Accessibility Tools

Skip to main content

Oktober 2019 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 21 Okt ----- Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

PUTRAJAYA 18 Okt ----- Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Peperiksaan dipilih menerima anugerah khas Pengerusi SPA yang diumumkan di Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih 2019 pada Jumaat lepas. Anugerah ini diberikan atas kecemerlangan dan komitment Bahagian ini dalam meningkatkan kualiti dan imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Terdahulu Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada pesara dan bakal pesara. Turut diraikan ialah pentadbir pusat temu duga yang telah berkhidmat bersama SPA. Penghargaan jasamu dikenang turut diberikan kepada pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan iaitu Allahyarhamah Azura Zainal dan Allahyarham Munir Mansor. Pengerusi SPA juga mengilhamkan anugerah Pegawai Berketerampilan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Manakala Mohd. Zamrin Kassim dan Nur Izwani Azman dari Bahagian Pengambilan Khas, dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati SPA. Turut hadir ke Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih, Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, En Zohari Said pegawai-pegawai kanan dan warga SPA ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 408 orang dan seramai 1,118 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 10 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 15 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 8

  • S.P.A Kuasa Baru Badminton Anjuran MAKSWIP


    S.P.A, 11 Oktober ------ Penaung Kelab Badminton S.P.A, YBhg Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton S.P.A yang muncul juara dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton MAKSWIP 2013 yang diadakan di dewan Pusat Komuniti, Sentul Perdana, Kuala Lumpur malam tadi. “ Saya mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain badminton yang memenangi kejohanan ini, saya juga amat berbangga dengan kejayaan ini, dan sudah tentu pasukan kita (S.P.A) akan menjadi kuasa baru dalam arena badminton yang dianjurkan oleh MAKSWIP selepas ini” . Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dan menyampaikan sijil serta insentif berupa wang tunai kepada semua pemain. Hadir sama Presiden Kelab badminton S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Presiden Encik Zainal Abidin Ahmad. Ini adalah merupakan kemenangan pertama badminton S.P.A sejak ditubuhkan dua (2) bulan lepas dan terus mincul juara yang menewaskan pasukan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang merupakan pasukan terkuat sejak sekian lama dan muncul juara melebihi 15 kali dalam arena badminton, anjuran MAKSWIP. ------  MediaSPA

 

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2015 Aktiviti 8

  • Lawatan Mr. Kishimoto Ke S.P.A

    PUTRAJAYA, 13 Feb ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima kunjungan daripada Mr. Kishimoto, head of educational department, civil servant training centre, National Personnel Autority Of Japan, petang semalam. Mr.Kishimoto yang ingin mengetahui mengenai urusan Pengambilan, Peperiksaan, Urusan Naik Pangkat dan Tatatertib telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama Timbalan Pengerusi, Dato' R. Segarajah serta pegawai-pegawai kanan. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Disember 2015 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 2 Dis : Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke-128

    PUTRAJAYA, 2 Dis ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat SPKP ke-128 pada 1 Disember 2015 di Putrajaya yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPKP. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri YBhg. Peguam Negara, YBhg. Peguam Cara Negara,Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas SPKP bagi urusan pelantikan,kenaikan pangkat, surcaj, tahan kerja dan isu-isu dasar serta ketetapan(ruling) berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.  ------  SPKP/MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

  • Objektif

    Memberi khidmat sokongan dari segi Pentadbiran Am, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia dan Perhubungan awam yang cekap dan berkesan kepada semua Bahagian di Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

  • Fungsi

    • Menguruskan kewangan dan perolehan Jabatan.
    • Menguruskan hal-ehwal perkhidmatan, pengurusan sumber manusia dan perhubungan awam Jabatan.
    • Menguruskan aspek pentadbiran am, pengurusan aset dan stor, keselamatan, perpustakaan, penyelenggaraan dan keperluan logistik Jabatan.
  • Piagam Pelanggan

