Accessibility Tools

Skip to main content

Julai 2013 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Dan Lawatan Di Jabatan Imigresen Johor Bahru

    JOHOR BAHRU, 1 Julai ------- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan mesyuarat di Jabatan Imigresen Johor Bahru, Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sesi taklimat dari Jabatan Imigresen turut disampaikan dan dihadiri oleh Pengarah Imigresen Negeri Johor, Encik Mohd Nasri Ishak. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan ahli mesyuarat turut dibawa melawat ke sekitar kompleks Custom & Immigration Quarantine Complex (CIQ), Johor Bahru.  -------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 13

  • Ahli Suruhanjaya SPA Baharu

SPA, 29 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah menerima tiga (3) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Datuk Zainol Othman, Encik Boon Jon Lin dan Encik Isaka anak Kana. Majlis angkat sumpah pelantikan telah disempurnakan dihadapan Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Dato' Zulkefli Ahmad Makinudin di Istana Kehakiman pagi ini. Turut mengiringi ke majlis tersebut Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin. MediaSPA

 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha S.P.A Negeri

    JOHOR BAHRU, 1 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam petang ini telah mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha S.P.A Negeri. Mesyuarat yang diadakan di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru turut dihadiri Setiausaha S.P.A,YBhg. Datuk Ramli Juhari. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut memberi penerangan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai “Produk 1 Malaysia Trasformasi S.P.A” yang telah dilancarkan baru-baru ini. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah hadir dan merasmikan Program Retreat Suruhanjaya Bil 2/2013 di hotel yang sama. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Pegawai Tugas-tugas Khas serta pegawai-pegawai kanan S.P.A.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 12

  • Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan

BANGI, 28 Mei ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan yang di adakan di Hotel Equatorial Bangi, pada hari Sabtu lepas. Majlis diadakan sempena meraikan tamat tempoh perkhidmatan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu YBhg. Datuk Ignatius J. Bantoi, YBhg. Ir. Lee Soon Jin dan YBhg. Tuan Haji Aziz Othman. YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang menunaikan fungsi Pengerusi SPA telah hadir ke majlis. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo serta pegawai-pegawai kanan SPA. Hadir sama mantan Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri dan YBhg. Puan Sri Hazlin Abdul Karim. Pada akhir majlis, YBhg. Dato’ Abdul Rahman telah menyampaikan cenderamata kepada Ahli-Ahli Suruhanjaya yang diraikan. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Surujanjaya Bil. 24 Bagi Tahun 2013

    -  Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 24/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib dan sembilan (9) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

    -  Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 736 orang dan seramai 762 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.

    -  Manakala, 31 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 11

  • SPA FC Di Ambang Juara Liga FAM 2012

BANGI, 28 Mei ------  SPA FC tewaskan Johor Melodi Jaya dalam saingan Liga FAM 2012 dengan jaringan 3 – 0, di Stadium Mini Petronas Bangi, petang semalam. Jaringan pertama SPA diperoleh melalui Mohd Rosdi Zakaria pada minit ke-19. Pada separuh masa kedua, SPA FC menambah 2 jaringan melalui Mohd Shafiq Mohd Zahari pada minit ke-72 dan Khairol Azri Abdul Rahman pada minit ke-80. Hadir menyaksikan perlawanan Presiden SPA FC, YBhg Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden, YBhg. Datuk Ramli Juhari. SPA FC kini terus menjadi pendahulu liga FAM dengan 31 mata. SPA FC hanya memerlukan 2 kemenangan lagi dari baki 4 perlawanan untuk menjadi juara Liga FAM 2012. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here