Syarat Umum
SYARAT UMUM SKIM PERKHIDMATAN BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM
KEWARGANEGARAAN
Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.
HAD UMUR
Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
TEMPOH PERCUBAAN
Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
LATIHAN
Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
KEPERLUAN KOMPETENSI POTENSI
Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat
Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024
- Pemohon boleh merujuk terlebih dahulu kepada maklumat Syarat Permohonan dalam Portal Rasmi SPA untuk keterangan mengenai jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki sebelum mengemukakan permohonan dalam Sistem SPA9.
- Pendaftaran pekerjaan melalui Sistem SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan bagi Pihak Berkuasa Melantik berikut:
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
- Perkhidmatan Awam Am Persekutuan
- Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
- Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
- Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka
- Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang
- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
- Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
- Pautan untuk mendaftarkan pekerjaan melalui Sistem SPA9:
- Pendaftaran Akaun Baharu Sistem SPA9
- Mulai 1 Julai 2016, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menambah baik Pendaftaran Pengguna dan Lupa Kata Laluan melalui integrasi maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
- Pemohon berikut hendaklah mendaftarkan ID pengguna SPA9 menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh di Pendaftaran Pengguna (sila pastikan ejaan huruf, jarak dan/atau tanda huruf seperti di dalam Kad Pengenalan):
- Pemohon yang pernah berdaftar dalam Borang SPA9 dan
- Pemohon yang pertama kali ingin memohon pekerjaan melalui SPA
- Bagi tujuan log masuk, No. Kad Pengenalan adalah nombor kad pengenalan pemohon dan Kata Laluan adalah seperti yang didaftarkan oleh pemohon.
- Pemohon yang telah berdaftar dalam Sistem SPA9 tetapi terlupa kata laluan boleh mengisi maklumat di Lupa Kata Laluan untuk menetapkan semula kata laluan.
- Maklumat Penting Mengenai Permohonan Pekerjaan Melalui Sistem SPA9
- Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
- Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran (iaitu tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon dalam Sistem SPA9);
- Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower’ seperti contoh dalam jadual berikut:
Kelayakan Akademik Gred Jawatan Yang Boleh Dimohon Ijazah Sarjana Muda Gred 9 Ijazah Sarjana Muda
dan
Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaGred 9
dan
Gred 5Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gred 5 Diploma/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Sijil Politeknik/kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
dan
SPM/SVMGred 5
dan
Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)
dan
Gred 1SPM/SVM Gred 1
dan
Latihan Separa Perubatan (bagi pemohon yang memiliki kelayakan sijil SPM)*Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) adalah dikecualikan daripada dasar ‘One Step Lower’.
- Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara (b)(i) dan (b)(iii) di atas akan memberi kesan terhadap pertimbangan permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9.
- Bagi urusan pengambilan yang dijalankan, hanya pemohon yang melepasi syarat tapisan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)/ujian. Calon yang lulus dalam PSEE/ujian tersebut seterusnya akan dipanggil ke sesi temu duga. Panggilan ke PSEE/ujian/temu duga akan dikeluarkan kepada calon yang terlibat melalui e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 serta melalui hebahan pemakluman penjadualan PSEE/ujian/temu duga dalam Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.
- Pemohon hendaklah memastikan alamat e-mel yang didaftarkan dalam Sistem SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel bagi mengelakkan terlepas pandang menerima e-mel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ujian/temu duga.
- Pemohon bertanggungjawab supaya sentiasa peka dan menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini dalam Portal Rasmi SPA, Facebook SPA serta folder Inbox/Spam Mail/Junk Mail dalam e-mel yang didaftarkan dan semakan status permohonan dalam Sistem SPA9.