    Kami warga Bahagian Khidmat Pengurusan berjanji dan beriltizam akan memberikan khidmat sokongan dengan cekap, tepat dan teratur perkara berikut:

    • Memastikan urusan pentadbiran, sumber manusia, pengurusan aset, perolehan dan kewangan dilaksanakan mengikut dasar dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
    • Memastikan pembayaran bil-bil dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari maklumat lengkap diterima.
    • Memberi maklum balas aduan pelanggan dalam tempoh 1-3 hari dari tarikh aduan diterima.
  • Aktiviti Utama Bahagian Khidmat Pengurusan

    Pentadbiran Am

    • Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran am Jabatan yang melibatkan penghantaran surat, penyelenggaraan bangunan, penyelenggaraan peralatan, logistik, aset dan stor, perpustakaan serta keselamatan pejabat.

    Kewangan dan Perolehan

    • Bertanggungjawab dalam menguruskan pengurusan kewangan Jabatan yang melibatkan penyediaan bajet, perancangan dan penyelarasan bajet Jabatan serta pembayaran bil dan tuntutan perjalanan.
    • Bertanggungjawab dalam menguruskan perolehan Jabatan seperti tender, sebut harga, eBidding dan rundingan terus.

    Pengurusan Sumber Manusia

    • Bertanggungjawab dalam menguruskan pengurusan sumber manusia Jabatan yang melibatkan pengurusan personel, pengurusan prestasi, kenaikan pangkat, tatatertib, pemberian anugerah dan HRMIS.

    Inovasi dan Kualiti

    • Bertanggungjawab dalam menguruskan semua program dan aktiviti yang melibatkan inovasi dan kualiti Jabatan seperti Konvensyen Inovasi Kerja, Hari Inovasi, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO, program k-Day dan penyelaras Sistem Cadangan Inovasi.

    Perhubungan Korporat

    • Bertanggungjawab dalam menguruskan urusan-urusan berkaitan dengan perhubungan awam seperti bertindak sebagai Media SPA, perhubungan dengan pihak media, mengendalikan ePertanyaan/ aduan, penyelaras lawatan dari pihak luar, Hari Bersama Pelanggan, penyelaras Blok Inovasi dan Kreativiti serta penyelaras Facebook SPA.

     

Continue reading

Oktober 2019 Aktiviti 5

  • Seminar Perancangan Strategik 2020 (SPS 2020) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

PUTRAJAYA 30 Okt ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Seminar Perancangan Strategik 2020 (SPS 2020) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Siri 1. Seminar telah dirasmikan oleh Setiausaha SPA, Datuk Zohari Said. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras. Tujuan penganjuran SPS 2020 SPA adalah untuk mengenalpasti isu-isu yang timbul dalam semua urusan SPA dan merangka program penambahbaikan / inisiatif inovasi bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dengan mempermudahkan pelanggan, meningkatkan kecekapan, ketepatan serta ketelusan SPA ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 15 Mac : "mySPAv2 antara Apps yang popular" Pengerusi SPA

MELAKA, 14 Mac ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak berkata Aplikasi mySPAv2 telah mendapat penarafan 5 bintang dan antara Apps yang popular dalam kategori sosial iaitu memberi kemudahan kepada pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ini merupakan transformasi baharu yang telah dibangunkan oleh SPA di bawah Projek myGov Mobile MAMPU melalui platform mudah alih. Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Pusat Temu duga SPA di Melaka yang terletak di Menara Persekutuan, Melaka semalam. Menurutnya lagi sistem mySPA8i untuk permohonan jawatan juga telah mendapat pilihan Apps tertinggi. Statistik menunjukkan sebanyak 1,561,206 pemohon telah berdaftar dengan SPA melalui Sistem MyRecruitment. Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg Dato’ Seri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan SPA dan wakil Kementerian/Jabatan.  ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 9

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36 Bagi Tahun 2013


    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,636 orang dan seramai 2,082 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 37 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 

 
 

