Accessibility Tools

Skip to main content

Mei 2012 Aktiviti 11

  • SPA FC Di Ambang Juara Liga FAM 2012

BANGI, 28 Mei ------  SPA FC tewaskan Johor Melodi Jaya dalam saingan Liga FAM 2012 dengan jaringan 3 – 0, di Stadium Mini Petronas Bangi, petang semalam. Jaringan pertama SPA diperoleh melalui Mohd Rosdi Zakaria pada minit ke-19. Pada separuh masa kedua, SPA FC menambah 2 jaringan melalui Mohd Shafiq Mohd Zahari pada minit ke-72 dan Khairol Azri Abdul Rahman pada minit ke-80. Hadir menyaksikan perlawanan Presiden SPA FC, YBhg Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden, YBhg. Datuk Ramli Juhari. SPA FC kini terus menjadi pendahulu liga FAM dengan 31 mata. SPA FC hanya memerlukan 2 kemenangan lagi dari baki 4 perlawanan untuk menjadi juara Liga FAM 2012. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2014 Aktiviti 26

  • Lawatan Dan Taklimat Khas Peperiksaan Online S.P.A Kepada Menteri Di JPM

    KUALA LUMPUR, 28 Okt ------  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun hari ini telah membuat lawatan ke JARING untuk meninjau persiapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) yang akan menjalankan Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41, yang akan diadakan pada 1 November 2014. Turut hadir dalam lawatan tersebut, Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Setiausaha Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan S.P.A, JARING dan Novatis. Terdahulu Datuk Joseph telah diberi taklimat oleh Tan Sri Mahmood Adam mengenai peperiksaan online yang akan dijalankan .  ------  MediaSPA.

 
 
 
 
 

Continue reading

Perwakilan Kuasa


Bil Surat Perwakilan Kuasa Yang Dibatalkan Tarikh Surat
1.  Pelantikan Pegawai Tadbir Gred N41 (Sangkut) Secara Kontrak 22 Julai 2003 
2. Pelantikan Secara Kontrak Sebagai Pegawai Latihan Gred E41 dan Gred E44 (Objek OS29000) di Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri 5 Mei 2005 
3. Urusan Pengambilan Pelantikan Pegawai Penyelidik Gred 48 Secara Kontrak di Parlimen Malaysia 20 Julai 2005
4. Pelantikan Semula Secara Kontrak Pegawai Latihan Gred E41 di Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri 13 September 2005
5. Perwakilan Kuasa Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Tertentu Bertaraf Kontrak di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 10 Mac 2006
6. Perwakilan Kuasa Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Tertentu Bertaraf Kontrak di Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan 10 Mac 2006
7. Permohonan Jawatan (Kontrak) Untuk Pusat-Pusat Permata Negara (PPN) Yang Ditubuhkan Sebagai Projek Perintis Di Bawah OS29000 26 Disember 2006
8. Memohon Kuasa Melantik Pegawai Gred 17 Dan Ke Bawah di Pejabat Pasukan Petugas Khas, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Secara Kontrak 20 April 2006
9. Permohonan Untuk Menguruskan Proses Pelantikan Pegawai Perhubungan Awam Gred S44 dan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 Secara Kontrak 29 Mei 2007
10. Perwakilan Kuasa Melantik Secara Kontrak Kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bagi Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 27 Mac 2008
11. Perwakilan Kuasa Melantik Secara Kontrak Kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Bagi Jawatan Jurutera Gred J41, Juruukur Bahan Gred J41, Juruukur Bangunan Gred J41 dan Arkitek Gred J41 28 Mac 2008
12. Perwakilan Kuasa Pelantikan Secara Kontrak Selepas Bersara Bagi Jawatan Separa Perubatan 28 Mac 2008

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 10

  • Kursus Keselamatan Dan Perlindungan Pejabat

SPA, 23 Mei -----  Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Perlindungan Pejabat di Anjung Ilham Aras 10. Kursus yang bermula pada Selasa telah dihadiri seramai 51 peserta terdiri daripada warga SPA. Antara sesi ceramah yang di adakan adalah mengenai Pengurusan Rahsia Rasmi dari Perspektif Keselamatan Fizikal, Dokumen, Maklumat, Akta Rahsia Rasmi 1972, Keselamatan di Jabatan Kerajaan dan Keselamatan Peribadi. Penceramah jemputan bagi kursus selama tiga hari yang berakhir hari ini adalah dari Pejabat Keselamatan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 4

  • Lawatan Kerja Ke SPA Singapura

    SINGAPURA, 2 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat lawatan kerja sehari ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura. Delegasi turut disertai oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Pegawai Tugas-tugas khas, Pengerusi-Pengerusi SPA Negeri dan Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Lawatan kerja bermula dengan kunjungan hormat YBhg. Tan Sri Mahmood Adam kepada Pengerusi SPA Singapura, Mr. EddieTeo. Selepas itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan rombongan turut menyertai taklimat dari SPA Singapura di Inter Continental Hotel. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke Civil Service College Singapore serta melawat sekitar kolej tersebut untuk melihat aktiviti yang dijalankan. Program berakhir dengan lawatan ke Muzium di Bukit Chandu, Singapura.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2014 Aktiviti 27

  • S.P.A Raih Anugerah Pasukan Terbaik Dan Razif Latif Terima Anugerah Olahragawan JPM 2014

    SERDANG, 29 Okt ------  Suruhanjaya Perkhdmatan Awam (S.P.A) menggondol dua (2) anugerah kecemerlangan dalam kategori Anugerah Pasukan Terbaik JPM 2014 melalui pasukan badminton sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun 2014 yang berlangsung di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sebentar tadi. Razif Md Latif (Bahagian Pengurusan S.P.A) dinobat penerima Anugerah Olahragawan JPM tahun 2014 dengan menewaskan pencabar dari JAKIM,APMM dan JPA. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Sementara itu Ai’shah Husin (Pengurusan Maklumat)dan Masrom Haji Nasib (Bahagian Pengurusan) menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC). Pingat Perkhidmatan Cemerlang merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan sebagainya. Sebanyak lima (5) anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Inovasi JPM, KIK, Anugerah Pengurusan, Anugerah Pencapaian Sukan dan Sosial dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang melibatkan kerjasama secara NBOS daripada 41 Jabatan/Agensi JPM.  ------  MediaSPA.

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Jun 2017 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 515 orang. Manakala, 14 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 9 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 5

  • Seminar S.P.A Outreach Peringkat Negeri Johor

    JOHOR BAHRU, 2 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan "Seminar S.P.A Outreach - Pengenalan S.P.A Dan Perkhidmatan Awam" Kepada Guru-Guru Kaunseling" peringkat Negeri Johor. Seminar yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru turut dihadiri Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan wakil Ketua Pengarah Pendidikan Johor. Sesi taklimat dimulakan dengan tajuk Pengenalan kepada S.P.A dan Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Encik Mohd Shaiful Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas. Sementara itu, sesi taklimat mengenai Pelaksanaan e-Profiling Kerjaya Murid disampaikan oleh Tuan Haji Rozman Harun daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Seramai 200 orang peserta hadir dalam seminar pada kali ini.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Your message here