Definisi Data Terbuka : Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.
Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan.
Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:
Kategori
Penjelasan
Kurang Upaya Pendengaran
Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:
Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:
Buta (Blind) Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;
Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted) Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.
Kurang Upaya Fizikal
Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.
Masalah Pembelajaran
Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).
Kurang Upaya Pertuturan
Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.
Kurang Upaya Mental
Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.
Kurang Upaya Pelbagai
Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.
*Nota: Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Berikut merupakan maklumat jawatan skim perkhidmatan bersepadu di bawah kategori Bakat dan Seni :
SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3)/PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)/SIJIL RENDAH PELAJARAN (SRP)
Kelayakan PT3/PMR/SRP Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PT3/PMR/SRP, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PT3/PMR/SRP berikut:
Mata Pelajaran
Syarat Minimum Gred di PT3
Syarat Minimum Gred di PMR
Syarat Minimum Gred di SRP
Bahasa Melayu
Kepujian (Gred C)
Kepujian (Gred C)
Kepujian (Gred 6)
Matematik
Lulus (Gred E)
Lulus (Gred D)
Lulus (Gred 7 atau 8)
Tiga (3) mata pelajaran lain
Lulus (Gred E)
Lulus (Gred D)
Lulus (Gred 7 atau 8)
(Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1998 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)
Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 dan 2 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik:
Jawatan dan Gred
Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera
Pengawal Keselamatan Gred KP11
Sekurang-kurangnya Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016)
Berikut merupakan senarai jawatan di peringkat PT3/PMR/SRP yang ditawarkan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9):
i. Pengawas Hutan Gred G11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
RM1,200.00
Gaji Maksimum
RM2,977.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred G11: RM1,246.15) atau
PT3/PMR dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred G11: RM1,292.30)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.
5.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Pengajian Tinggi”.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
ii. Pembantu Hidupan Liar Gred G11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu) Kementerian/Jabatan: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,200.00
Gaji Maksimum
: RM2,977.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G11: RM1,200.00)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
iii. Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,218.00
Gaji Maksimum
: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya oleh Kerajaan; dan
lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan. (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15) (Syarat Tambahan: Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab dalam memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun apa juga jenis beban seperti kargo pukal, kargo pukal cerai, kontena, mesin dan lain-lain dari kapal ke dermaga atau sebaliknya, ke gudang, workshop dan lain-lain yang melibatkan pemanduan dan pengendalian jentera pemunggah seperti forklift, tractor, prime mover, transfer crane, transteiner crane, stradle crane, kangaroo crane, gantry crane, laufting crane dan levelling crane.
5.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pemohon dengan kelayakan Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
iv. Operator Loji Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,218.00
Gaji Maksimum
: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan
berkebolehan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim/Dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan. (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab ke atas pengendalian loji/jentera statik jabatan sama ada dandang stim atau enjin pembakaran dalam, penyenggaraan berjadual/berkala ke atas dandang, prosedur keselamatan dandang serta pengurusan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang seperti mana diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967.
5.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan di perkara 2(c)(ii) dan 2(c)(iii) di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
v. Pembantu Awam Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,218.00
Gaji Maksimum
: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00) (Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia) (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
5.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pemohon dengan kelayakan Sijil Pertolongan Cemas dan/atau kelayakan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
vi. Pemandu Kenderaan Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,218.00
Gaji Maksimum
: RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D: RM1,264.15
Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
Lesen F/H: RM1,356.45
Lesen G/I: RM1,402.60
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
vii. Pengawal Keselamatan Gred KP11
Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
viii. Penghantar Notis Gred N11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,216.00
Gaji Maksimum
: RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penghantaran notis dan dokumen berkaitan kepada semua pihak yang berurusan dengan organisasi.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
ix. Bentara Parlimen Gred N11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Parlimen Malaysia
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,216.00
Gaji Maksimum
: RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3)/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepada Ahli Parlimen semasa dewan bersidang, mengedar surat, risalah dan nota-nota serta memantau keselamatan dan disiplin Ahli Parlimen dan pelawat-pelawat di dalam dewan serta membantu mengatur buku-buku/risalah-risalah dan Aturan Urusan Mesyuarat (Order Paper) sebelum persidangan dewan bermula. Turut membantu mengendalikan persidangan-persidangan antarabangsa serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dewan dan menjalankan tugas-tugas menyambut para tetamu yang datang ke Parlimen Malaysia terdiri daripada para tetamu kerajaan, para pembesar negara asing, delegasi luar dan dalam negara, badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pelajar dan orang awam.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
x. Pembantu Operasi Gred N11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,216.00
Gaji Maksimum
: RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) atau
PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
xi. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Kementerian Kesihatan Malaysia
1.
JADUAL GAJI
Gaji Minimum
: RM1,204.00
Gaji Maksimum
: RM3,001.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
: RM80.00
2.
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a.
warganegara Malaysia; dan
b.
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred U11: RM1,204.00)
3.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Laman Web EZSkim
LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN BERTARAF SIJIL
Pengenalan
Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam Perkhidmatan Awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.
Sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan diadakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu bagi kemasukan bulan Januari dan bulan Julai. Terdapat dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 Tahun); dan
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 Tahun)
SYARAT KELAYAKAN UMUM
Warganegara Malaysia;
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
Pemohon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon. (Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
SYARAT KELAYAKAN KHUSUS MENGIKUT KATEGORI PEMOHON
Pemohon merupakan calon lepasan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
berumur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
berumur tidak melebihi 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun). (Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA Berikut merupakan senarai 10 jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:
SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL Berikut merupakan senarai dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:
(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
FAQ
1. Berapa kali sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan?
Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan Januari dan Julai tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Saya telah mendapat tawaran Latihan Separa Perubatan. Di manakah tempat saya menjalani Latihan Separa Perubatan?
Pelatih separa perubatan akan menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat sembilan belas (19) ILKKM di seluruh Semenanjung Malaysia, tiga (3) di negeri Sabah dan tiga (3) di negeri Sarawak.
3. Berapa lamakah tempoh Latihan Separa Perubatan?
a. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil - 2 tahun b. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma - 3 tahun dan setahun bagi Jururawat PSL.
4. Saya merupakan pegawai sedang berkhidmat. Bolehkah saya memohon Latihan Separa Perubatan?
Boleh memohon tertakluk memenuhi Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan.
5. Saya merupakan graduan dalam bidang kejururawatan di kolej swasta. Adakah saya perlu memohon Latihan Separa Perubatan untuk membolehkan saya dilantik sebagai Jururawat dalam sektor awam?
Tidak perlu.
6. Saya memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Adakah saya layak memohon Latihan Separa Perubatan?
Tidak layak kerana dasar ‘One Step Lower’ menetapkan kelayakan akademik tertinggi bagi pemohon Latihan Separa Perubatan adalah sehingga Diploma/setaraf (pautan ke Pendaftaran Pekerjaan SPA9)
7. Apakah syarat untuk memohon Latihan Separa Perubatan?
Sila rujuk kepada Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan mengenai syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memaparkan senarai jawatan di Gred 29 yang boleh dimohon oleh calon yang memiliki kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas dan jadual gaji untuk setiap jawatan.
Catatan :
Kelayakan memohon jawatan di Gred 29 seperti senarai di bawah adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016, Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa mulai 1Januari 2017.
Gaji permulaan untuk calon yang memiliki kelayakan Sijil Matrikulasi KPM adalah pada gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum skim perkhidmatan yang berkaitan.
Untuk jawatan Penghulu, kelayakan yang perlu adalah Sijil Matrikulasi dan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan (Gaji permulaan ditetapkan pada RM1,846.15).
SYARAT KELAYAKAN MINIMUM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:
dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas. (Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)
Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:
mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan
kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.
Pemohon yang memiliki kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”. (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)
Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1, 2 dan 3 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:
Jawatan dan Gred
Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera
Pembantu Pertahanan Awam Gred KP1
Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
Pembantu Keselamatan Gred KP1
Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1
Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
Pegawai Bomba Gred KB1
Sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)
SENARAI JAWATAN YANG MENGGUNAKAN KELAYAKAN MASUK PADA PERINGKAT SPM/SVM
Written by Fadilla Hanim Ariff on . Posted in Static Content.
Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
1. Bagaimanakah calon boleh dipanggil untuk menduduki PSEE?
Calon yang telah mendaftar melalui Sistem SPA9 akan dipanggil menduduki PSEE secara online sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat serta asas tapisan sahaja akan dipanggil menduduki PSEE.
2. Siapakah calon yang layak dikecualikan daripada menduduki PSEE?
Pengecualian PSEE hanya diberikan kepada calon Orang Kurang Upaya (OKU) dan Calon Orang Asli sahaja.
3. Bolehkah calon menukar tarikh PSEE yang telah dijadualkan?
Calon tidak dibenarkan untuk menukar tarikh PSEE yang telah dijadualkan.
4. Bolehkah calon yang terlepas tarikh PSEE memohon untuk menduduki semula PSEE?
Calon perlu menduduki PSEE mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan sahaja serta tiada sesi ulang penilaian akan dilaksanakan.
Calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini SPA melalui e-mel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA bagi mengelakkan terlepas sebarang pemakluman untuk menduduki PSEE.
5. Bagaimanakah pemakluman PSEE dibuat kepada calon?
Calon akan dimaklumkan melalui alamat e-mel yang telah calon daftarkan di sistem SPA9, paparan di Portal Rasmi SPA dan paparan di Facebook Rasmi SPA sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh PSEE.
6. Mengapakah calon tidak menerima e-mel pemakluman PSEE?
Sekiranya e-mel yang dihantar oleh SPA tidak diterima, kemungkinan e-mel tersebut masuk ke dalam folder 'Spam/ Junk' e-mel calon. Calon dimohon untuk sentiasa menyemak folder 'Spam/ Junk'.
Sekiranya e-mel tersebut masuk ke folder 'Spam/ Junk', calon perlu klik ‘Not Spam’ bagi e-mel tersebut. Selepas langkah ini dilaksanakan, e-mel pemakluman SPA akan terus masuk ke dalam 'Inbox' e-mel calon.
