Accessibility Tools

Skip to main content

Januari 2020 Aktiviti 5

  • Berita Ringkas 17 Januari ----- Perhimpunan Bulanan SPA Januari 2020

PUTRAJAYA 13 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), telah mengadakan perhimpunan bulanan bagi bulan Januari 2020. Majlis dihadiri Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Timbalan Pengerusi, Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha SPA, Datuk Zohari Said, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada perhimpunan itu juga, Tan Sri Zainal Rahim telah melancarkan Video Korporat SPA dan menyampaikan kit kepada pegawai-pegawai baharu. Terdahulu Datuk Zohari Said telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2020. ----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2013

Continue reading

April 2013 Aktiviti 11

  • Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

    PUTRAJAYA, 14 April ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah melawat beberapa pusat peperiksaan dimana Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 telah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkidmatan Awam diseluruh Negara semalam. Antara puast-pusat peperiksaan yang dilawati termasuklah di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), SMK Dato’ Abu Bakar Baginda dan juga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tinjauan dari pusat-pusat peperiksaan mendapati lebih 50 peratus calon-calon hadir untuk menduduki peperiksaan pada kali ini. Peperiksaan ini juga telah dijalankan di beberapa Negara terpilih antaranya Jepun, Washington D.C, Los Angeles, Chicago, Melbourne dan United Kingdom.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Julai 2012 Aktiviti 1

  • Pusat Temu Duga SPA Sandakan Dirasmi

SANDAKAN 3 Julai------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Sandakan, Sabah. Hadir sama, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sabah, Encik Musa Sulaiman. Sejurus perasmian, Pengerusi SPA telah mengadakan sesi dialog dengan wakil Jabatan/Kementerian/Badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat. Terdahulu dari itu YBhg. Tan Sri Mahmood melawat ke bilik temu duga dan mengadakan sidang media di tempat yang sama. ------MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

April 2013 Aktiviti 12

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 14 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) Kertas tindakan Tatatertib, 11 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 433 orang dan seramai 1,127 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 33 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

April 2018 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 11 April ----- Executive Talk anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPPK)

KOTA BHARU, 01 April ----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyampaikan pembentangan bertajuk Dasar Perkhidmatan Awam dan Isu - Isu Berkaitan (Perspektif SPA) pada program Executive Talk anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPPK). Program ini melibatkan 500 orang penjawat awam daripada pelbagai Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri. ----- PG

 
 

Continue reading

April 2013 Aktiviti 13

  • Lawatan Dari Civil Service Commission Of Timor Leste

    SPA 16 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima kunjungan rasmi daripada Civil Service Commission Of Timor Leste. Delegasi seramai (8) lapan orang itu diketuai oleh Commissioner for the Civil Service Commission, Ms. Jesuina Gomes. Ketibaan rombongan telah disambut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Suruhanjaya.Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah. Delegasi telah diberikan taklimat mengenai proses pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan transformasi yang telah dilaksanakan. Delegasi turut dibawa melawat ke Dewan Temu duga, Aras 6 diiringi oleh YBhg. Dato' R. Segarajah ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Your message here