Continue reading

Mac 2014

Continue reading

Februari 2015 Aktiviti 9

  • KBSPA Mencipta Hatrick Di Kejohanan Badminton MAKSWIP

    KUALA LUMPUR, 13 Feb ------ Pasukan Kelab Badminton Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (KBSPA) muncul juara dalam Kejohanan Badminton MAKSWIP 2015 yang berakhir malam tadi di dewan serbaguna, Sentul Kuala Lumpur dan seterusnya mencipta hatrick dengan kejuaraan sejak tahun 2013, 2014 dan 2015. Ini adalah merupakan kejayaan manis bagi pasukan itu yang dinaungi oleh Tan Sri Mahmood Adam. Dalam perlawanan akhir malam tadi, Kelab Badminton SPA telah menewaskan Kelab Badminton KWSP 4-0. ------ MediaSPA

 

Continue reading

Disember 2015 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 2 Dis : Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) peringkat S.P.A 2015

    PUTRAJAYA, 2 Dis ------ Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad hari ini telah merasmikan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) peringkat S.P.A 2015 yang diadakan di Putrajaya. Sebanyak enam (6) kumpulan bertanding terdiri dari Kumpulan Pixe11, PKPK SPA, NT dot, Citra, Kenyalang dan Rafflesia. Turut hadir menyaksikan persembahan KIK, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir pegawai-pegawai kanan dan warga S.P.A.  ------  SPKP/MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Urus Setia Sabah

Urus Setia Sabah

  • Objektif

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Urus Setia Sabah adalah bertanggungjawab kepada urusan pengambilan dan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah. Urus Setia melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberi khidmat nasihat berkenaan peluang - peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan urusan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Sabah.

  • Fungsi

    Fungsi urus setia ini sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan di bawah perkara 144 dan 144(1), merangkumi perkara seperti berikut:-

    1. Melantik.
    2. Mengesahkan dalam perkhidmatan.
    3. Kemasukan ke dalam jawatan berpencen.

    Urus Setia juga mengendalikan urusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

  • Piagam Pelanggan

    • Mengurus Urusan pengambilan untuk mengikuti latihan dan tawaran ke jawatan tetap bagi jawatan separa perubatan dalam tempoh 8 minggu
    • Menguruskan urusan perkhidmatan seperti Pengesahan Perkhidmatan, Pemberian Taraf Berpencen, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Penetapan Gaji Pemulaan dalam tempoh 6 minggu
    • Mengurus urusan Peperiksaan Dalam Perkhidmatan dan Peperiksaan Pra Perkhidmatan mengikut Jadual seperti di Kalender Peperiksaan Tahunan di samping menjaga keselamatan kertas soalan dan kertas jawapan peperiksaan
  • Aktiviti Utama Bahagian Dasar dan Perancangan

    Pengambilan

    • Melaksanakan Pengambilan pelatih Separa Perubatan (Taraf Sijil dan Diploma).
    • Menguruskan temu duga pelbagai jawatan bagi pengambilan di bawah bidang kuasa SPA Malaysia.
    • Menyediakan kertas Pertimbangan Setiausaha.
    • Mengeluarkan surat panggilan temu duga.
    • Mengeluarkan surat keputusan temu duga kepada calon berjaya dan simpanan (hanya bagi calon temu duga Latihan Separa Perubatan).
    • Mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada pelatih Separa Perubatan (Sijil dan Diploma) yang tamat latihan.
    • Menjalankan urusan naziran pengambilan ke Kementerian/Jabatan Persekutuan di Sabah.

    Perkhidmatan

    • Melaksanakan urusan Pengesahan Lantikan dalam tempoh 4 minggu.
    • Menguruskan urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan tempoh Percubaan, Penetapan Gaji Masuk dan Pemberian Taraf Berpencen.
    • Menguruskan urusan Penamatan Perkhidmatan.
    • Menjalankan naziran perkhidmatan ke Kementerian/Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah.
    • Mengemaskini dan penyenggaraan maklumat di dalam sistem MIS and eSPDM.

