Accessibility Tools

Skip to main content

Oktober 2014 Aktiviti 27

  • S.P.A Raih Anugerah Pasukan Terbaik Dan Razif Latif Terima Anugerah Olahragawan JPM 2014

    SERDANG, 29 Okt ------  Suruhanjaya Perkhdmatan Awam (S.P.A) menggondol dua (2) anugerah kecemerlangan dalam kategori Anugerah Pasukan Terbaik JPM 2014 melalui pasukan badminton sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun 2014 yang berlangsung di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sebentar tadi. Razif Md Latif (Bahagian Pengurusan S.P.A) dinobat penerima Anugerah Olahragawan JPM tahun 2014 dengan menewaskan pencabar dari JAKIM,APMM dan JPA. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Sementara itu Ai’shah Husin (Pengurusan Maklumat)dan Masrom Haji Nasib (Bahagian Pengurusan) menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC). Pingat Perkhidmatan Cemerlang merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan sebagainya. Sebanyak lima (5) anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Inovasi JPM, KIK, Anugerah Pengurusan, Anugerah Pencapaian Sukan dan Sosial dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang melibatkan kerjasama secara NBOS daripada 41 Jabatan/Agensi JPM.  ------  MediaSPA.

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Jun 2017 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 515 orang. Manakala, 14 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 9 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 5

  • Seminar S.P.A Outreach Peringkat Negeri Johor

    JOHOR BAHRU, 2 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan "Seminar S.P.A Outreach - Pengenalan S.P.A Dan Perkhidmatan Awam" Kepada Guru-Guru Kaunseling" peringkat Negeri Johor. Seminar yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru turut dihadiri Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan wakil Ketua Pengarah Pendidikan Johor. Sesi taklimat dimulakan dengan tajuk Pengenalan kepada S.P.A dan Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Encik Mohd Shaiful Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas. Sementara itu, sesi taklimat mengenai Pelaksanaan e-Profiling Kerjaya Murid disampaikan oleh Tuan Haji Rozman Harun daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Seramai 200 orang peserta hadir dalam seminar pada kali ini.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 1

  • Pusingan Ke Dua Liga FAM 2012, SPA FC Tewaskan Pulau Pinang

PULAU PINANG, 6 Mei -----  SPA FC membawa pulang tiga (3) mata penuh setelah menewaskan pasukan Pulau Pinang 1-0 dalam perlawanan bola sepak Liga FAM 2012, yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang petang tadi. Jaringan SPA FC diperoleh melalui Mohd Asrulnazwan Ibrahim pada minit ke 35. Presiden Bola Sepak SPA FC YBhg. Dato' Lamien Sawiyo yang turut hadir menyaksikan perlawanan, mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain. Hadir menyaksikan perlawanan, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B. Dato' Farizan Darus. Kemenangan pertama pasukan SPA FC yang masuk ke pusingan kedua Liga FAM 2012 nyata memberi semangat kepada pemain-pemain dan ini adalah perlawanan kedua SPA FC setelah menewaskan pasukan sama pada minggu lepas. ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 6

  • Sesi Interaksi Bersama Pengerusi S.P.A Dan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam Di Pontian, Johor

    PONTIAN, 4 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian Johor. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Muji Salimon. S.P.A juga turut mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Sesi ceramah kerjaya yang dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah, kolej dan universiti di sekitar Pontian, Johor Bahru dan Kulai turut diadakan. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengunjungi setiap booth pameran kerjaya dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Jun 2017 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 5 Jun ----- Program Infaq Ramadhan SPAVOL Terima Sumbangan Beras

PUTRAJAYA, 5 Jun ----- SPA Volunteer (SPAVOL) hari ini telah menerima sumbangan berupa beras daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk Program Infaq Ramadhan SPAVOL 2017 yang akan diadakan pada 20 Jun 2017 di Kuala Selangor. Sumbangan beras tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kastam , YBrs.Tuan Abdul Wahabi Abdullah kepada Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak merangkap Penaung SPAVOL. Program Infaq Ramadhan SPAVOL 2017 ini adalah merupakan aktiviti tahunan SPAVOL bertujuan mengagihkan barangan keperluan harian kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan bagi meringankan beban. SPAVOL turut mengalukan-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menghulurkan bantuan. Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook SPAVOL di https://www.facebook.com/spavol/. MediaSPA

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 7

  • Perjumpaan Pengerusi S.P.A Bersama Pegawai Tadbir Diplomatik Dan Pegawai Penyelaras Pusat temu Duga

    S.P.A, 5 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan dengan Pegawai Penyelaras Pusat Temu Duga S.P.A seluruh negeri. Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya dihadiri oleh semua Pegawai Penyelaras yang bertanggungjawab menjaga pusat temu duga S.P.A seperti di Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Turut hadir Setiausaha Bahagian (Pengurusan), Encik Mohd Nazri Dollah. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk membolehkan semua pegawai penyelaras tersebut berkongsi pandangan dan mengemukakan masalah yang dihadapi di pusat temu duga masing-masing untuk tindakan selanjutnya oleh pihak pengurusan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut mengadakan perjumpaan bersama 5 (lima) orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik baharu yang ditempatkan di S.P.A. Perjumpaan selama 45 minit itu diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Your message here