Definisi Data Terbuka : Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.
Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan.
Kunjungan Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Ke SPA
PUTRAJAYA 5 April ----- Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Nasional (NFCC) Dato' Seri Mustafar Ali telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman pada Jumaat. Turut hadir dalam perjumpaan itu Setiausaha SPA En Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Suhaimi Jusoh, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA.----- MediaSPA
KUALA LUMPUR 1 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menjalankan peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41. Peperiksaan yang dihadiri seramai 44,908 termasuk calon yang berada di luar Negara telah berjaya menjawab soalan dengan tidak menghadapi masalah teknikal yang berpusat di JARING. Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam yang turut hadir mensifatkan peperiksaan PTD ini ialah sebagai “ibu segala peperiksaan”. “Saya amat bersyukur kepada Allah, kerana peperiksaan ini berjalan dengan lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah teknikal”, katanya. Yang turut hadir Timbalan Pengerusi Dato’ R.Segarajah, Setiausaha Datuk Ramli Juhari. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Haji Zakaria Hj Jaafar, yang turut menyaksikan perjalanan peperiksaan ini. SPRM akan menggunakan system peperiksaan online yang digunakan oleh S.P.A untuk lantikan pegawainya dalam masa terdekat. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 05 Disember : SPA Juara Perlawanan Bola Jaring Kejohanan MAKSWIP 2016
KANGAR, 04 Disember------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah muncul juara dalam Pertandingan Bola Jaring sempena Kejohanan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2016 yang diadakan di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pagi tadi. Pasukan SPA menewaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan jaringan 14 – 7. Terdahulu dalam ucapan yang disampaikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin semasa pelepasan pasukan pada Khamis lepas berkeyakinan bahawa pasukan Bola Jaring SPA akan memperoleh kejayaan memandangkan pada tahun lepas (2015) pasukan ini muncul naib juara. Selain itu, SPA juga turut menghantar pasukan bola sepak namun tuah tidak berpihak kepada SPA pada tahun ini. ------ MediaSPA
Tan Sri Zainal Rahim Lancarkan Program Senaman Ringan
PUTRAJAYA 22 April ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah melancarkan Program Senaman Ringan atau X-Break peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, semalam. Program yang diadakan sempena perhimpunan bulanan SPA ini turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA En. Zohari Said, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Terdahulu dalam ucapan, Tan Sri Zainal Rahim memperkenalkan Ahli-Ahli Suruhanjaya baharu dan seterusnya menyampaikan kit kepada kakitangan baharu yang melaporkan diri di SPA ----- MediaSPA
PERISTIWA BERGAMBAR 30 Oktober ----- Kursus Team Building Siri I
Peristiwa bergambar : Unit Inovasi dan Latihan, Bahagian Pengurusan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Kursus Team Building Siri I di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis pada 21-23 September 2018.
BERITA RINGKAS 05 Disember : Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Kali Ke -131
BANGI, 02 Disember------ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuaratnya yang ke-131 pada 2 Disember 2016 di Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPKP dan turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Peguan Cara Negara II. Turut hadir mesyuarat berkenaan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Ketua Pendaftar dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat, tatatertib, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ------ MediaSPA
Di bawah Teras Pengukuhan Integriti, Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2013, Unit Integriti dengan kerjasama Unit Latihan SPA Malaysia telah mengadakan Kursus Roda-Roda Integriti di Nur Lembah Pangsun pada 19-21 April 2016 yang lepas. Seramai 31 orang terdiri dari pegawai kumpulan Sokongan dan Pengurusan&Profesional telah terlibat.
Taklimat aturcara kursus telah disampaikan oleh En Ahmad Humaizie bin Ramly, Ketua Unit Integriti dan seterusnya taklimat aktiviti roda-roda integriti oleh Pak Long, fasilitator pusat latihan.
Tugasan penyusunan gambar adalah salah satu sub aktiviti roda-roda integriti. Aktiviti ini memberi impak kepada pegawai agar bekerjasama dan saling tolong menolong dalam satu pasukan yang dibentuk.
Program Drama Integriti juga diserapkan dalam roda-roda integriti. Di sini, peserta didedahkan dengan contoh kes sebenar kesalahan dan salahlaku integriti khususnya jenayah rasuah dan dilakonkan semula oleh semua pegawai dengan bakat dan inisiatif yang kreatif masing-masing.
Program Santai Kopi-O Integriti bersama Ketua Unit Integriti telah diadakan di salah sebuah restoran berhampiran. Di sini, KUI berkongsi pengalaman dan penerangan contoh kes-kes perlanggaran integriti di Agensi Awam dan GLC. UI juga menasihati kepada pegawai agar terus kekal membudayakan integriti di SPA.
Membina rakit dan bertukar rakit sesama kumpulan adalah sub aktiviti roda-roda integriti. Ianya mampu menerapkan ciri-ciri integriti pegawai dalam kumpulan khususnya, sifat yakin dan bekerjasama pada kemasan dan pemasangan rakit yang diamanahkan pada setiap individu dalam kumpulan yang lain.
Kami adalah Pegawai-Pegawai Berintegriti SPA Malaysia !!!
PERISTIWA BERGAMBAR 30 Oktober ----- Kursus Team Building SPA Siri II
Peristiwa bergambar : Unit Inovasi dan Latihan, Bahagian Pengurusan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Kursus Team Building Siri II di Kem Latihan Brindley, Port Dickson pada 19-21 Oktobert 2018.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 531 orang dan seramai 877 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan sepuluh (10) kertas Lembaga RayuanTatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,164 orang dan seramai 1,087 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, Sembilan (9) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 14 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 34/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 616 orang dan seramai 1,345 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Tindakan Tatatertib, enam (6) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua puluh lima (25) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.