BERITA RINGKAS 30 Mac ----- Lawatan Kedutaan Republik Maldives Di Malaysia
PUTRAJAYA, 29 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan daripada Duta Besar Maldives ke Malaysia, H.E Mohamed Fahmi Hassan, semalam. Delegasi turut disertai pegawai-pegawai kanan kedutaan. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyampaikan taklimat SPA, yang turut dihadiri Setiausaha, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Ikhbal Hanam Mukras dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei. ----- MediaSPA
S.P.A Muncul Juara Pertandingan Bola Jaring JPM 2013
PUTRAJAYA, 7 April------ Pasukan Bola Jaring S.P.A muncul juara setelah menewaskan pasukan JPA dalam Pertandingan akhir Bola Jaring Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2013 yang berlangsung di Padang Pancarona, Presint 18 Putrajaya semalam. Sebanyak 15 pasukan bertanding terdiri dari pelbagai Kementerian dan Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir menyaksikan pertandingan, Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat Encik Shafarin Nasuredin. Pasukan yang menjadi juara pada pertandingan kali ini telah mendapat hadiah berupa wang tunai serta pingat. ------ MediaSPA
Taklimat dan Pameran Kerjaya di Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong)
KUALA LUMPUR 6 Ogos------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Program Taklimat dan Pameran Kerjaya bersama Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur, semalam (Ahad). Program yang diadakan selama sehari itu turut dihadiri oleh Ahli Suruhanjaya, Encik Boon Joh Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Cik Chan Hong Jin dan pegawai-pegawai SPA. Hadir sama Presiden Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong), YBhg. Tan Sri Pheng Yin Huah. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah taklimat kerjaya oleh Puan Lim Irene, Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Boon Jon Lin, Ahli Suruhanjaya dan juga wakil daripada Jabatan Tenaga Kerja serta Jabatan Kastam. Program Taklimat dan Pameran Kerjaya yang dihadiri oleh lebih daripada 200 calon berketurunan Cina juga boleh mendaftar permohonan jawatan secara online, menyemak status terkini permohonan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan, Bahagian Pengambilan Khas dan Bahagian Peperiksaan. Program kerjaya yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang itu juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak Media Massa. ------MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 14 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 404 orang dan seramai 1,164 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 25 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Sesi Interaksi Tan Sri Mahmood Adam Bersama Peserta DPA
BUKIT KIARA, 9 April------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi dengan peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) di Auditorium INTAN Bukit Kiara. Hadir sama Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif, YBrs. Dr. Alauddin Sidal. Seramai 434 peserta hadir dalam sesi interaksi yang pertama kali di adakan untuk peserta DPA. Dalam sesi interaksi ini YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menerangkan mengenai Transformasi yang telah dan sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Satu sesi soal jawab juga turut diadakan. ----- MediaSPA
Bengkel Konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA Sesi 1/2020
Bengkel Konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA Sesi 1/2020 oleh En. Mior Hasrul Affendi bin Mior Ahmad dari Biro Pengaduan Awam, JPM pada 21 - 22 Januari 2020 di Bilik Latihan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Aras 8, Blok C7, Kompleks C, SPA, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.