Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 6/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 334 orang dan seramai 947 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 46 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 993 orang dan seramai 2,465 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
S,P.A, 12 September ------ Azri Alwan dari Bahagian Pengambilan muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan Talentime S.P.A 2013 yang diadakan di dewan temu duga S.P.A Putrajaya malam tadi. Beliau yang membawakan lagu bertajuk “Kehilangan” yang di popularkan oleh penyanyi Firman telah menewaskan 11 peserta lain. Tempat kedua dimenangi oleh Rosli Choh dari Bahagian Pengurusan yang juga memenangi kategori vokal terbaik, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Suhaimi Ismail yang juga menang dalam kategori persembahan terbaik. Seramai 12 peserta yang terdiri dari warga S.P.A bersaing dalam pertandingan Talentime sempena bulan Kemerdekaan 2013. Peserta telah diadili oleh juri professional iaitu Jaffar Abdul Rahman atau (JARI) dan Leonard Yeap Lin Soon. Pemenang menerima hadiah wang tunai serta piala iringan yang telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 19 Mei ----- Majlis Penutupan Program HIVT dan Pelancaran SPA Volunteer (SPAVOL)
BALIK PULAU, PULAU PINANG, 17 Mei ----- YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Majlis Penutupan Program High Impact Volunteer Training (HIVT) SPA Volunteer (SPAVOL) yang telah diadakan pada 15-17 Mei 2017 bertempat di Kem Bina Negara, Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada majlis yang sama juga, YBhg. Tan Sri Arpah selaku Penaung SPAVOL turut merasmikan Penubuhan SPA Volunteer (SPAVOL). Turut hadir YBhg. Datuk Hj. Ibrahim Bin Saad, Ketua Pengarah Biro Tatanegara dan YBhg. Dato' Zainal Abidin Bin Ahmad, Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL. Terdahulu sebelum itu, acara pelepasan peserta Program HIVT SPAVOL telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad pada 15 Mei 2017 yang lalu bertempat di perkarangan lobi SPA, Putrajaya. SPA Volunteer (SPAVOL) adalah merupakan gabungan di antara sukarelawan warga SPA dan orang awam yang mendaftar dengan SPA untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kesukarelawan dalam membantu masyarakat yang memerlukan sama ada di dalam atau di luar negara. MediaSPA
S,P.A, 19 September ------ Pengerusi S.P.A. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan keperluan ujian Body Mass Index (BMI) melibatkan pegawai Kenaikan Pangkat Secara Lantikan dalam urusan ujian fizikal Pegawai Penguatkuasa Gred N41 di KPDNKK dan JPJ. Hadir sama Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad, wakil pegawai dari JPA, KPDNKK dan JPJ . Mesyuarat yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya itu turut dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), YBhg. Datuk Omar Osman. Dalam laporan akhbar semalam, CUEPACS meminta agar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) melonggarkan syarat ujian BMI bagi pegawai KPSL untuk jawatan beruniform. Sehubungan itu, YBhg. Datuk Omar telah diberikan penerangan lanjut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood mengenai kepentingan ujian BMI tersebut terutama untuk jawatan beruniform. YBhg. Tan Sri juga turut menjelaskan kepada CUEPACS bahawa pegawai KPSL sebenarnya telah pun diberikan kelonggaran syarat BMI dan turut diberi pelbagai keistimewaan berbanding calon lantikan terus. Satu sidang media turut diadakan di tempat yang sama selepas mesyuarat berakhir. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 19 Mei ----- Kunjungan Hormat Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak
SARAWAK, 19 Mei ----- YAB Datuk Amar Abg Hj. Abd. Rahman Zohari Tun Abg Hj. Openg, Ketua Menteri Sarawak hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut serta, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU. Ini adalah merupakan kunjungan hormat pertama ke atas YAB Ketua Menteri Sarawak selepas dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang baru. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim diantara YAB Ketua Menteri bersama YB Menteri, SPA Malaysia, SPP dan MAMPU disamping berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan lagi prestasi di organisasi masing-masing. MediaSPA
"Buat penambahbaikan berterusan" ---- Tan Sri Mahmood Adam
S,P.A, 20 September ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan warga S.P.A supaya menjalankan tugas harian dengan teliti agar tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan nama baik S.P.A. “Kita tidak mahu mendengar aduan yang tidak elok daripada orang luar terutamanya yang berkaitan dengan urusan-urusan pengambilan”. Beliau berkata demikian dihadapan warga Bahagian Pengambilan selepas menyampaikan sijil kepada kakitangan bahagian itu yang bertugas secara giliran di bilik operasi One Stop Centre S.P.A. Menurutnya lagi, beliau mahu supaya kakitangan yang membuat urusan temu duga termasuklah penyerahan surat kepada calon mestilah diteliti terlebih dahulu sebelum dihantar kepada penerimanya. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga memaklumkan bahawa S.P.A akan menerima seorang pegawai kanan yang dipinjamkan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ditempatkan di sini. Diakhir ucapan, beliau meminta agar warga S.P.A membuat penambahbaikan berterusan dan digalakkan untuk berjumpa dengan penyelia masing-masing atau pegawai atasan mahupun terus kepada beliau sendiri dengan memberi cadangan untuk kebaikan organisasi kerana beliau yakin pegawai-pegawai di S.P.A bersedia untuk mendengar apa juga masalah terutama yang berkaitan dengan tugas seharian. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 23 Mei ----- Tan Sri Arpah Rasmi Bulan ICT SPA 2017 dan Pelancaran Pelan Strategik ICT SPA 2016-2020
PUTRAJAYA, 22 Mei ----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan Bulan ICT SPA 2017 dan melancarkan Pelan Strategik ICT SPA 2016-2020 di Ibu pejabat SPA, Putrajaya semalam. Majlis turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha SPA, Puan Salmah Idris, Tuan Haji Abdullah Tahir dan warga SPA. Antara lain dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah, beliau mengucapkan syabas kepada semua warga SPA kerana bersikap terbuka, sentiasa menerima dan tidak paranoid kepada perubahan terknologi kerana hampir 99 peratus pengoperasian SPA bergantung sepenuhnya kepada teknologi ICT. Bersempena dengan bulan ICT SPA 2017, Bahagian Pengurusan Maklumat turut mengadakan pelbagai program antaranya Infomasi kesedaran ICT, pertandingan kuiz dan tayangan video. Terdahulu pada sebelah pagi, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha telah merasmikan Forum ICT bertajuk “MyRecruitment SPA: Cabaran dan Way Forward” yang diadakan di Anjung Ilham. MediaSPA