SPA, 10 April----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail Dan Rekod. Kursus dua hari yang bermula Isnin dan berakhir hari ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan dan Anjung Ilham. Antara sesi kursus yang diadakan termasuklah mengenai kepentingan dan keperluan pengurusan rekod awam secara efisyen. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Zakaria dan Puan Norazilah Daud dari Arkib Negara. -----MediaSPA
BERITA RINGKAS 22 Jun ----- Kumpulan Pelaksana Gred 11 Terima Sumbangan
PUTRAJAYA, 21 Jun ----- Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah menyampaikan sumbangan daripada SPAVOL sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada warga SPA iaitu kumpulan pelaksana Gred 11 dan ke bawah. Sumbangan adalah berupa barangan keperluan asas seperti beras, garam, gula, minyak masak, sos cili dan sebagainya bertujuan membantu meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut hari raya. Seramai 36 orang warga SPA terdiri daripada jawatan Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan dan Pegawai Keselamatan SPA telah menerima barangan keperluan tersebut yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Maklumat lanjut berkaitan SPAVOL boleh dilayari melalui www.facebook.com/spavol. MediaSPA
Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya
PUTRAJAYA 10 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi ini mempengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya. Turut hadir Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan. Mesyuarat yang bermula sebentar tadi diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. ------MediaSPA
SPA Juara Perlawanan Bola Jaring Kejohanan Integrasi MAKSWIP 2019
KANGAR, PERLIS ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) berjaya mempertahankan kejuaraandalam Pertandingan Bola Jaring sempena Kejohanan Sukan Integrasi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2019 yang telah diadakan di SMK Syed Hassan Perlis pada 1 Disember 2019. Pasukan SPA menewaskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)di peringkat akhir dengan jaringan 13-9. Berikut adalah keputusan rasmi sepanjang perlawanan dijalankan. Tahniah diucapkan!
Peringkat Kumpulan : 1. SPA vs KESWIP | 14-1 2. SPA vs PPJ | 13-5
Peringkat Suku Akhir Pertama : 1. SPA vs Dewan Bahasa Pustaka | 14-2
KL SPA FC Hanya Mengutip 1 Mata Bertemu Tentera Darat
KUALA LUMPUR, 16 April----- SPA FC hanya mengutip 1 mata dalam perlawanan menentang pasukan Tentera Darat setelah mendapat keputusan seri 0 – 0 dalam perlawanan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh Kuala Lumpur petang semalam. Kedua-dua pasukan agak sukar untuk menjaringkan gol kerana keadaan padang yang licin serta dipenuhi air setelah hujan dalam waktu permainan. Walaupun membawa pulang 1 mata, namun kedudukan KL SPA FC masih lagi di tempat teratas dalam Liga FAM setelah mengumpul 16 mata dalam 6 perlawanan. -----MediaSPA
Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya
PUTRAJAYA 10 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mengadakan perjumpaan bersama pegawai-pegawai gred 41 – 48 yang bertugas di S.P.A. Antara lain perbincangan yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya itu adalah berkenaan keberkesanan kursus tips dan panduan memasuki perkhidmatan awam yang sedang dilaksanakan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, statastik permohonan jawatan, NGO, CBI, SITF. Perjumpaan hampir dua (2) jam yang berakhir sebentar tadi dihadiri seramai 39 orang pegawai. ------MediaSPA
SPA 11 Dis ----- Kumpulan MERPATI 3.0 dari Bahagian Perkhidmatan muncul juara dalam Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) 2012 yang diumumkan hari ini sempena Majlis Hari Inovasi SPA 2012. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan PIXE11 dari Bahagian Pengurusan Maklumat dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan CITRA dari Bahagian Peperiksaan. Majlis Sambutan Hari Inovasi yang bertemakan "Inovasi Dan Kreativiti Teras Transformasi" telah diadakan di Dewan Temu Duga SPA Aras 6 dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Turut menerima hadiah kemenangan yang disampaikan oleh Pengerusi SPA ialah Pertandingan Minda Challenge 2012, Pertandingan Menulis Cerpen dan Pertandingan Kuiz Jejak Kenegaraan. Anugerah Pejabat Terbaik tahun 2012 dimenangi oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, tempat kedua Bahagian Pengurusan dan tempat ketiga Urus Setia SPA Cawangan Sarawak. Terdahulu dari itu Caramah Khas Hari Inovasi telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam.-----MediaSPA
Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Juruaudit Gred W41
PUTRAJAYA, 17 April----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan peperiksaan memasuki Perkhidmatan Juruaudit Gred W41. Seramai 7,682 calon layak menduduki peperiksaan yang diadakan di seluruh Malaysia pada Sabtu lepas. Peperiksaan untuk memasuki Perkhidmatan Juruaudit Gred W41 ini adalah yang pertama kali diadakan oleh SPA dan keputusan dijangka akan diketahui pada 20 Mei 2012. Calon-calon yang lulus peperiksaan akan menduduki Assesment Centre terlebih dahulu sebelum dipanggil temu duga. -----MediaSPA