Accessibility Tools

Skip to main content

Pengesahan Pelantikan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Pelantikan?

Pengesahan pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran.

 

2. Apakah peraturan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan?

Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. Prosedur Pengesahan Pelantikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah merujuk kepada Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2011.

3. Apakah tujuan Pengesahan Pelantikan?

Pengesahan Pelantikan bertujuan untuk mengesahkan bahawa pegawai telah memenuhi syarat tawaran pelantikan iaitu diperakui sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dan memenuhi Akuan Berkanun semasa melaporkan diri bertugas dan pegawai menandatangani Aku Janji selepas melapor diri bertugas.

 

4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Pelantikan?

Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana dalam Senarai Semak Pengesahan Pelantikan melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

5. Adakah perlu seseorang pegawai sedang berkhidmat dilantik ke jawatan baharu, menjalani semula pemeriksaan kesihatan?

Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu mengikut perenggan 7 MyPPSM Ceraian UP.1.3.10

 

6. Siapakah yang boleh menjadi saksi di ruangan Bahagian C – Pengakuan Saksi (Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam) dan bilakah tarikh yang perlu diisikan?

Saksi terdiri daripada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 dan ke atas) dalam perkhidmatan awam. Tarikh tandatangan saksi hendaklah sebelum mendapat pengesahan Pengamal Perubatan Berdaftar.

 

8. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pengesahan Pelantikan?

14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

 

9. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pengesahan Pelantikan?

i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Your message here