Januari 2014 Aktiviti 9
- PERISTIWA BERGAMBAR : Pengerusi S.P.A Bersama Akhbar Ther Star
Peristiwa bergambar.


Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.


Perbincangan Pengerusi S.P.A Dengan KSN
PUTRAJAYA, 26 Mac ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi tadi mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di Putrajaya selepas selesai mempengerusikan mesyuarat dengan SITF. Ketibaan Pengerusi S.P.A di pejabat KSN jam 9.00 pagi tadi di sambut oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan satu perbincangan telah diadakan selama 20 minit. ------ MediaSPA


BANGI, 28 Mei ------ SPA FC tewaskan Johor Melodi Jaya dalam saingan Liga FAM 2012 dengan jaringan 3 – 0, di Stadium Mini Petronas Bangi, petang semalam. Jaringan pertama SPA diperoleh melalui Mohd Rosdi Zakaria pada minit ke-19. Pada separuh masa kedua, SPA FC menambah 2 jaringan melalui Mohd Shafiq Mohd Zahari pada minit ke-72 dan Khairol Azri Abdul Rahman pada minit ke-80. Hadir menyaksikan perlawanan Presiden SPA FC, YBhg Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden, YBhg. Datuk Ramli Juhari. SPA FC kini terus menjadi pendahulu liga FAM dengan 31 mata. SPA FC hanya memerlukan 2 kemenangan lagi dari baki 4 perlawanan untuk menjadi juara Liga FAM 2012. ------ MediaSPA








Lawatan Dan Taklimat Khas Peperiksaan Online S.P.A Kepada Menteri Di JPM
KUALA LUMPUR, 28 Okt ------ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun hari ini telah membuat lawatan ke JARING untuk meninjau persiapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) yang akan menjalankan Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41, yang akan diadakan pada 1 November 2014. Turut hadir dalam lawatan tersebut, Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Setiausaha Datuk Ramli Juhari, pegawai-pegawai kanan S.P.A, JARING dan Novatis. Terdahulu Datuk Joseph telah diberi taklimat oleh Tan Sri Mahmood Adam mengenai peperiksaan online yang akan dijalankan . ------ MediaSPA.






Peristiwa bergambar.





Perbincangan Pengerusi S.P.A Dengan KSN
PUTRAJAYA, 26 Mac ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi tadi mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di Putrajaya selepas selesai mempengerusikan mesyuarat dengan SITF. Ketibaan Pengerusi S.P.A di pejabat KSN jam 9.00 pagi tadi di sambut oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan satu perbincangan telah diadakan selama 20 minit. ------ MediaSPA


Bil |
Surat Perwakilan Kuasa Yang Dibatalkan |
Tarikh Surat |
|---|---|---|
| 1 | 22 Julai 2003 | |
| 2 | 5 Mei 2005 | |
| 3 | Urusan Pengambilan Pelantikan Pegawai Penyelidik Gred 48 Secara Kontrak di Parlimen Malaysia |
20 Julai 2005 |
| 4 | 13 September 2005 | |
| 5 | 10 Mac 2006 | |
| 6 | 10 Mac 2006 | |
| 7 | 26 Disember 2006 | |
| 8 | 20 April 2006 | |
| 9 | 29 Mei 2007 | |
| 10 | 27 Mac 2008 | |
| 11 | 28 Mac 2008 | |
| 12 | Perwakilan Kuasa Pelantikan Secara Kontrak Selepas Bersara Bagi Jawatan Separa Perubatan |
28 Mac 2008 |
SPA, 23 Mei ----- Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah menganjurkan Kursus Keselamatan dan Perlindungan Pejabat di Anjung Ilham Aras 10. Kursus yang bermula pada Selasa telah dihadiri seramai 51 peserta terdiri daripada warga SPA. Antara sesi ceramah yang di adakan adalah mengenai Pengurusan Rahsia Rasmi dari Perspektif Keselamatan Fizikal, Dokumen, Maklumat, Akta Rahsia Rasmi 1972, Keselamatan di Jabatan Kerajaan dan Keselamatan Peribadi. Penceramah jemputan bagi kursus selama tiga hari yang berakhir hari ini adalah dari Pejabat Keselamatan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri. ----- MediaSPA








SINGAPURA, 2 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat lawatan kerja sehari ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura. Delegasi turut disertai oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Pegawai Tugas-tugas khas, Pengerusi-Pengerusi SPA Negeri dan Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Lawatan kerja bermula dengan kunjungan hormat YBhg. Tan Sri Mahmood Adam kepada Pengerusi SPA Singapura, Mr. EddieTeo. Selepas itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan rombongan turut menyertai taklimat dari SPA Singapura di Inter Continental Hotel. Seterusnya delegasi dibawa melawat ke Civil Service College Singapore serta melawat sekitar kolej tersebut untuk melihat aktiviti yang dijalankan. Program berakhir dengan lawatan ke Muzium di Bukit Chandu, Singapura. ------ MediaSPA






S.P.A Raih Anugerah Pasukan Terbaik Dan Razif Latif Terima Anugerah Olahragawan JPM 2014
SERDANG, 29 Okt ------ Suruhanjaya Perkhdmatan Awam (S.P.A) menggondol dua (2) anugerah kecemerlangan dalam kategori Anugerah Pasukan Terbaik JPM 2014 melalui pasukan badminton sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun 2014 yang berlangsung di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sebentar tadi. Razif Md Latif (Bahagian Pengurusan S.P.A) dinobat penerima Anugerah Olahragawan JPM tahun 2014 dengan menewaskan pencabar dari JAKIM,APMM dan JPA. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Sementara itu Ai’shah Husin (Pengurusan Maklumat)dan Masrom Haji Nasib (Bahagian Pengurusan) menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC). Pingat Perkhidmatan Cemerlang merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan sebagainya. Sebanyak lima (5) anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Inovasi JPM, KIK, Anugerah Pengurusan, Anugerah Pencapaian Sukan dan Sosial dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang melibatkan kerjasama secara NBOS daripada 41 Jabatan/Agensi JPM. ------ MediaSPA.









NILAI, 7 Januari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima Anugerah Tahap Cemerlang (4 Bintang) “Pencapaian Tertinggi Dalam Pengurusan Kewangan” berdasarkan Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara bagi tahun penilaian 2012. Sebanyak 22 agensi persekutuan termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima sijil serta piala yang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa di satu majlis yang diadakan di Akademi Audit Negara semalam. Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari hadir dan menerima anugerah tersebut. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Setiausaha Bahagian (Pengurusan) Encik Mohd Nazri Dollah. ------ MediaSPA



PERISTIWA BERGAMBAR 26 Mac : Perbincangan Pengerusi S.P.A Dengan Pegawai Dari JPNIN
Peristiwa bergambar.

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 515 orang. Manakala, 14 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 9 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



JOHOR BAHRU, 2 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan "Seminar S.P.A Outreach - Pengenalan S.P.A Dan Perkhidmatan Awam" Kepada Guru-Guru Kaunseling" peringkat Negeri Johor. Seminar yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru turut dihadiri Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan wakil Ketua Pengarah Pendidikan Johor. Sesi taklimat dimulakan dengan tajuk Pengenalan kepada S.P.A dan Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Encik Mohd Shaiful Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas. Sementara itu, sesi taklimat mengenai Pelaksanaan e-Profiling Kerjaya Murid disampaikan oleh Tuan Haji Rozman Harun daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Seramai 200 orang peserta hadir dalam seminar pada kali ini. ------ MediaSPA




PERISTIWA BERGAMBAR 29 Okt ---- Tan Sri Mahmood Adam Serah Surat Lantikan Jawatan Kuasa Khas
Peristiwa bergambar.

Peristiwa bergambar.


PERISTIWA BERGAMBAR 26 Mac : Perjumpaan Pengerusi S.P.A Dengan Menteri Di JPM
Peristiwa bergambar.

PULAU PINANG, 6 Mei ----- SPA FC membawa pulang tiga (3) mata penuh setelah menewaskan pasukan Pulau Pinang 1-0 dalam perlawanan bola sepak Liga FAM 2012, yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang petang tadi. Jaringan SPA FC diperoleh melalui Mohd Asrulnazwan Ibrahim pada minit ke 35. Presiden Bola Sepak SPA FC YBhg. Dato' Lamien Sawiyo yang turut hadir menyaksikan perlawanan, mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain. Hadir menyaksikan perlawanan, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B. Dato' Farizan Darus. Kemenangan pertama pasukan SPA FC yang masuk ke pusingan kedua Liga FAM 2012 nyata memberi semangat kepada pemain-pemain dan ini adalah perlawanan kedua SPA FC setelah menewaskan pasukan sama pada minggu lepas. ----- MediaSPA




PONTIAN, 4 Julai ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian Johor. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Muji Salimon. S.P.A juga turut mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Sesi ceramah kerjaya yang dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah, kolej dan universiti di sekitar Pontian, Johor Bahru dan Kulai turut diadakan. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengunjungi setiap booth pameran kerjaya dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan. ------ MediaSPA





PERISTIWA BERGAMBAR 30 Okt ---- Mesyuarat Pra Suruhanjaya
Peristiwa bergambar.

