Accessibility Tools

Skip to main content

Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot

1. Adakah calon boleh memohon untuk pertukaran pusat / tarikh Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot?

Secara umumnya, calon tidak dibenarkan bertukar pusat atau tarikh ujian yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, calon boleh memohon dan dipertimbangkan untuk bertukar pusat atau tarikh sekiranya terdapat justifikasi yang kukuh.

2. Apakah etika pakaian semasa menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot?

Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat : Calon hendaklah berpakaian formal (pakaian pejabat) sepanjang ujian.

Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot : Calon hendaklah memakai pakaian sukan (T-Shirt berkolar) sepanjang ujian.

3. Berapa lamakah tempoh Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot berlangsung?

Urusan Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot akan berlangsung dalam tempoh setengah hari atau sehari tertakluk kepada jawatan.

 

4. Adakah calon yang gagal dalam Ujian Pengecaman Warna akan dibenarkan untuk meneruskan Ujian Kompetensi Pemanduan?

Calon yang gagal di dalam Ujian Pengecaman Warna tidak dibenarkan untuk meneruskan Modul Pemanduan.

 

5. Bolehkah calon yang terlepas tarikh Profession Assessment Centre (PAC) memohon untuk menduduki semula Profession Assessment Centre (PAC)?

Tiada penjadualan semula bagi mana-mana calon yang tidak hadir dan tidak dapat hadir ke ujian yang telah ditetapkan.

 

6. Adakah calon yang tidak hadir ke PAC / Ujian Bakat / UKP / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain?

Tidak. Calon yang tidak hadir ke Profession Assessment Centre (PAC) / Ujian Bakat / Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP) / Penilaian Kompetensi Pengendalian Bot tidak akan disenaraihitamkan dari urusan SPA yang lain.

 

Your message here