KLANG 17 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Pameran Kerjaya yang diadakan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa, Klang Selangor. Pameran Kerjaya ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut mengenai peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam, elaun dan faedah yang ditawarkan serta panduan untuk memohon jawatan setelah tamat belajar. Turut hadir melawat pameran tersebut adalah Pengetua SMJK Kwang Hwa, Dr.Chin Kok Goon serta guru-guru sekolah tersebut. ------ MediaSPA
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Melayu Ke Dalam Perkhidmatan Awam
PUTRAJAYA, 4 Julai------ Warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.PA) serta orang ramai diingatkan agar berhati-hati kerana terdapat satu lagi PENIPUAN oleh individu dikenalpasti menggunakan nama Datin Maimunah yang menawarkan pekerjaan untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Individu terbabit menggunakan media sosial Facebook dan mengaku berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai taktik “menawarkan” jawatan dalam perkhidmatan awam serta meminta bayaran sebanyak RM750.00 seorang. Oleh yang demikian satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri mengenai sindiket penipuan tersebut. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-43 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) Kertas Tindakan Tatatertib, sebelas (11) Kertas Rayuan Tatatertib dan dua (2) Kertas Rayuan Naik Pangkat.
Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,330 orang dan seramai 1,552 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
Manakala, 30 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
PUTRAJAYA, 2 April-----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menjadi Johan Pertandingan Bowling PUSPANITA JPM 2012, yang berlangsung di ARL Power Bowl Alamanda Jumaat lepas. Dengan jatuhan pin sebanyak 1,745, pasukan SPA yang terdiri daripada gandingan Aisyah Husin, Nor Haslin Yusop, Saliza Mohamad Nafiah dan Nooremalia Mohamad telah menewaskan pasukan dari SPRM yang mendapat Naib Johan. Sebanyak 22 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun ini. Sementara itu, Nor Haslin Yusof dari SPA telah mendapat tempat ke dua dalam kategori High Score dengan 477 jatuhan pin. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Datin Noor Zaidah Umar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA JPM. -----MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 27/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan lapan (8) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,403 orang dan seramai 975 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 37 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
KUCHING, 4 Julai------ Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak petang ini telah mengadakan Mesyuarat jawatankuasa khas bagi mengkaji penyertaan kaum dayak ke dalam Perkhidmatan Awam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Abdul Halim Abang Naili. Mesyuarat telah diadakan Urus Setia SPA Cawangan Sarawak. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA, 2 April----- Aishah Husin dari Bahagian Pengurusan Maklumat menjadi Johan kategori Wanita bagi Pertandingan Bowling Terbuka PASPA 2012 yang berlangsung di ARL Power Bowl Alamanda Sabtu lepas. Beliau yang menjadi johan tiga tahun berturut-turut mulai tahun 2010, 2011 dan 2012 telah memperolehi 533 jatuhan pin. Dalam kategori lelaki pula, Muhammad Athaa’illah Bahari dari Bahagian Pengurusan menjadi Johan dengan mendapat 570 jatuhan pin. Dalam kategori VIP, YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin telah mendapat tempat pertama dengan 388 jatuhan pin. Seramai 58 peserta terdiri daripada warga SPA hadir menyertai pertandingan pada kali ini. YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin telah menyampaikan hadiah kepada pemenang. -----MediaSPA