Accessibility Tools

Skip to main content

Disember 2013 Aktiviti 19

  • Bahagian Pengambilan Berjaya Mencapai KPI -- Tan Sri Mahmood Adam 
       
    SPA, 18 Disember ------ YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama Pegawai-pegawai Gred 41,44 dan 48 yang bertugas di S.P.A. Perjumpaan antara Pengerusi dengan pegawai-pegawai pelaksana itu adalah merupakan perbincangan mengenai perancangan untuk mempertingkat prestasi S.P.A sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan yang berkehendak agar sektor awam ini terus relevan mengikut arus perkembangan negara masa kini. Menurutnya lagi beliau mahukan supaya kumpulan pegawai ini turut memberi idea bagi terus memperkasa S.P.A supaya ia tidak dipandang rendah oleh orang luar. Dalam perjumpaan selama 2 jam setengah ini juga, Tan Sri Mahmood Adam turut mencetuskan 30 strategi dan ia harus difahami bersama. Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas Pegawai Gred 41,44 dan 48 ditubuhkan dan seterusnya satu sesi retreat berkaitan akan diadakan dalam tempoh terdekat. ------ MediaSPA
 
 
 

Continue reading

Mei 2013 Aktiviti 1

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 16 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 13 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 219 orang dan seramai 935 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 71 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 
 

Continue reading

Februari 2018 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 4/2018 pada 29 Januari 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 20

  • Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Kepada KPPA  
       
    PUTRAJAYA, 18 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Kunjungan yang berlangsung selama 35 minit itu telah diadakan di pejabat KPPA di Putrajaya. ------ MediaSPA
 
 

Continue reading

Mei 2013 Aktiviti 3

  • Bengkel Semakan Semula Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti  

    S.P.A, 8 Mei ------ Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) bersama Unit Kualiti Dan Inovasi Bahagian Pengurusan telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti dan Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 bertempat di Anjung Ilham, Aras 10. Kursus dua (2) hari yang bermula semalam dan berakhir pada hari ini telah dihadiri oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan dan juga wakil dari setiap Bahagian di S.P.A. Taklimat mengenai Semakan Prosedur Pengurusan dan Sokongan, Semakan Prosedur Proses Utama dan Manual Kualiti, Kaedah Menjalankan Audit telah disampaikan oleh Encik Ahmad Mansur dan Puan Megaswari Ramasamy daripada AM Consultancy Services------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2018 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 5/2018 pada 12 Februari 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 21

  • Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Pemandu Di S.P.A  
       
    SPA, 18 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama pemandu-pemandu kenderaan S.P.A. Perjumpaan yang diadakan di Anjung Ilham itu bertujuan membincangkan mengenai tugas-tugas harian rasmi sebagai pemandu. YBhg. Tan Sri Mahmood juga turut menasihatkan agar pemandu sentiasa mengikut peraturan dalam menjalankan tugas seperti pemakaian baju rasmi yang dibekalkan serta disiplin pemanduan. S.P.A juga akan mengaturkan satu kursus khas kepada pemandu dalam masa terdekat. ------ MediaSPA
 
 
 

Continue reading

Mei 2013 Aktiviti 4

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 17 BAGI TAHUN 2013  

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 17/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 8 kertas tindakan tatatertib, 10 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 371 orang dan seramai 1,754 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 97 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai lapan (8) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 

Continue reading

Your message here