KIK inilah perubahan pasti akan berlaku untuk menambah baik sesebuah jabatan bagi memudahkan rakyat berurusan. Beliau berkata demikian di majlis Konvensyen KIK peringkat S.P.A 2014 di Putrajaya, pagi tadi. Turut hadir Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Setiausaha Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Sebanyak lapan (8) kumpulan dari Bahagian di S.P.A bertanding dan diadili oleh juri dari Jabatan Veterinar Putrajaya iaitu Dr. Wan Mohd Kamil Wan Nik dan Hamizie Ibrahim dari pejabat Tanah dan Galian negeri Kedah. Keputusan KIK akan diumumkan pada hari Inovasi SPA 2014 Disember ini.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Siaran Media

  • YBhg. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    di Hari Terbuka SPA@Perak : Tingkat Kesedaran dan Kefahaman Golongan Sasar di Zon Utara
    Tarikh: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
    Tempat: Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh, Perak
  • YBhg. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    di Hari Terbuka SPA@Putrajaya : Usaha Proaktif Meningkatkan Kualiti Pemohon Pekerjaan Sektor Awam Dan Swasta Di Malaysia
    Tarikh: 02 November 2024 (Sabtu)
    Tempat: Dewan Damar Sari 1,2 dan 3, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya
  • YBhg. Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    di Majlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA Malaysia Sibu, Sarawak
    Tarikh: 15 Mac 2012 (Khamis)
    Tempat: Pusat Temu Duga SPA Malaysia Sibu, Sarawak
    • YBhg. Dato' Abd Rahman Bin Husin
      Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Menunaikan Fungsi Pengerusi SPA Mengikut Perkara 142(3A) Perlembagaan Persekutuan)
      di Majlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA, Melaka
      Tarikh: 19 Mac 2012 (Isnin)
      Tempat: Pusat Temu Duga SPA, Melaka
      • YAB Perdana Menteri 
        di Majlis Makan Malam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bersama YAB Perdana Menteri
        Tarikh: 11 Januari 2010 (Isnin)
        Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
      • Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
        di Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri dan Pelajaran Kali ke-XI
        Tarikh: 21 Ogos 2008 (Khamis)
        Tempat: Damai Puri Resort, Kuching, Sarawak
      • Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
        di Majlis Perasmian Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri dan Pelajaran Kali ke-XI
        Tarikh: 18 Ogos 2008 (Isnin)
        Tempat: Damai Puri Resort, Kuching, Sarawak
      • Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
        di Majlis Perasmian Mesyuarat Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri di bawah bidang kuasa dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
        Tarikh: 27 Mei 2008 (Selasa)
        Tempat: Bayview Hotel Langkawi Malaysia
      • Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 
        di Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Jubli Emas SPA Bersama SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong
        Tarikh: 28 April 2008 (Isnin)
        Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
      • Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
        di Majlis Pelancaran dan Perasmian Sambutan Jubli Emas SPA
        Tarikh: 24 Januari 2008 (Khamis)
        Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

      Continue reading

      Mei 2017 Aktiviti 3

      • BERITA RINGKAS 8 Mei ----- Kunjungan Daripada Kementerian Kesihatan Malaysia Ke SPA

      PUTRAJAYA, 5 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima kunjungan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min serta pegawai-pegawai Kanan KKM. Satu sesi perbincangan turut diadakan bersama Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak . Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Antara topik perbincangan adalah mengenai isu-isu pengambilan calon untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan termasuk isu berkaitan dengan pelantikan secara kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41. MediaSPA

       
       

      Continue reading

      September 2013 Aktiviti 5

      • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Surat Tawaran Pelantikan Dan Pengesahan Perkhidmatan

        SPA 10 September ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan surat tawaran pelantikan untuk mereka yang berjaya dalam temu duga bagi jawatan yang dipohon dan surat pengesahan perkhidmatan kepada penjawat awam yang telah disahkan dalam perkhidmatan. Majlis yang diadakan di Dewan Temu duga, Aras 6 itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Jabatan. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau berharap agar calon yang dilantik ini dapat menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang baik dalam perkhidmatan awam negara. Beliau juga berharap calon-calon yang dilantik ini memenuhi ciri-ciri yang diperlukan memandangkan proses temu duga yang dijalankan oleh S.P.A adalah berkualiti, telus dan sistematik. Di akhir majlis, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam meluangkan masa beramah mesra bersama penjawat awam yang baharu dilantik dan seterusnya mengadakan Sidang Media bersama wartawan yang hadir membuat liputan. ------MediaSPA

       
       
       
       

      Continue reading

      Mei 2017 Aktiviti 4

      • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14 Tahun 2017

      Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 5,306 orang dan seramai 2,970 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 40 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tujuh (7) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 26 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

       
       

      Continue reading

      Your message here