Calon juga boleh mencetak makluman panggilan PSEE melalui semakan online di paparan Portal Rasmi SPA (www.spa.gov.my).
Calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini SPA melalui e-mel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA bagi mengelakkan calon terlepas sebarang pemakluman untuk menduduki PSEE.
7. Adakah calon perlu hadir ke pusat penilaian untuk menduduki PSEE?
Tidak perlu. Tiada pusat penilaian disediakan. Calon boleh mengakses sistem PSEE secara online di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet dengan menggunakan komputer, komputer riba (laptop) atau telefon pintar (smartphone).
8. Mengapakah calon tidak dapat log-in sistem PSEE?
Calon perlu membaca pemakluman panggilan PSEE dengan teliti kerana semua maklumat telah dinyatakan dengan jelas di dalam e-mel calon, semakan online di Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.
Antara punca calon tidak dapat log-in sistem PSEE kerana: i. ID dan kata laluan tidak tepat; ii. Talian internet calon yang tidak stabil; iii. Pautan URL tidak tepat; iv. Calon log-in di luar waktu PSEE (sistem hanya boleh diakses bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari penilaian yang telah ditetapkan sahaja); atau / dan v. Calon log-in selain tarikh yang telah dinyatakan dalam panggilan menduduki PSEE.
9. Adakah calon yang tidak menduduki PSEE akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain?
Tidak. Calon yang tidak menduduki PSEE tidak akan disenarai hitamkan dari urusan SPA yang lain.
10. Apakah yang dinilai dalam PSEE Psikometrik?
Penilaian psikometrik merupakan instrumen untuk mengukur kecenderungan, personaliti dan kesesuaian calon dengan jawatan yang dimohon berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) dan sifat kerja berpasukan (team-fit).
11. Apakah yang diambil kira bagi menentukan seseorang calon melepasi atau tidak tahap penilaian kompetensi?
Secara dasarnya penilaian psikometrik tiada jawapan betul atau salah. Penentuan sama ada calon melepasi atau tidak melepasi tahap penilaian mengambil kira skor merit, jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan dan bilangan calon yang menduduki PSEE.
12. Bolehkah calon mengetahui markah PSEE Psikometrik?
Penilaian psikometrik tidak mempunyai pemarkahan khusus yang ditetapkan untuk menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang calon kerana penilaian ini adalah berdasarkan skor merit calon.
13. Apakah yang dimaksudkan skor merit?
Skor merit dalam penilaian psikometrik merujuk kepada tahap kesesuaian calon dengan jawatan yang dimohon. Semakin tinggi skor merit calon, semakin sesuai calon dengan jawatan yang dimohon.
14. Berapa lamakah keputusan PSEE akan dikeluarkan?
Keputusan PSEE akan dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh PSEE dijalankan.
15. Apakah panduan menjawab PSEE Psikometrik?
i. Menyediakan peranti (gadget) yang bersesuaian dan capaian internet yang baik; ii. Merancang masa menjawab PSEE. Jawab awal bagi mengelakkan kesuntukan masa; iii. Memastikan persekitaran yang selesa dan kondusif; iv. Memastikan emosi ketika menjawab PSEE tenang dan dalam keadaan bersedia; v. Membaca soalan dengan teliti dan terus menjawab; vi. Menjawab dengan jujur; dan vii. Memastikan calon tidak dipengaruhi dan diwakili oleh orang lain semasa menduduki PSEE.
16. Bolehkah saya membuat rayuan keputusan PSEE yang telah dikeluarkan?
Keputusan PSEE adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
17. Adakah SPA menyediakan buku kompilasi soalan PSEE Psikometrik?
Tiada. Penilaian psikometrik memerlukan calon menjawab dengan jujur dan memberikan jawapan yang paling menggambarkan mengenai dirinya.
SPA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang rujukan yang disediakan oleh pihak ketiga.
1. Adakah calon boleh memohon untuk pertukaran pusat / tarikh Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot?
Secara umumnya, calon tidak dibenarkan bertukar pusat atau tarikh ujian yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, calon boleh memohon dan dipertimbangkan untuk bertukar pusat atau tarikh sekiranya terdapat justifikasi yang kukuh.
Urusan Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot akan berlangsung dalam tempoh setengah hari atau sehari tertakluk kepada jawatan.
4. Adakah calon yang gagal dalam Ujian Pengecaman Warna akan dibenarkan untuk meneruskan Ujian Kompetensi Pemanduan?
Calon yang gagal di dalam Ujian Pengecaman Warna tidak dibenarkan untuk meneruskan Modul Pemanduan.
5. Bolehkah calon yang terlepas tarikh Profession Assessment Centre (PAC) memohon untuk menduduki semula Profession Assessment Centre (PAC)?
Tiada penjadualan semula bagi mana-mana calon yang tidak hadir dan tidak dapat hadir ke ujian yang telah ditetapkan.
6. Adakah calon yang tidak hadir ke PAC / Ujian Bakat / UKP / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain?
Tidak. Calon yang tidak hadir ke Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot tidak akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain.