Oktober 2014 Aktiviti 21
- PERISTIWA BERGAMBAR 26 Okt ---- Mesyuarat Persediaan S.P.A Menjalankan Peperiksaan Online Jawatan PTD
Peristiwa bergambar.



Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.



MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 11 BAGI TAHUN 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 208 orang dan seramai 1,027 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 37/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 336 orang dan seramai 1,191 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 24 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib dan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



PUTRAJAYA, 4 Januari ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah melancarkan IM4U Rakan Muda S.P.A. IM4U Rakan Muda S.P.A ini adalah ilham daripada beliau yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara S.P.A dengan anak-anak muda supaya golongan ini tidak menganggap S.P.A hanyalah untuk orang-orang tertentu sahaja. Katanya lagi, mereka yang berumur 40 tahun ke bawah bolehlah mendaftar secara online di Portal S.P.A. Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Seminar S.P.A Outreach “Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam” bertempat di Dewan Temu duga, Putrajaya hari ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Seminar SPA Outreach ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu atau Ahad di seluruh Negara sepanjang tahun 2014 ini dan mereka yang berminat boleh melayari Portal S.P.A di www.spa.gov.my. Terdahulu dari itu, Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan taklimat mengenai tips dan panduan memasuki perkhidmatan awam. Beliau juga turut menyampaikan sijil kepada para peserta. ------ MediaSPA






PERISTIWA BERGAMBAR 25 Mac : Mesyuarat Pengerusi S.P.A Bersama Pegawai Bahagian Pengurusan
Peristiwa bergambar.

SPA, 31 Mei ----- YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berkuat kuasa hari ini. Perlantikan beliau sebagai Pengerusi SPA setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengangkat sumpah pada pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, YA Dato’ Bentara Luar Dato’ Haji Hashim Bin Dato’ Haji Yusof bertempat di Istana Kehakiman, Putrajaya. Mengiringi YBhg. Tan Sri Pengerusi, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) dan Encik Shafarin Nasuredin, Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam merupakan Pengerusi SPA ke–11, menggantikan YBhg. Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi pada November lepas. MediaSPA


JOHOR BAHRU, 1 Julai ------- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan mesyuarat di Jabatan Imigresen Johor Bahru, Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sesi taklimat dari Jabatan Imigresen turut disampaikan dan dihadiri oleh Pengarah Imigresen Negeri Johor, Encik Mohd Nasri Ishak. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan ahli mesyuarat turut dibawa melawat ke sekitar kompleks Custom & Immigration Quarantine Complex (CIQ), Johor Bahru. ------- MediaSPA






PERISTIWA BERGAMBAR 28 Okt ---- Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Dengan Pegawai Kontrak Di S.P.A
Peristiwa bergambar.




KOTA KINABALU, 4 Januari ------ Seminar S.P.A Outreach anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (ASPA) mengenai “Tips dan Panduan Memasuki Pekhidmatan Awam Malaysia” telah diadakan di Bilik Seminar Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Seminar ini dihadiri seramai 65 peserta telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Ramli bin Juhari, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Turut hadir, Tuan Hj Musa bin Sulaiman dan pegawai-pegawai kanan Urusetia Sabah. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk membantu calon-calon yang memohon pekerjaan dengan SPA supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu serta mengetahui teknik-teknik menghadiri temu duga.
Pada hari berikutnya, seramai 28 orang hadir menerima surat tawaran pelantikan bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27, Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 serta surat pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen kepada kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di bawah lantikan SPA. Penyerahan ini telah disampaikan oleh Ybhg. Datuk Ramli bin Juhari di bilik Ruang Menunggu Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urusetia Sabah ----- MediaSPA





PERISTIWA BERGAMBAR 25 Mac : Mesyuarat Pengerusi S.P.A Bersama Pegawai Bahagian Pengurusan
PUTRAJAYA, 26 Mac ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 malam tadi. Seramai 2,656 calon hadir dan menduduki peperiksaan, ini termasuk calon-calon yang berada di lima (5) buah Negara iaitu Singapura, Brunei, Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat. Menurut Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam, perjalanan peperiksaan berjalan dengan lancar dan keputusan peperiksaan akan diumumkan pada 30 Mac 2015 (Isnin) jam 12.00 tengah hari. Calon-calon boleh melihat keputusan di portal rasmi S.P.A www.spa.gov.my. ------ MediaSPA



SPA, 29 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah menerima tiga (3) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Datuk Zainol Othman, Encik Boon Jon Lin dan Encik Isaka anak Kana. Majlis angkat sumpah pelantikan telah disempurnakan dihadapan Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Dato' Zulkefli Ahmad Makinudin di Istana Kehakiman pagi ini. Turut mengiringi ke majlis tersebut Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin. MediaSPA


JOHOR BAHRU, 1 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam petang ini telah mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha S.P.A Negeri. Mesyuarat yang diadakan di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru turut dihadiri Setiausaha S.P.A,YBhg. Datuk Ramli Juhari. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut memberi penerangan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai “Produk 1 Malaysia Trasformasi S.P.A” yang telah dilancarkan baru-baru ini. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah hadir dan merasmikan Program Retreat Suruhanjaya Bil 2/2013 di hotel yang sama. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Pegawai Tugas-tugas Khas serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA






PERISTIWA BERGAMBAR 28 Okt ---- Mesyuarat Arahan Pelantikan Pegawai India Di Kaunter Agensi Kerajaan
Peristiwa bergambar.



Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2013 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 409 orang dan seramai 1,119 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 28 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu suruhanjaya jugatelah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib dan 14 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib



PERISTIWA BERGAMBAR 26 Mac : Mesyuarat Bersama SITF
Peristiwa bergambar.

BANGI, 28 Mei ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Majlis Selautan Budi Segunung Ingatan yang di adakan di Hotel Equatorial Bangi, pada hari Sabtu lepas. Majlis diadakan sempena meraikan tamat tempoh perkhidmatan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu YBhg. Datuk Ignatius J. Bantoi, YBhg. Ir. Lee Soon Jin dan YBhg. Tuan Haji Aziz Othman. YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang menunaikan fungsi Pengerusi SPA telah hadir ke majlis. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo serta pegawai-pegawai kanan SPA. Hadir sama mantan Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri dan YBhg. Puan Sri Hazlin Abdul Karim. Pada akhir majlis, YBhg. Dato’ Abdul Rahman telah menyampaikan cenderamata kepada Ahli-Ahli Suruhanjaya yang diraikan. ------ MediaSPA



- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 24/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib dan sembilan (9) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
- Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 736 orang dan seramai 762 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
- Manakala, 31 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.



PERISTIWA BERGAMBAR 28 Okt ---- Kursus Penulisan Surat, Memo Dan Minit Bebas Berkualiti
Peristiwa bergambar.






