Accessibility Tools

Skip to main content

Oktober 2014 Aktiviti 16

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 36/2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 431 orang dan seramai 1,163 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 3

  • Perjumpaan Khas YBhg. Tan Sri Mahmood Adam Bersama Warga SPA

SPA 6 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mahukan supaya SPA mudah didekati dan berada dihati rakyat seperti yang diinginkan oleh pucuk pimpinan negara ini. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perjumpaan Khas Bersama warga SPA yang diadakan di Dewan Temu Duga Putrajaya Aras 6, petang tadi. Beliau juga mahukan semua urusan bersama pelanggan dipermudah atau dipercepatkan, “Kita perlu berusaha untuk mempercepat dan memudahkan urusan dengan pelanggan seperti bersedia mengadakan urusan temu duga atau kursus pada waktu malam mengikut permintaan”. Ujarnya lagi, beliau meminta supaya SPA memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang cara atau teknik untuk lulus dalam peperiksaan khas yang dianjurkan oleh SPA, dan memberi maklumat yang tepat mengapa seseorang calon tidak berjaya dalam peperiksaan atau pun temu duga. Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Sejurus selepas majlis perjumpaan bersama Warga SPA, YBhg. Tan Sri Pengerusi mengadakan perjumpaan khas bersama media yang diadakan di Anjung Ilham. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Ogos 2013 Aktiviti 10

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 31/2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib dan sebelas (11) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) Kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 252 orang dan seramai 980 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 10 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 2

  • Dato' Segarajah Ratnalingam, Timbalan Pengerusi SPA

SPA 4 Jun ------ YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam telah dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berkuat kuasa hari ini. Upacara majlis mengangkat sumpah jawatan telah dilakukan dihadapan YA Tan Sri Suriyadi bin Halim Omar, Hakim Mahkamah Persekutuan. Hadir mengiringi upacara angkat sumpah tersebut, Setiausaha Bahagian Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Perundangan, Encik Anuar Othman dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin. ------ MediaSPA

 

Continue reading

Ogos 2013 Aktiviti 11

  • Sesi Menghadap DYMM Sultan Terengganu

    KUALA TERENGGANU, 27 Ogos ------ Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman telah berkenan menerima menghadap delegasi S.P.A yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A bertempat di Istana Syarqiyyah Chendering. Turut bersama Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Sesi menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu ini adalah sempena program rasmi S.P.A yang sedang berlangsung di Kuala Terengganu iaitu Mesyuarat Suruhanjaya, Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi Dan Setiausaha-Setiausaha S.P.A Negeri, Seminar S.P.A Outreach, Sesi Interaksi dan Karnival Kerjaya S.P.A. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Mei 2017 Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 25 Mei ----- Pengerusi SPA Rasmi Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Pahang

KUANTAN, 25 Mei ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah merasmikan Program Karnival Kerjaya dan Outreach SPA 2017 peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC), Kuantan, Pahang. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi SPA Negeri Pahang, YH Dato’ Haji Mohamad Ridzwan Haji Mohd Tahar. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan SPA serta wakil dari pelbagai Kementerian dan Jabatan. YBhg. Tan Sri Arpah berkata, Karnival Kerjaya yang diadakan ini adalah merupakan platform terbaik SPA untuk mendekati rakyat di sesebuah negeri/daerah bagi menerangkan fungsi SPA dan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor awam. Selain pameran kerjaya dari pelbagai kementerian/jabatan, turut diadakan kempen derma darah dan taklimat kerjaya serta panduan menghadapi temu duga. MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2013 Aktiviti 12

  • Seminar S.P.A Outreach Peringkat Negeri Terengganu

    KUALA TERENGGANU, 27 Ogos ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam petang ini telah merasmikan Seminar Outreach, Pengenalan S.P.A dan Perkhidmatan Awam kepada guru-guru kaunseling peringkat Negeri Terengganu. Majlis yang diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dihadiri seramai 350 peserta yang terdiri dari guru-guru dari seluruh negeri Terengganu. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Antara ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam tadi adalah mengenai Transformasi yang sedang dilakukan oleh S.P.A. Beliau juga meminta supaya guru-guru memberi penerangan serba sedikit kepada murid-murid mengenai Perkhidmatan Awam. Tan Sri Mahmood juga turut mengumumkan satu seminar S.P.A Outreach yang bersekala besar akan diadakan di Putrajaya pada penghujung tahun ini. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Your message here