    Peperiksaan

    • Mengurus dan melaksanakan aktiviti Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
    • Menguruskan aktiviti peperiksaan yang ditetapkan di dalam kalandar tahunan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia.
    • Menguruskan taklimat Peperiksaan Perkhidmatan Awam Malaysia di pelbagai Kementerian dan Jabatan Persekutuan di Sabah.

Continue reading

November 2019 Aktiviti 1

  • Seminar Perancangan Strategik 2020 (SPS 2020) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Pada 5 November 2019 (Selasa), bertempat di Hotel The Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor telah berlangsung Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa SPA Tahun 2019 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Mohd Sallehuddin bin Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan YBhg. Datuk Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan. Mesyuarat juga disertai oleh 213 orang pegawai yang mewakili 93 Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pentadbiran Negeri.

Objektif penganjuran mesyuarat tersebut adalah untuk menyelaras isu-isu berkaitan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib bersama semua wakil Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pentadbiran Negeri yang berada di bawah bidang kuasa SPA.

Pada mesyuarat tersebut, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim bin Seman turut menyempurnakan pelancaran Buku Tatacara Tindakan Tatatertib. Penerbitan buku tersebut adalah sebagai panduan kepada Pengurus Sumber Manusia di Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pentadbiran Negeri dalam menguruskan urusan tindakan tatatertib. Sebanyak empat (4) kertas kerja telah dibentangkan seperti berikut:

i. Rang Undang–Undang Perkhidmatan Awam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA);

ii. Tahap Integriti Penjawat Awam dan Langkah Penyelesaian oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC);

iii. Pengurusan Perkhidmatan Pegawai Perubatan Siswazah: Perkongsian Pengalaman Pelaksanaan Di Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan

iv. Pemerhatian Lembaga Rayuan Tatatertib Berkaitan Tindakan Tatatertib Berdasarkan Kes-Kes Rayuan oleh SPA.

Semoga dengan penganjuran mesyuarat ini, akan menjadi platform antara pihak SPA dengan semua Kementerian/Jabatan/Agensi dan PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI dalam menyelaras isu-isu berkaitan, sekali gus membantu merealisasikan ekspetasi Kerajaan untuk meningkatkan budaya kerja berprestasi tinggi.

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2017 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 16 Mac ----- Tan Sri Arpah Mempengerusikan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 1/2017 Di Akademi JPJ

MELAKA, 15 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 1/2017 yang diadakan di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan di Ayer Molek Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Seri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Terdahulu ketibaan YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah disambut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Nadzri Siron. Satu sesi taklimat mengenai JPJ juga turut disampaikan oleh beliau sejurus tamat Mesyuarat Khas Suruhanjaya. MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 10

  • Majlis Pelancaran Usahasama Bank Rakyat Dan S.P.A


    SPA 22 Oktober ------- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Usahasama Pintar Bersama Bank Rakyat bertujuan menggalakkan penjawat awam agar membuka akaun dan menikmati kemudahan yang disediakan di bank berkenaan. Majlis yang diadakan di Dewan temu duga S.P.A itu telah dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi Bank Rakyat, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sabaruddin Chik . Bank Rakyat juga turut melancarkan Kad ATM Rakan Pintar dan penyerahan Kad ATM kepada YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Terdahulu dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Sabaruddin Chik, beliau mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mahmood Adam atas kerjasama tersebut dan berharap pelanggan yang akan membuka akaun bank berkenaan akan bertambah. YBhg. Tan Sri Mahmood juga turut merasmikan Mesin ATM Bank Rakyat yang ditempatkan di Aras 1, Blok C7, Kompleks C untuk kemudahan orang ramai dalam urusan pengeluaran wang tunai. Satu sesi sidang media turut di adakan sejurus selepas majlis. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Disember 2015 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 3 Dis : Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

    MELAKA, 3 Dis ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Air Keroh, Melaka. Turut hadir dalam kunjungan hormat Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir.  ------  SPKP/MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading