Accessibility Tools

Skip to main content

Julai 2014 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Ke Dalam Perkhidmatan Awam

    KUCHING, 4 Julai ------ Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak hari ini telah mengadakan Mesyuarat jawatankuasa khas bagi mengkaji penyertaan kaum Melayu ke dalam Perkhidmatan Awam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak, Abdul halim Abang Nail. Mesyuarat yang berakhir sebentar tadi diadakan dibilik mesyaurat SPA Cawangan Sarawak.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Disember 2019

Continue reading

Mei 2012

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 16

  • Pameran Kerjaya DI SMJK Kwang Hwa

    KLANG 17 Julai ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Pameran Kerjaya yang diadakan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa, Klang Selangor. Pameran Kerjaya ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut mengenai peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam, elaun dan faedah yang ditawarkan serta panduan untuk memohon jawatan setelah tamat belajar. Turut hadir melawat pameran tersebut adalah Pengetua SMJK Kwang Hwa, Dr.Chin Kok Goon serta guru-guru sekolah tersebut.  ------  MediaSPA

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Ke Dalam Perkhidmatan Awam

    PUTRAJAYA, 4 Julai ------ Warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.PA) serta orang ramai diingatkan agar berhati-hati kerana terdapat satu lagi PENIPUAN oleh individu dikenalpasti menggunakan nama Datin Maimunah yang menawarkan pekerjaan untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Individu terbabit menggunakan media sosial Facebook dan mengaku berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai taktik “menawarkan” jawatan dalam perkhidmatan awam serta meminta bayaran sebanyak RM750.00 seorang. Oleh yang demikian satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri mengenai sindiket penipuan tersebut.  ------  MediaSPA

 

Continue reading

Disember 2012 Aktiviti 11

  • Mesyuarat Suruhanjaya Kali Ke-43 Bagi Tahun 2012

Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-43 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) Kertas Tindakan Tatatertib, sebelas (11) Kertas Rayuan Tatatertib dan dua (2) Kertas Rayuan Naik Pangkat.  
   
Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,330 orang dan seramai 1,552 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.  
   
Manakala, 30 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 

 
 
 
 

Continue reading

April 2012 Aktiviti 1

  • SPA Juara Perlawanan Bowling PUSPANITA JPM 2012

PUTRAJAYA, 2 April -----  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menjadi Johan Pertandingan Bowling PUSPANITA JPM 2012, yang berlangsung di ARL Power Bowl Alamanda Jumaat lepas. Dengan jatuhan pin sebanyak 1,745, pasukan SPA yang terdiri daripada gandingan Aisyah Husin, Nor Haslin Yusop, Saliza Mohamad Nafiah dan Nooremalia Mohamad telah menewaskan pasukan dari SPRM yang mendapat Naib Johan. Sebanyak 22 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun ini. Sementara itu, Nor Haslin Yusof dari SPA telah mendapat tempat ke dua dalam kategori High Score dengan 477 jatuhan pin. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datin Noor Zaidah Umar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA JPM. ----- MediaSPA

Continue reading

Julai 2013 Aktiviti 17

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 27/2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan lapan (8) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,403 orang dan seramai 975 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 37 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Your message here