Accessibility Tools

Skip to main content

Julai 2013 Aktiviti 6

  • Sesi Interaksi Bersama Pengerusi S.P.A Dan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam Di Pontian, Johor

    PONTIAN, 4 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian Johor. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Muji Salimon. S.P.A juga turut mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Sesi ceramah kerjaya yang dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah, kolej dan universiti di sekitar Pontian, Johor Bahru dan Kulai turut diadakan. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengunjungi setiap booth pameran kerjaya dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Jun 2017 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 5 Jun ----- Program Infaq Ramadhan SPAVOL Terima Sumbangan Beras

PUTRAJAYA, 5 Jun ----- SPA Volunteer (SPAVOL) hari ini telah menerima sumbangan berupa beras daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk Program Infaq Ramadhan SPAVOL 2017 yang akan diadakan pada 20 Jun 2017 di Kuala Selangor. Sumbangan beras tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kastam , YBrs.Tuan Abdul Wahabi Abdullah kepada Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak merangkap Penaung SPAVOL. Program Infaq Ramadhan SPAVOL 2017 ini adalah merupakan aktiviti tahunan SPAVOL bertujuan mengagihkan barangan keperluan harian kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan bagi meringankan beban. SPAVOL turut mengalukan-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menghulurkan bantuan. Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook SPAVOL di https://www.facebook.com/spavol/. MediaSPA

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 7

  • Perjumpaan Pengerusi S.P.A Bersama Pegawai Tadbir Diplomatik Dan Pegawai Penyelaras Pusat temu Duga

    S.P.A, 5 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan dengan Pegawai Penyelaras Pusat Temu Duga S.P.A seluruh negeri. Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya dihadiri oleh semua Pegawai Penyelaras yang bertanggungjawab menjaga pusat temu duga S.P.A seperti di Melaka, Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Turut hadir Setiausaha Bahagian (Pengurusan), Encik Mohd Nazri Dollah. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk membolehkan semua pegawai penyelaras tersebut berkongsi pandangan dan mengemukakan masalah yang dihadapi di pusat temu duga masing-masing untuk tindakan selanjutnya oleh pihak pengurusan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut mengadakan perjumpaan bersama 5 (lima) orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik baharu yang ditempatkan di S.P.A. Perjumpaan selama 45 minit itu diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya di Pulau Pinang

PULAU PINANG, 7 Mei -----  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2012 (2578) di Pulau Pinang. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato' Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Pada sebelah petang, Ahli-Ahli Suruhanjaya membuat lawatan rasmi ke Taman Negara Teluk Bahang. ----- MediaSPA

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 8

  • Bengkel Cadangan Penyediaan Kertas Kerja bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

    NILAI, 6 Julai ------ Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari telah merasmikan Bengkel Cadangan Penyediaan Kertas Kerja bagi Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah di Nilai, Negeri Sembilan. Turut hadir Ketua Pengarah KEMAS, YBhg. Dato' Hassan Mohd Amin dan Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Saraan JPA, Encik Abdul Jamil Abdul Halim. YBhg. Datuk Ramli Juhari turut mengadakan sesi soal jawab selepas upacara perasmian. Antara kertas kerja yang dibincangkan oleh peserta bengkel pada hari ini ialah mengenai "Kajian Skim Bagi Pegawai Kontrak dan Peluang Kenaikan Pangkat" dan "Elaun dan Kemudahan Pegawai Lantikan Kontrak".  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Oktober 2014 Aktiviti 31

  • Setiausaha S.P.A Pengerusikan Mesyuarat-Mesyuarat Pengurusan

    PUTRAJAYA, 30 Okt ------ Datuk Ramli Juhari pagi ini mempengerusikan Mesyuarat-mesyuarat Pengurusan S.P.A Bil 3/2014. Mesyuarat dihadiri Timbalan-Timbalan Setiausaha dan pegawai-pegawai kanan. Antara Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha S.P.A ialah Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK), Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Jawatankuasa Intigriti dan Tadbir Urus (JITU), Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inovasi (JPI) dan Mesyuarat Jawatankuasa ICT (JPICT). ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 3

  • KSN Ucap tahniah Kepada SPA, Raih 3 Anugerah Pencapaian Sukan

PUTRAJAYA, 8 Mei -----  Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di atas kejayaan merangkul 3 Anugerah Pencapaian Sukan Jabatan Perdana Menteri 2011 di dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah memenangi Anugerah Olahragawan JPM yang disandang oleh Joharry Othman dari Bahagian Peperiksaan menewaskan calon dari Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Anugerah kedua dimenangi oleh Mohd Rizal Tisin yang memenangi Anugerah Khas Sukan menewaskan calon dari Unit Perancang Ekonomi. Anugerah ketiga yang dimenangi SPA adalah Anugerah Pasukan Terbaik Jabatan Perdana Menteri yang dimenangi oleh Pasukan Bolasepak SPA FC menewaskan pasukan Dragon Boat dari JPM. YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menyampaikan hadiah-hadiah berupa wang tunai, sijil dan piala. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin telah hadir di dalam majlis penyampaian anugerah tersebut. Terdahulu dari itu, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Your message here