Accessibility Tools

Skip to main content

September 2017 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 14 September ----- Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Antara SPA dan LHDNM

PUTRAJAYA, 13 September ----- ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menandatangani kerjasama strategik Sistem Peperiksaan Online dan e-Tapis. Majlis yang diadakan di Menara Hasil, Cyberjaya itu telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai pegawai kanan SPA. Sementara itu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sabin Samitah serta pegawai-pegawai kanan LHDNM. YBhg. Tan Sri Arpah dalam ucapannya berkata kerjasama ini adalah merupakan pilihan bijak dan tepat selaras dengan dasar NBOS kerajaan untuk berkongsi sistem-sistem ICT yang produktif dan berdaya saing dalam memastikan fungsi-fungsi agensi yang sama dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien di samping menjimatkan kos dan masa. LHDNM akan mengadakan peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Eksekutif Gred 41 yang dijadualkan pada 20 September ini.----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Oktober 2012

Continue reading

Mac 2012 Aktiviti 8

  • Perasmian Pusat Temu Duga Di Melaka

MELAKA, 19 Mac ------  YBhg. Dato’ Abd Rahman Husin petang tadi telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Melaka. Turut hadir ke majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Yang Berhormat Datuk Wira Omar bin Kaseh, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, Timbalan-timbalan Setiausaha SPA dan para jemputan dari Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri Melaka. Pusat temu duga di Melaka ini mempunyai kemudahan tiga (3) bilik temu duga dan satu (1) bilik untuk ujian fizikal. Pusat temu duga ini juga dilengkapi dengan komputer bagi memudahkan orang ramai untuk mengemukakan permohonan kepada SPA secara online. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

September 2017 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 16 September ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke - 134

PUTRAJAYA, 15 September ----- ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat yang ke-134 di Putrajaya, semalam. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir mesyuarat berkenaan adalah Peguam Cara Negara II, Timbalan Ketua Pendaftar (Polisi) Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan penentuan gaji permulaan, kenaikan pangkat, pemangkuan, tatatertib, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.----- SPKP/MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Julai 2014 Aktiviti 28

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 26 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 26/2014 telahmembincangkan dan meluluskan pelantikan seramai1,417 orang dan seramai 893 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh (7) kertas Lembaga RayuanTatatertib.

 
 

Continue reading

Oktober 2012 Aktiviti 9

  • SPA FC Tewaskan SEG FC Dalam Aksi Persahabatan

KUCHING 30 Oktober ----- Pasukan Bola Sepak SPA FC menang 3-1 menentang Kelab SEG FC Sarawak dalam perlawanan persahabatan di Stadium Negeri Kuching, Selasa lepas. Pasukan SPA FC mendahului dengan 3 gol dalam separuh masa pertama jaringan Muhammad Asyidi pada minit ke 13 dan minit ke 20. Jaringan ketiga SPA diperoleh melalui Fadzli Iskandar minit ke 43. Jaringan Kelab SEG FC Sarawak diperoleh pada minit ke 80 melalui penyerang Wan Ismail Wan Seat. Perlawanan ini adalah merupakan perlawanan persahabatan pertama bagi SPA FC, sebelum mengharungi Liga Perdana Musim 2013, setelah muncul juara dalam Liga FAM tahun ini. Perlawanan turut di saksikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam dan Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ----- MediaSPA

 

Continue reading

Mac 2012 Aktiviti 9

  • SPA Bersama Melaka fm

MELAKA, 21 Mac ------  Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful bin Ibrahim telah diwawancara oleh Radio Melaka fm (RTM), sempena perasmian pusat temu duga SPA di Melaka, semalam. Rancangan yang dinamakan ”Bicara Agensi” telah dikendalikan oleh DJ Mohd Rahim Luwi. Siaran yang ke udara selama 30 minit itu antaranya menyentuh mengenai fungsi dan peranan SPA serta mempromosikan pusat temu duga SPA di Melaka. Sebelum itu, pusat temu duga SPA yang berada di Lot 45, Tingkat 15, Jaya 99, Jalan Tun Sri Lanang telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato’ Abd Rahman Husin pada 19 Mac 2012 yang lalu. ------ MediaSPA

 

Continue reading

September 2017 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 18 September ----- Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

PUTRAJAYA, 15 September ----- ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena meraikan warga SPA yang telah dan akan bersara pada tahun 2017. Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kementerian Pengangkutan Malaysia Presint 4, Putrajaya dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Tan Sri Arpah turut menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada pesara dan pegawai-pegawai yang akan bersara wajib pada hujung tahun ini.----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Your message here